Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.luh] | ڤولوه

Definisi : sembilan dicampur dgn satu (10); dua ~ dua kali sepuluh (20); angka ~ angka yg kedua dr kanan (selepas angka se dlm deretan angka); persepuluh dibahagi sepuluh; se~ satu di­bahagi sepuluh (101 ); berpuluh-puluh beberapa puluh, banyak puluh: ia menelefon ~ kali banyaknya; pengarang-pengarang telah berjaya menghasilkan ~ tajuk setahun; puluhan 1. bilangan sepuluh: penyair tahun enam ~; 2. bp berpuluh-puluh: harga yg ~ kali mahal drpd harga biasa; perpuluhan, persepuluhan berhitung (ukur­an dll) yg berdasar sepuluh-sepuluh: angka ~; pecahan ~ pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); titik (tanda) ~ titik (noktah) antara angka penuh dan angka perpuluhan (spt 7.5, 8.6); ~ berulang angka perpuluhan yg nombor akhirnya terus berulang (spt 0.83333); ~ penuh perpuluhan yg nombor akhirnya tidak berulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.luh] | ڤولوه

Definisi : bilangan sepuluh-sepuluh: se~ bilangan sembilan dicampur satu; 10; dua ~ 20. berpuluh-puluh banyak kali puluhnya; beberapa puluh: Dia tinggal di sini sudah ~ tahun. puluhan 1 kelompok atau kumpulan bilangan sepuluh-sepuluh: tahun-tahun enam ~. 2 beberapa puluh; berpuluh-puluh: ~ tahun lamanya dia merantau. 3 angka yg menduduki rumah puluh pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 34, ~nya ialah 3. perpuluhan, persepuluhan hitungan (kiraan, ukuran dll) yg berdasarkan sepuluh-sepuluh. angka ~ angka pecahan yg menggunakan tanda titik di antara angka penuh dgn lebihnya (spt 2 menjadi 2.25). pecahan ~ pecahan yg menggunakan tanda titik (spt menjadi 0.5). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puluh
Kata Terbitan : berpuluh-puluh,

Puisi
 

Dua puluh tujuh bilangan bulan,
     Tujuh likur bulan puasa;
Sudah patut dibalas Tuhan,
     Kerana kita orang derhaka.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Kelam bagai malam dua puluh tujuh.

Bermaksud :

Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Dua puluh tiga sajak menangisi Viet TriPustaka JayaTiada19989794192457
Sembilan puluh sembilan untuk Tuhanku Tiada1993 
Empat puluh hadis pilihanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1987 
Empat puluh hadis pilihanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1980[t.m.]
Dua puluh dua jenak Tiada[19??] 
Sembilan puluh sembilan soal-jawab KMKDewan Bahasa dan PustakaTiada[19??] 
Dua puluh lima tahun Muzium SuUltan Abu bakarLembaga Muzium Negeri PahangTiada20039832456045
Tiga puluh cerita pendek indonesia modernPusat Pembinaan dan Pengembangan BahasaTiada19949794594636
Dua puluh sasterawan bicaraPenerbit Sinar HarapanTiada1984 
Dua puluh dua masalah agamaPenerbitan Kintan sdn. Bhd.Tiada1993983-819-053-5
12345678

Kembali ke atas