Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.luh] | ڤولوه

Definisi : sembilan dicampur dgn satu (10); dua ~ dua kali sepuluh (20); angka ~ angka yg kedua dr kanan (selepas angka se dlm deretan angka); persepuluh dibahagi sepuluh; se~ satu di­bahagi sepuluh (101 ); berpuluh-puluh beberapa puluh, banyak puluh: ia menelefon ~ kali banyaknya; pengarang-pengarang telah berjaya menghasilkan ~ tajuk setahun; puluhan 1. bilangan sepuluh: penyair tahun enam ~; 2. bp berpuluh-puluh: harga yg ~ kali mahal drpd harga biasa; perpuluhan, persepuluhan berhitung (ukur­an dll) yg berdasar sepuluh-sepuluh: angka ~; pecahan ~ pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); titik (tanda) ~ titik (noktah) antara angka penuh dan angka perpuluhan (spt 7.5, 8.6); ~ berulang angka perpuluhan yg nombor akhirnya terus berulang (spt 0.83333); ~ penuh perpuluhan yg nombor akhirnya tidak berulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.luh] | ڤولوه

Definisi : bilangan sepuluh-sepuluh: se~ bilangan sembilan dicampur satu; 10; dua ~ 20. berpuluh-puluh banyak kali puluhnya; beberapa puluh: Dia tinggal di sini sudah ~ tahun. puluhan 1 kelompok atau kumpulan bilangan sepuluh-sepuluh: tahun-tahun enam ~. 2 beberapa puluh; berpuluh-puluh: ~ tahun lamanya dia merantau. 3 angka yg menduduki rumah puluh pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 34, ~nya ialah 3. perpuluhan, persepuluhan hitungan (kiraan, ukuran dll) yg berdasarkan sepuluh-sepuluh. angka ~ angka pecahan yg menggunakan tanda titik di antara angka penuh dgn lebihnya (spt 2 menjadi 2.25). pecahan ~ pecahan yg menggunakan tanda titik (spt menjadi 0.5). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puluh
Kata Terbitan : berpuluh-puluh,

Puisi
 

Dua puluh tujuh bilangan bulan,
     Tujuh likur bulan puasa;
Sudah patut dibalas Tuhan,
     Kerana kita orang derhaka.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Kelam bagai malam dua puluh tujuh.

Bermaksud :

Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
suku[su.ku ]kata namadua puluh lima senKurang suku lagi cukop seringget.[ku.ÒAN su.ku lA.gi tSu.kop s«.ÒiN.get]Kurang dua puluh lima sen lagi genap seringgit.
kupang[ku.pAN]kata namaduit syiling dalam nilai sen sehingga sembilan puluh sen sahaja.La ni sekupang tak buleh beli apa.[lA ni s«.ku.pAN tA/ bu.leh b«.li A.pA]Sekarang sepuluh sen tidak boleh beli apa.
tengah dua[t«.NAh du.wA] sukatan atau ukuran yang nilai sebenarnya satu dan satu setengah cth, tengah dua ringgit sama dengan seringgit lima puluh senKalu buat pulot kacau, secupak pulot dengan tengah dua kati gula elok la.[kA.lu bu.wAt pu.lot kA.tSAw s«.tSu.pA/ pu.lot d«.NAn t«.Nah du.wA kA.ti gu.lA E.l/ lA]Kalau membuat wajik, secupak pulut dan satu kati setengah gula cukuplah.
kelat[k«.lAt]kata kerjamelampirkan, melekatkan atau menyelitkan sesuatu pada yang lain.Hang kelat dua puloh ringget dalam surat tu.[hAN k«.lAt du.wA pu.loh ÒiN.get dA.lAm su.ÒAt tu]Kamu lampirkan dua puluh ringgit dalam surat tu.
pekunu[p«.ku.nu]kata kerja1. memperbodoh seseorang; pekunonHang tok sah dok pekunu, rumah lagu tu tak sampai pon lapan puloh ribu.[hAN to/ sAh do/ p«.ku.nu kA.mi Òu.mAh lA.gu tu tA/ sAm.pAj pon lA.pAn pu.loh Òi.bu]Kamu jangan memperbodoh kami, rumah seperti itu tidak pun sampai lapan puluh ribu.
   2. menokok tambah sesuatu cerita; pekunuPokok derian dia ada empat lima batang tapi dok pekunon dapat derian tiga puloh jaraih.[p.k/ d«.Òi.jAn di.jA A.dA «m.pAt li.mA bA.tAN tA.pi d/ p«.ku.non dA.pAt d«.Òi.jAn ti.gA pu.loh dZA.ÒAC]­Pokok duriannya ada empat lima batang tapi menokok nambah cerita mengatakan yang dia mendapat durian tiga puluh jaras.

Kembali ke atas