Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.luh] | ڤولوه

Definisi : sembilan dicampur dgn satu (10); dua ~ dua kali sepuluh (20); angka ~ angka yg kedua dr kanan (selepas angka se dlm deretan angka); persepuluh dibahagi sepuluh; se~ satu di­bahagi sepuluh (101 ); berpuluh-puluh beberapa puluh, banyak puluh: ia menelefon ~ kali banyaknya; pengarang-pengarang telah berjaya menghasilkan ~ tajuk setahun; puluhan 1. bilangan sepuluh: penyair tahun enam ~; 2. bp berpuluh-puluh: harga yg ~ kali mahal drpd harga biasa; perpuluhan, persepuluhan berhitung (ukur­an dll) yg berdasar sepuluh-sepuluh: angka ~; pecahan ~ pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); titik (tanda) ~ titik (noktah) antara angka penuh dan angka perpuluhan (spt 7.5, 8.6); ~ berulang angka perpuluhan yg nombor akhirnya terus berulang (spt 0.83333); ~ penuh perpuluhan yg nombor akhirnya tidak berulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.luh] | ڤولوه

Definisi : bilangan sepuluh-sepuluh: se~ bilangan sembilan dicampur satu; 10; dua ~ 20. berpuluh-puluh banyak kali puluhnya; beberapa puluh: Dia tinggal di sini sudah ~ tahun. puluhan 1 kelompok atau kumpulan bilangan sepuluh-sepuluh: tahun-tahun enam ~. 2 beberapa puluh; berpuluh-puluh: ~ tahun lamanya dia merantau. 3 angka yg menduduki rumah puluh pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 34, ~nya ialah 3. perpuluhan, persepuluhan hitungan (kiraan, ukuran dll) yg berdasarkan sepuluh-sepuluh. angka ~ angka pecahan yg menggunakan tanda titik di antara angka penuh dgn lebihnya (spt 2 menjadi 2.25). pecahan ~ pecahan yg menggunakan tanda titik (spt menjadi 0.5). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puluh
Kata Terbitan : berpuluh-puluh,

Puisi
 

Dua puluh tujuh bilangan bulan,
     Tujuh likur bulan puasa;
Sudah patut dibalas Tuhan,
     Kerana kita orang derhaka.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Kelam bagai malam dua puluh tujuh.

Bermaksud :

Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG TIGA PULUH TAHUN

Perang Tiga Puluh Tahun (1618–1648) ialah

satu siri perang agama dan politik yang akhirnya

melibatkan kebanyakan negara Eropah. Konflik

bermula sebagai perang saudara antara Roman

Katolik dengan Protestan di Empayar Rom Holy

dan wilayah-wilayah lain di bawah pentadbiran

Habsburg, keluarga diraja Austria. Tetapi

akhirnya, peperangan ini menjadi perjuangan

umum terhadap kuasa politik dan wilayah.

UMUM 
PERGERAKAN DUA PULUH ENAM JULAI

Pergerakan dua puluh enam Julai ialah

sebuah kumpulan revolusi Cuba yang diketuai oleh

Fidel Castro yang menggulingkan diktator

Fulgencio Batista pada tahun 1959. Ia diberi nama

sempena tarikh pada tahun 1953 apabila Castro

gagal menawan berek askar di Santiago de Cuba.

UMUM 
SIFARSifar, dalam matematik ialah nama bagi digit 0,
kadangkala dikenali sebagai kosong. Ia digunakan
untuk menyatakan ketiadaan sebarang kuantiti. Sifar
diperlukan dalam sistem angka bertempat, iaitu
sistem yang kita dan kebanyakan orang gunakan
pada hari ini. Dalam sistem bertempat, kedudukan,
atau tempat sesuatu angka menentukan nilai angka
itu. Bagi angka 246, digit 2 bernilai dua ratus (ratus),
digit 4 bernilai empat puluh (puluh), dan 6 pula
bernilai enam unit (sa). Angka itu melambangkan
nombor 246. Untuk menulis nombor 206, kita
perlukan suatu simbol untuk menyatakan ketiadaan
puluh. Angka 0 di sini memenuhi fungsi itu. Sifar
apabila ditambah kepada atau ditolak daripada
sesuatu nombor memberi nombor itu semula. Suatu
nombor didarab dengan sifar menghasilkan nilai
sifar. Pembahagian dengan sifar tidak dapat
ditakrifkan. Sifar ialah nombor genap.
UMUMKonsep
UNDANG-UNDANG SEMBILAN PULUH SEMBILAN

UNDANG-UNDANG SEMBILAN PULUH SEMBILAN, salah satu undang-undang dalam apa yang umumnya dikenal sebagai adat temenggung.  Undang-undang ini dikenal juga sebagai Undang-Undang Perak.  Undang-undang ini disusun pada abad ke-18 oleh Sayid Husain al-Faradz dan Hadramaut dan digunakan oleh anak cucunya yang kebanyakannya menjadi menteri di Perak selama beberapa generasi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
THIRTY TYRANTS

Thirty Tyrants (Tiga Puluh Penzalim) ialah nama

gelaran yang diberikan kepada kerajaan Athens

selepas bandarnya ditawan oleh orang Sparta pada

tahun 404 S.M. Pemerintahnya pada masa itu juga

dikenali sebagai The Thirty . Ahli politik Athens yang

cerdik, Critias memimpin kumpulan yang berkuasa.

Mereka dilantik untuk melakukan pembaharuan

perlembagaan Athens mengikut fahaman konservatif.

UMUM 
BURUNG BUSUT

Burung busut yang dikenali juga sebagai

megapod ialah nama berpuluh-puluh spesies

burung buruan yang terdapat dari Pulau Nicobar di

Lautan Hindi hingga ke bahagian timur Filipina dan

Australia. Bulunya berwarna pudar dan besarnya

seperti ayam.

UMUM 
SIJOBANG

SIJOBANG, cerita rakyat (kaba) Minangkabau di daerah Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, Indonesia.  Nama cerita ini berasal daripada nama tokoh utamanya, Si Jobang Sati, yang lebih dikenali sebagai Anggun nan Tungga.  Cerita sijobang dipercayai sudah wujud semenjak tahun 1855 berdasarkan naskhah yang ditemui yang mencatatkan tarikh tersebut.  Cerita sijobang pernah dibukukan, tetapi di Sumatera Barat ia lebih dikenal sebagai cerita lisan yang didendangkan pada majlis perkahwinan.  Cerita Anggun nan Tungga juga dipersembahkan dalam bentuk randai.

SASTERAKarya
PAYAKUMBUH

PAYAKUMBUH, kotamadya dan ibu kota kabupaten Lima Puluh Kota di bahagian timur Propinsi Sumatera Barat, Indonesia.  la terletak di sekitar pergunungan Bukit Barisan. Luas wilayahnya ialah 8042 km persegi.  Kotamadya Payakumbuh dilintasi oleh Sungai Agam, Batang Lampasi dan anak Sungai Sinaman.  Menurut sejarahnya, perkataan payakumbuh berasal daripada bahasa Minangkabau 'kumbuah nan payau' yang bermaksud 'kumbuh yang subur'.  Kumbuh adalah sejenis tanaman yang tumbuh di paya.  Tanaman ini dahulu banyak terdapat di Koto Nan Gadang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas