Kurik Kundi Merah Saga | Tetak buluh panjang empat puluh, Nak mengempang Kuala Daik; Carilah rial barang empat puluh, Nak minang janda yang baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh tujuh bilangan bulan, Tujuh likur bulan puasa; Sudah patut dibalas Tuhan, Kerana kita orang derhaka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh enam jerat kutahan, Kena seekor rusa jantan; Sudah patut terima balasan, Kerana kita derhaka Tuhan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiga puluh bintang di langit, Jatuh sebiji ke Laut Melaka; Kapur berukir pinang berlirit, Sirih berlandung air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Empat puluh petang parit dijangat, Paritnya satu dijemur kain; Adik tak ambuh royatku bangat, Mudahlah ambo mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Empat puluh kapal Peringgi, Kapal nak masuk benua China; Teguh-teguh berpegang janji, Saya nak masuk bergadai nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh tiga terendak Cina, Habis sebutir makan api; Biar kita mati bersama, Baru puas di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh ramai soldadu, Soldadu balik dari berperang; Abang tidak mati dahulu, Kalau mati bertindih tulang. |