Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.luh] | ڤولوه

Definisi : sembilan dicampur dgn satu (10); dua ~ dua kali sepuluh (20); angka ~ angka yg kedua dr kanan (selepas angka se dlm deretan angka); persepuluh dibahagi sepuluh; se~ satu di­bahagi sepuluh (101 ); berpuluh-puluh beberapa puluh, banyak puluh: ia menelefon ~ kali banyaknya; pengarang-pengarang telah berjaya menghasilkan ~ tajuk setahun; puluhan 1. bilangan sepuluh: penyair tahun enam ~; 2. bp berpuluh-puluh: harga yg ~ kali mahal drpd harga biasa; perpuluhan, persepuluhan berhitung (ukur­an dll) yg berdasar sepuluh-sepuluh: angka ~; pecahan ~ pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); titik (tanda) ~ titik (noktah) antara angka penuh dan angka perpuluhan (spt 7.5, 8.6); ~ berulang angka perpuluhan yg nombor akhirnya terus berulang (spt 0.83333); ~ penuh perpuluhan yg nombor akhirnya tidak berulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.luh] | ڤولوه

Definisi : bilangan sepuluh-sepuluh: se~ bilangan sembilan dicampur satu; 10; dua ~ 20. berpuluh-puluh banyak kali puluhnya; beberapa puluh: Dia tinggal di sini sudah ~ tahun. puluhan 1 kelompok atau kumpulan bilangan sepuluh-sepuluh: tahun-tahun enam ~. 2 beberapa puluh; berpuluh-puluh: ~ tahun lamanya dia merantau. 3 angka yg menduduki rumah puluh pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 34, ~nya ialah 3. perpuluhan, persepuluhan hitungan (kiraan, ukuran dll) yg berdasarkan sepuluh-sepuluh. angka ~ angka pecahan yg menggunakan tanda titik di antara angka penuh dgn lebihnya (spt 2 menjadi 2.25). pecahan ~ pecahan yg menggunakan tanda titik (spt menjadi 0.5). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puluh
Kata Terbitan : berpuluh-puluh,

Puisi
 

Dua puluh tujuh bilangan bulan,
     Tujuh likur bulan puasa;
Sudah patut dibalas Tuhan,
     Kerana kita orang derhaka.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Kelam bagai malam dua puluh tujuh.

Bermaksud :

Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Dua puluh penulis beradu nasibTiadaBerita Harian03.05.2008
Dua Puluh Empat JamMohamad Quzami An-Nuur Ahmad RadziBerita Minggu15.07.2007
Dua Puluh Dua Gugus PerjalananRozhan ZakariaBacaria24.07.1993
Dua Puluh Dua Tahun Yang LaluAzizul H. MSabah Times22.01.1992
Sembilan Puluh SembilanS.PanitUtusan Zaman01.06.1969
Lima puluh lapan hari dalam tahananTiadaMingguan Malaysia22.09.1996
Empat Puluh SatuRajiee HadiUtusan Zaman23.08.1998
Empat puluh hadis pilihan, panduan hidup individu muslimZakariya AhmadBintang Timur20.01.1982
Dua puluh dua tahun bukanlah lama sangatHantu RayaUtusan Melayu03.09.1979
Tiga puluh tiga kategori dipertandingZubairi Hj ZabidinBerita Harian22.02.1991
1234

Kembali ke atas