Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.luh] | ڤولوه

Definisi : sembilan dicampur dgn satu (10); dua ~ dua kali sepuluh (20); angka ~ angka yg kedua dr kanan (selepas angka se dlm deretan angka); persepuluh dibahagi sepuluh; se~ satu di­bahagi sepuluh (101 ); berpuluh-puluh beberapa puluh, banyak puluh: ia menelefon ~ kali banyaknya; pengarang-pengarang telah berjaya menghasilkan ~ tajuk setahun; puluhan 1. bilangan sepuluh: penyair tahun enam ~; 2. bp berpuluh-puluh: harga yg ~ kali mahal drpd harga biasa; perpuluhan, persepuluhan berhitung (ukur­an dll) yg berdasar sepuluh-sepuluh: angka ~; pecahan ~ pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); titik (tanda) ~ titik (noktah) antara angka penuh dan angka perpuluhan (spt 7.5, 8.6); ~ berulang angka perpuluhan yg nombor akhirnya terus berulang (spt 0.83333); ~ penuh perpuluhan yg nombor akhirnya tidak berulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.luh] | ڤولوه

Definisi : bilangan sepuluh-sepuluh: se~ bilangan sembilan dicampur satu; 10; dua ~ 20. berpuluh-puluh banyak kali puluhnya; beberapa puluh: Dia tinggal di sini sudah ~ tahun. puluhan 1 kelompok atau kumpulan bilangan sepuluh-sepuluh: tahun-tahun enam ~. 2 beberapa puluh; berpuluh-puluh: ~ tahun lamanya dia merantau. 3 angka yg menduduki rumah puluh pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 34, ~nya ialah 3. perpuluhan, persepuluhan hitungan (kiraan, ukuran dll) yg berdasarkan sepuluh-sepuluh. angka ~ angka pecahan yg menggunakan tanda titik di antara angka penuh dgn lebihnya (spt 2 menjadi 2.25). pecahan ~ pecahan yg menggunakan tanda titik (spt menjadi 0.5). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puluh
Kata Terbitan : berpuluh-puluh,

Puisi
 

Dua puluh tujuh bilangan bulan,
     Tujuh likur bulan puasa;
Sudah patut dibalas Tuhan,
     Kerana kita orang derhaka.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Kelam bagai malam dua puluh tujuh.

Bermaksud :

Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris ParungKeris ParungKerisTiadaKeris yang mempunyai dua puluh satu hingga dua puluh sembilan keluk.
giant starsbintang raksasaMatematikTiadaKelas bintang yang kecil yang dua puluh atau tiga puluh kali lebih besar daripada matahari, dan 100 kali lebih cerah daripada matahari.
gendang dua puluh empat musimgendang dua puluh empat musimMuzikTiada

 Sejenis ensembel masyarakat Cina Malaysia yang terdiri daripada 24 gendang besar atau shigu. Ensembel ini dipentaskan pertama kali di Johor Bahru pada tahun 1988. Setiap corak rentak muzik yang dimainkan menggambarkan suasana atau pergerakan petani pada setiap musim seperti musim membajak tanah, menyemai, dan menuai atau membanting padi. Si­nonim er shi sijieling gu.

roaring fortykencang empat puluhGeografiTiadaAngin baratan yang berlaku pada garis latitud 40o - 50o yang tiupannya adalah sangat kencang disebabkan tidak terdapat sebarang halangan.
vicesimo-quartoper dua puluh empat belasPerpustakaanTiadaTiada
trigesimo-secundoper tiga puluh duaPerpustakaanTiadaTiada
Thirty HeroesPahlawan Tiga PuluhSejarahTiadaTiada
thirty second ruleperaturan tiga puluh saat (Bola Keranjang)SukanTiadaTiada
Ninety-Five ThesesFatwa Sembilan Puluh LimaSejarahTiadaTiada
Twenty-one DemandTuntutan Dua puluh-satuSejarahTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas