Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
puluh
Kata Terbitan : berpuluh-puluh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana cara tuliosan yang betul bagi nilai wang. Terdapat beberapa versi tulisan, sebagai contoh: i)Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50); ii) Ringgit Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50); iii) Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50) Jika dilihat kepada Akta Mata Wang (Ringgit) 1975, sebutan bagi mata wang Malaysia ialah "ringgit" dan bukannya "Ringgit Malaysia". Manakala, dalam Akta Mata Wang 2020, cara penulisan nilai wang dalam akta tersebut ialai "lima puluh ringgit", "tiga ribu ringgit". Jadi cara yang manakah yang paling tepat untuk menulis nilai wang dalam perkataan terutama dalam draf perjanjian Kerajaan. Terima kasih.Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen Sahaja) tetapi dalam pertuturan dan pengacaraan  lazimnya disebut  Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen atau boleh juga disebut Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen.Tatabahasa21.10.2020
Bagaimana pula sekiranya, angka 1, 380 004= "one million three hundred eighty thousand and four', adakah ia diterjemahkan sebagai satu juta tiga ratus lapan puluh ribu dan empat ataupun satu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat? terima kasihSatu juta tiga ratus lapan puluh ribu empat.Tatabahasa21.04.2010
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa soalan. 1. Adakah para penduduk betul? 2. Berpuluh-puluh ribu orang telah datang dari mana-mana untuk menyaksikan konsert itu. Adakah mana-mana betul? 3. i) Ya, Allah, aku memohon perlindungan-Mu. ii) Ya, Allah, aku memohon perlindungan-Kau. Ayat manakah yang lebih tepat? Terima kasih.

1. Frasa “para penduduk” adalah betul.
2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “mana-mana” bermaksud 1. mana pun, barang apa pun, setiap 2. siapa-­siapa, barang siapa. Oleh itu, perkataan “mana-mana” tidak boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. Ayat yang lebih tepat ialah “Berpuluh-puluh ribu orang datang dari pelbagai tempat untuk menyaksikan konsert itu”.

3. Ayat yang lebih tepat ialah “Ya Allah, kami memohon perlindungan-Mu”.

Tatabahasa25.01.2022
As salam. Saya nak tanya. Betul ke istilah dalam bahasa kita sebut dua puluh lapan ratus atau tiga belas ratus?Dalam bahasa Melayu, penulisan yang betul ialah dua ratus lima puluh ribu (250 000) dan  tiga belas ribu (13 000).Tatabahasa02.12.2013
yang betul mengenai RM5,066.00 dalam perkataan. RM Lima Ribu Enam Puluh Enam sahaja atau RM Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja.Cara penulisan yang betul untuk RM5,066.00 ialah (Ringgit Malaysia: Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja).Tatabahasa27.12.2006
Ayat-ayat berikut yg mana betul? Tolong membuat penerangan. Thank you ! 1) Adakah puluh / ratus / ribu / juta merupakan penjodoh bilangan? a) Dua juta orang rakyat Malaysia Dua juta rakyat Malaysia b) Berpuluh-puluh bakul Berpuluh-puluh buah bakul j) I satu suku sudu garam atau satu sudu suku garam? II satu perempat biji epal atau satu biji perempat biji epal? k) I sebahagian daripada murid-murid dari kelas II sebahagian daripada murid dari kelas III sebahagian daripada pelajar-pelajar dari kelas IV sebahagian daripada pelajar dari kelas V sebahagian daripada peniaga-peniaga VI sebahagian daripada peniaga VII sebahagian daripada pemuda-pemuda VIII sebahagian daripada pemuda

Perkataan puluh, ratus, ribu dan juta merupakan kata bilangan. Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Apakah terjemahan bagi ayat yang berikut dan cara menulisnya dalam angka? "Satu biliun empat puluh delapan triliun dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh delapan"Puan,

Penulisan yang betul: Satu trilion empat puluh lapan bilion dua ratus tiga puluh dua juta tujuh ratus ribu tiga ratus dua puluh lapan.

Penulisan dalam bentuk angka: 1 048 232 700 328

Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian.
Makna12.07.2017
Sebutan untuk [tahun 1959] ialah "tahun sembilan belas, lima puluh sembilan", sementara sebutan untuk [tahun 1400] ialah "tahun seribu empat ratus". Adakah [tahun 1959] boleh disebut sebagai "tahun sembilan belas ribu lima puluh sembilan" dan [tahun 1400] disebut sebagai "tahun empat belas kosong kosong"? Sekiranya boleh/ tidak boleh, apakah hukum/ prinsip/ kaedahnya? Tenaga pengajar bahasa Melayu memberitahu pelajar China bahawa tahun 2000-2019 akan disebut dengan "tahun dua ribu, dua ribu sembilan belas" sementara bermula tahun 2020, ia akan disebut sebagai tahun dua puluh dua puluh. Adakah ini benar? Sekiranya benar, apakah prinsip/ hukum/ kaedah penggunaan ini? Sekian, terima kasih.Soalan puan telah disalurkan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa untuk tindakan selanjutnya dan pihak Bahagian Penyelidikan Bahasa akan memberikan maklu balas melalui e-mel puan dalam masa terdekat.Penyelidikan02.03.2024
Tuan, Dalam karya fiksyen, bagaimanakah ketetapan menulis angka? Adakah semuanya harus dieja? Contohnya: 1) Dia membawa dua puluh empat kilo beras. 2) Hantaran yang diberikan oleh Razak kepada isterinya adalah sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan ringgit sembilan puluh sembilan sen.Jawapan: Nombor 1 hingga 9 hendaklah dieja. Nombor 10 dan seterusnya hendaklah ditulis dalam bentuk angka. Contoh: 1. Saya mengenali dia lima tahun yang lalu. 2. Ayah saya berusia 65 tahun.Lain-lain14.02.2012
Kalau 4925 orang bagaimana hendak ditulis dalam bentuk perkataan?

Salam sejahtera puan,

Empat ribu sembilan ratus dua puluh lima orang.

Ejaan01.11.2012
12

Kembali ke atas