Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
puluh
Kata Terbitan : berpuluh-puluh,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compound eyemata majmukBiologiHistologi dan SitologiMata serangga dan krustasea yang banyak mengandungi unit penglihatan yang disebut omatidium. Jumlah omatidium ini di antara puluh seperti pada semut hingga ke beberapa ribu seperti pada pepatung. Apabila jumlahnya banyak, unit-unit ini akan membentuk heksagonal, tetapi apabila hanya sedikit akan membentuk bulatan. Setiap omatidium terdiri daripada lensa kutikel yang mengandungi kon hablur dan sebuah retinul atau sekumpulan sel yang peka cahaya. Keseluruhan mata berbentuk cekung atau separa sfera apabila puncak-puncak kon menumpu ke arah saraf optik di pusat pigmen hitam. Biasanya setiap kon ini diselubungi pigmen hitam yang membolehkan serangga menerima bayang berbentuk mozek, iaitu bayang yang dibina daripada bintik-bintik. Kadangkala selubung pigmen ini boleh mengecut sehingga bayang menjadi terang tetapi menjadi kabur disebabkan pertindihan cahaya, seperti yang biasa terdapat pada serangga nokturnal.
new stars/novabintang baru/novaMatematikTiadaBintang berubah yang kecerahannya meningkat dan memuncak dengan mendadak hingga mencapai beratus ribu malah berjuta kali ganda kecerahan asalnya. Puncak kecerahan bintang itu tidak kekal kerana ia akan kembali kepada kecerahan asalnya secara beransur-ansur dalam tempoh masa dari satu hingga tiga puluh tahun.
number place valuenilai tempat nomborMatematikTiadaNilai sesuatu digit dalam bentuk angka bagi nombor yang ditetapkan mengikut tempat letaknya digit itu dalam angka. Misalnya, untuk angka 7653, nilai tempat bagi digit 7 ialah ribu, bagi digit 6 ialah ratus, bagi digit 5 ialah puluh dan bagi digit 3 ialah sa. Dengan itu, angka 7653 ialah (7 x 1000) + (6 x 100) + (5 x 10) + (3 x 1).

Kembali ke atas