Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun] | ڤون

Definisi : 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan …; bahkan …: Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(120)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan, 1.Apakah yang membezakan penggunaan 'pun' (dirapatkan dan dijarakkan) dalam bentuk tulisan? Contoh: begitupun,kalaupun,sungguhpun belum pun, mereka pun, telah punPerkataan "pun" yang bermaksud hendaklah dijarakkan seperti dia pun (dia juga) dan begitu pun (begitu juga). Pun yang berfungsi sebagai kata penegas hendaklah dirapatkan seperti walaupun dan sungguhpun.Tatabahasa31.07.2012
Kemarau panjang itu pun menyebabkan kebakaran yang dahsyat. Penggunaan "pun" dalam ayat di atas betul atau salah? Terima kasih.Ayat yang diberikan mantap tanpa penggunaan partikel pun. Pun di sini membawa maksud juga. Pun tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa28.03.2013
penggunaan perkataan "pun" contonhya itu pun, lagipun, walaupun, dia pun, ataupun. Penggunaan yang mana betul? harus didekatkan atau dijarakkan ejaan pun itu? Apa bezanya di dekatkan atau di jarakkan? Rujukkan dalam DBP ada yang ejaan didekatkan ada ejaan yang di jarakakan untuk perkataan yang sama.Pun sebagai kata penyerta dieja rapat seperti walaupun, meskipun dan kendatipun. Pun yang bermaksud juga dieja terpisah daripada kata sebelumnya seperti telah pun dan dia punTatabahasa18.01.2012
Bagaimana untuk membezakan perkataan 'pun' jarak atau dekat. Contoh, andaipun - perkataan 'pun' rapat, begitu pun - perkataan 'pun' dijarakkan. Tolong jelaskan dalam Koleksi Lembar Bahasa Bilangan 2 - Bahagian3 mengelirukan saya. Terima kasih.

Kata yang telah mantap dieja rapat menggunakan partikel 'pun' adalah seperti berikut : walaupun, andaipun, bagaimanapun, sekalipun, kendatipun, dan meskipun.

Lain-lain27.02.2008
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'pun'. haruskah dijarakkan atau dirapatkan? Contoh: ada pun, siapa pun Sekian, terima kasih.

Pun sebagai kata partikel dieja rapat seperti adapun,  walaupun, meskipun dan kendatipun. Pun yang bermaksud juga dieja terpisah daripada kata sebelumnya seperti telah pun, dia pun dan sesiapa pun.  

Tatabahasa17.01.2015
Saya sudah menyemak Kamus Dewan mengenai perkataan 'pun'. Namun ada beberapa perkataan yang menggunakan perkataan 'pun' tidak ada dan saya keliru untuk menggunakannya, kerana ada yang dieja rapat dan ada yang dieja jauh daripada kata dasarnya. Misalnya, walaupun, sekalipun, walau bagaimanapun, meskipun (dieja rapat) dan belum pun, sudah pun (dieja jauh) Oleh itu, apakah formula yang perlu digunakan bagi memastikan sama ada perkataan itu dieja rapat atau jauh. Misalnya - walau apa pun / walau apapun walau bagaimana pun / walau bagaimanapun mahupun/ mahu pun dan lain-lain perkataan berbangkit. Diharap saudara atau saudari dapat memberikan formula untuk menentukan ejaan 'pun'

Ada 13 perkataan yang ditulis serangkai dengan kata partikel pun: adapun, ataupun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun,sungguhpun dan walaupun.  Walau bagaimanpun .

Pun yang bermaksud juga ditulis terpisah dengan kata yang mengikutinya : apa pun, telah pun.

Ejaan11.03.2008
apa beza penggunaan perkataan 'pun' kerana ada kata yang rapat seperti 'walaupun' dengan kata yang jarak seperti ' telah pun'?"Pun" yang bermaksud juga dieja berpisah seperti telah pun (telah juga), dia pun (dia juga). Walaupun, meskipun, kendatipun dieja rapat.Tatabahasa09.09.2008
Saya ingin bertanya perihal perkataan 'pun'. 1) Adakah ianya boleh digunakan di akhir ayat seperti dalam ayat berikut: Di bilik itu tiada sesiapa pun. 2) Dalam ayat-ayat berikut, ayat yang manakah mengandungi kesilapan penggunaan 'pun'? i) Di bilik ini tiada sebuah pun kerusi. ii) Di bilik ini tiada sebuah kerusi pun. iii) Di bilik ini sebuah kerusi pun tiada. Terima kasih.

Kata penegas pun ditulis terpisah daripada perkataan yang mendahuluinya jika pun bermaksud:
(a) juga - Adik pun ingin pergi ke pasar
(b) bahkan - Berjalan pun dia tidak boleh, apatah lagi berlari.
(c) biar - Betapa sukar pun projek itu, dia tetap akan meneruskannya.
(d) menguatkan pokok ayat - Tidak ada seorang pun calon yang gagal dalam ujian itu.
(e) turutan - Selepas itu, pasukan polis pun bertindak.
(f) penguat kata ganti tak tentu - Sesiapa pun boleh masuk./Apa-apa pun boleh dibincangkan. 

Merujuk pertanyaan daripada tuan, cadangan jawapan adalah seperti yang berikut
1. Di bilik itu tiada sesiapa pun. (√)
2. Di bilik ini tiada sebuah pun kerusi  (×) 
3. Di bilik ini tiada sebuah kerusi pun
(√)
4. Di bilik ini sebuah kerusi pun tiada (√)

                                             

Tatabahasa07.02.2019
Sesiapa pun atau sesiapa pun?Sesiapa punEjaan26.06.2018
" Berapa pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang," kata Tun Telanai kepada Bendahara Ali yang berdiri di hadapannya. apakah kesalahan tatabahasa di atas dan apakah yang sepatut digunakan?Berapa pun bermaksud bagaimanapun, betapa pun. Kata berapa pun perlu ditambah dan menjadi "berapa ramai pun musuh yang datang, semuanya akan hamba tentang" untuk melengkapkan ayat.Tatabahasa18.07.2008
12345678910...

Kembali ke atas