Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun] | ڤون

Definisi : 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan …; bahkan …: Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(120)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN GERAKAN BERPANJANGAN

Mesin gerakan berpanjangan ialah alat

hipotetikal yang boleh secara berterusan

menghasilkan kerja tanpa input tenaga, secara

berterusan menukarkan tenaga sepenuhnya

kepada kerja, atau secara berterusan menghasilkan

lebih banyak tenaga daripada yang digunakannya.

Tiada siapa pun yang berjaya membina mesin

gerakan berpanjangan, dan hampir semua ahli

sains dan jurutera percaya tiada siapa pun yang

akan berjaya membinanya.

UMUM 
TASIK XOCHIMILCO

Tasik Xochimilco, tasik yang menyerupai paya di

Mexico City, Mexico, terkenal kerana terdapat “taman

terapung”. Menjelang waktu wilayah tersebut

ditakluki oleh Sepanyol pada tahun 1521, Orang Asli

Amerika sudah pun membuat lima buah tasik cetek

daripada sebuah tasik yang lebih besar dengan cara

membina daik. Mereka menimbunkan lumpur

lembut di atas ranting yang berjalin dan membentuk

batas untuk menanam bunga dan sayur-sayuran. Saiz

“taman terapung” ini beransur-ansur menjadi lebih

besar dan akhirnya dipenuhi tumbuhan yang akarnya

berjalin antara satu sama lain. Ramai pelancong

berperahu di terusan-terusan yang memisahkan

pulau-pulau buatan tersebut.

UMUM 
SPENDER, SIR STEPHEN

Spender, Sir Stephen (1909–1995) ialah pemuisi

British. Puisi-puisinya yang terkenal menggabungkan

unsur romantik tradisional dengan subjek serta sikap

yang benar-benar moden. Dengan itu, dalam sebuah

kereta api ekspres pun dia mendapati kewujudan

jenis keindahan yang penyair romantik awal temui

pada air terjun dan matahari terbenam.

UMUM 
MOTHER GOOSE

Mother Goose ialah suatu nama yang dikaitkan

dengan kesusasteraan kanak-kanak beratus-ratus

tahun lamanya. Mother Goose muncul sebagai

pengarang yang mempunyai banyak koleksi cerita

dan rima dalam pelbagai bahasa. Namun, tiada

sesiapa pun yang tahu sama ada Mother Goose

yang sebenar itu pernah wujud.

UMUM 
PROFILAKSIS

Profilaksis bererti sebarang rawatan yang

melindungi seseorang daripada penyakit. Profilaksis

juga dikenali sebagai rawatan pencegahan . Rawatan

ini berlainan daripada rawatan pembaikan atau

rawatan penyembuhan , yang diberikan apabila

pesakit sudah pun menghidap penyakit ataupun

dalam keadaan tidak sihat.

UMUM 
PSIKOSIS

Psikosis ialah istilah yang digunakan untuk

menerangkan penyakit mental yang teruk. Psikosis

dicirikan dengan berbagai-bagai gejala yang

dianggap tidak normal oleh kebanyakan orang.

Gejala ini termasuk halusinasi , seperti mendengar

suara sedangkan tiada sesiapa pun di sekitarnya,

dan delusi , seperti perasaan sedang diseksa atau

ada orang sedang membuat rancangan jahat

terhadapnya (liha t Delu si; Halusinasi ).

UMUM 
ORANG NORMAN

Orang Norman ialah sekumpulan orang Viking,

atau Norsemen (orang Scandinavia), yang mula-

mula menduduki utara Perancis, kemudiannya

mara ke England, selatan Itali, dan Sicily. Pada

tahun 800-an M., pahlawan Norman memulakan

penaklukan dengan menyerang pantai dan lembah

sungai di Perancis. Menjelang tahun 900-an M.,

mereka sudah pun menetap di wilayah Perancis

yang terletak berhampiran muara Sungai Seine,

yang sekarang dikenali sebagai Normandy. Pada

tahun 911 M., seorang ketua Norman, Hrolf atau

Rollo (860?–931?) menjadi duke untuk raja Frank,

Charles Yang Sederhana (Charles the Simple).

Orang Norman pun menganut agama Kristian dan

menerima adat Perancis. Ramai orang Norman

yang menjadi terkenal sebagai pentadbir, ketua

gereja, dan pahlawan Perang Salib.

UMUM 
NOLAN, SIR SIDNEY

Nolan, Sir Sidney (1917–1992), pelukis

terkemuka Australia, yang terkenal dengan siri

lukisan pengawal hutan, Ned Kelly. Nolan

memulakan lukisan tentang Kelly pada tahun

1940-an. Pelukis yang terdahulu mencuba tema ini,

namun tiada satu pun yang berjaya. Nolan berjaya

dengan cara yang sungguh menarik dan

menakjubkan.

UMUM 
NAGA LAUT

Naga laut ialah makhluk laut yang besar, yang

mungkin makhluk khayalan. Sejak zaman purba,

legenda kebanyakan bangsa telah menceritakan

makhluk seperti naga laut, naga, dan unikon. Saksi

telah melaporkan melihat naga laut, tetapi tiada satu

pun makhluk bak ular ini dapat ditangkap atau

terdampar di pantai.

UMUM 
MINOTAUR

Minotaur, dalam mitos Yunani ialah raksasa yang

berkepalakan lembu jantan dan berbadankan

manusia. Ia merupakan anak lembu jantan dan

Pasiphae, isteri Raja Minos dari Crete. Minos

mengurung Minotaur di dalam Labirin, iaitu

bangunan seperti pagar sesat yang tiada siapa pun

dapat melepaskan diri. Minos mengorbankan tujuh

orang pemuda dan tujuh orang gadis Athens

kepada Minotaur setiap tahun. Theseus dari Athens

akhirnya membunuh Minotaur, dan melarikan diri

dari Labirin dengan menggunakan benang yang

diberikan kepadanya oleh anak perempuan Minos,

Ariadne.

UMUM 
123456

Kembali ke atas