Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.nat] | ڤونت

Definisi : 1. benih (bisul dll), mata bintil (bengkak dll): macam bisul yg pecah ~nya; 2. ki sumber segala kejahatan; 3. bp tombol (lampu, radio, dll): ia memetik ~ lampu di dinding dan ruangan itu menjadi terang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.nat] | ڤونت

Definisi : 1 mata pd bisul (bengkak dll). 2 alat yg menonjol keluar dr sesuatu, spt tombol radio. 3 ki asas atau punca segala kejahatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata punat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan bahasa Melayu untuk butang "rewind", " fast forward", "stop" dan "pause" yang terdapat pada alat kawalan jauh radio? Mohon pencerahan

Padanan perkataan bahasa Melayu untuk  perkataan “rewind”, “fast forward’, “stop” dan “pause” pada alat kawalan jauh radio ialah  punat putar semula, mara laju, henti dan jeda. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.

Istilah21.01.2021

Kembali ke atas