Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : 1. hujung (benang, obor, tali, dll); ~ tali kail hujung tali kail yg dipegang; 2. sudut kain (sebai, selendang, dll) yg lepas tergantung: terpandang ~ baju layang dlm tiang seri; ~ sebai hujung sebai yg tergantung; 3. tingkatan permulaan (pengetahuan), pengantar, pendahuluan (pengetahuan dll); kitab ~ usuluddin; perpustakaan sekolah mestilah berkhidmat sbg ~ pengajaran; 4. pangkal, perdu (asal mulanya, kerana, lantaran, sebab), pokok, tajuk (perbicaraan dll): ~ pertengkaran yg umum sekarang ialah soal-soal pilihan raya; harta akan terus menjadi ~ ketegangan yg hebat; ibu dan anak-anak yg sihat itu adalah satu drpd ~-~ kebahagiaan rumah tangga; apa ~nya apa sebabnya; mula ~nya mulanya (sebabnya); tidak tentu ~nya tidak tentu pokok persoalannya; tenggelam (kehilangan) ~ tidak tentu lagi pokok pemikiran (perbualan, pemikiran, dll); tidak tahu apa yg hendak dibuat; ~ ganda dua ( ) (spt 4 = 2), akar (Id); ~ ganda tiga (3 ) (spt 3 8 = 2 dll); ~ persamaan (Mat) nilai nombor yg tidak diketahui dlm ilmu hisab (spt 2n + 7 = 25 dll); 5. sumber, asal (berita, penghidupan, pendapatan, dll): berita ini diperoleh drpd ~ yg boleh dipercayai, matahari boleh dikatakan sbg satu ~ kehidupan; dinamo itu merupakan suatu ~ tenaga elektrik; wang yg didapati drpd segala ~; ~ hasil sumber pendapatan; ~ kekayaan sumber kekayaan; ~ pendapatan perkara yg mendatangkan pendapatan; berpunca; ~ drpd berasal drpd, bersumber drpd: masalah-masalah yg kita hadapi kini ~ drpd penjajahan juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : Mn; angin ~ beliung angin puting beliung (olakan angin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca] | ڤونچا

Definisi : 1 bahagian hujung tali (benang dll); hujung atau sudut kain (selendang) yg lepas tergantung: ~ tali pancing. 2 sebab yg menjadi asas; asal mula; pokok pangkal: Apakah yg menjadi ~ perbalahan ini? 3 tempat datangnya sesuatu; sumber (berita dll): Khabar ini didapat dr ~-~ yg boleh dipercayai. ~ kuasa dua ist pembahagi sesuatu kuantiti yg apabila digandakan dua kali akan memberikan nilai kuantiti tsb (spt punca kuasa dua 4 ialah 2; Ö4 = 2). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punca (kata nama)
1. Bersinonim dengan sumber: asas, asal, mula,

2. Bersinonim dengan pangkal: perdu, asal, mulanya, pokok, tajuk,

Kata Terbitan : berpunca,

Puisi
 

Sapu tangan punca merah,
     Mari sarung cincin suasa;
Luka tangan tampak berdarah,
     Luka hati menahan rasa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Jika berjumbai tempat bergantung.

Bermaksud :

Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
oleh penyakit gout, reumatisme, gonorea atau trauma. (UBAT) acute gouty arthritis (artritis gout akut) Artritis akut yang terjadi akibat penyakit gout. (UBAT) acute rheumatic fever (demam reumatik akut) Penyakit yang punca utamanya infeksi streptokokus hemolisis yang dicirikan oleh demam, sengal-sengal pada sendi dan sering kali inflamasi jantung, nodul pada kulit dan ruam. (UBAT) acyl enzyme (enzim asil) Kompleks perantara yang ke dalam armatur motor atau arus yang keluar dari armatur penjana. (KEJ) armature resistance (rintangan armatur) Rintangan dawai belitan armatur dalam penjana elektrik atau motor yang diu- kur pada dua punca berus atau galang gelincir yang menggunakan armatur. Dalam mesin elektrik biasanya nilai rintangan ini rendah, iaitu kurang dari - pada satu ohm. (KEJ) armilla (armila) Anulus yang berasal daripada selaput kelubung

Kembali ke atas