Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
punca (kata nama)
1. Bersinonim dengan sumber: asas, asal, mula,

2. Bersinonim dengan pangkal: perdu, asal, mulanya, pokok, tajuk,

Kata Terbitan : berpunca,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan Surat Pekeliling Ikhtisas dan juga Surat Pekeliling Am. Terima kasih.
"Surat Pekeliling Ikhtisas" merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Surat pekeliling ini merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Selain itu, ia juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. 

"Surat Pekeliling Am" pula lebih fokus kepada perkara-perkara umum seperti peraturan pejabat, penstrukturan semula dan lain-lain, contohnya, Penyeragaman Format Kepala Surat.  
Lain-lain09.08.2021
Adakah boleh suatu persatuan pelajar mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas. Contohnya, Surat Pekeliling Ikhtisas Panduan Pelaksanaan Program Secara Bersemuka."Surat Pekeliling Ikhtisas" merupakan satu Warta Kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke semasa. Surat pekeliling ini merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. Selain itu, ia juga merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh penjawat awam. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Surat Pekeliling Ikhtisas, saudara bolehlah menghubungi Kementerian Pelajaran Malaysia. 
Lain-lain15.08.2021
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya adakan perkataan berimbuhan "menggandaduakan" atau "digandaduakan" wujud dalam bahasa Melayu? Kata asalnya ialah "ganda dua" Contoh ayat: Jika nombor pertama digandaduakan, hasil tambah tiga nombor menjadi 22. Mohon betulkan kesalahan dalam ayat tersebut. Terima kasih.Kata berimbuhan digandaduakan terakam dalam Kamus Pelajar dalam huraian, iaitu punca kuasa ialah istilah pembahagi sesuatu kuantiti yang apabila digandaduakan akan memberikan nilai kuantiti tersebut. Kata menggandaduakan juga terakam dalam data kami dalam huraian istilah Malaysia untuk pengganda voltan (voltage doubler), iaitu litar yang boleh menggandaduakan voltan. Istilah14.12.2018
Salam Sejahtera.. Saya ingin tahu mengenai proses penerbitan. Sekiranya status manuskrip ialah Jawatankuasa Penerbitan (JKP), berapa lamakah masa diambil untuk kelulusan? Yg kedua, apakah kriteria yang dibincang dalam JKP walhal telah dinilai oleh penilai pakar DBP? Dan proses apa dilakukan selepas dilulus JKP ? Terima kasih.Proses penerbitan terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak (reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Pencetakan, dan Penjualan/Pemasaran.

Mesyuarat JKP biasanya diadakan empat kali setahun.  Kelulusan judul diputuskan dalam Mesyuarat JKP bagi judul yang dilaporkan dalam mesyuarat tersebut. Walaupun  telah dinilai, laporan manuskrip perlu dimajukan ke Mesyuarat JKP  untuk pertimbangan kelulusannya. JKP merupakan punca kuasa untuk menerbitkan sesebuah manuskrip. 

Setelah manuskrip diluluskan oleh JKP, proses seterusnya ialah penyuntingan kopi, dan seterusnya seperti yang dijelaskan di atas.
Lain-lain30.03.2012
Salam, Antara dua cadangan nama bagi kemudahan (fasiliti) berikut yang manakah lebih sesuai dan tepat untuk dijadikan sebagaibkata nama khas? a) Pusat 3R Komuniti, atau b) Pusat Komuniti 3R 3R ialah reduce, reuse & recycle Sekiranya tuan mendapati salah satu atau kedua-duanya jawapan boleh diterima pakai, adakah penggunaan perkataan seperti berikut juga tidak menjadi satu kesilapan untuk digunakan. c) Pusat 3RKomuniti; atau d) Pusat Komuniti3R Apa yang membezakan sesebuah kemudahan apabila diberi nama antara stesen dan pusat? contoh 1, mengapa stesen bas bukannya pusat bas? contoh 2, mengapa pusat pentadbiran kerajaan, bukannya stesen pentadbiran kerajaan? Adakah perkataan berikut memerlukan perkataan di disambungkan atas sebab ianya menunjukkan sebagai satu perbuatan iaitu dikitar semula atau di kitar semula? Kerjasama tuan sangat dihargai. Sekian, terima kasih.Assalammualaikum WM WBT.
SOALAN 1. Yang lebih sesuai ialah Pusat Komuniti 3R. Tidak boleh digunakan sama ada Pusat Komuniti3R atau Pusat 3RKomuniti.
SOALAN 2. Kamus Dewan mentakrifkan stesen (stésén) sebagai bangunan perhentian kereta api atau bas, tempat (bangunan dan sebagainya) yang mempunyai peralatan khas untuk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu: ~ radio; ~ hidroelektrik; ~ jana kuasa;, saluran gelombang radio. Dalam hal soalan saudara, pusat bermaksud punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dan lain-lain, tempat yang menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dan sebagainya yang utama atau tertentu. Maka dari segi maksud jelas menunjukkan perbezaan penggunaan stesen dan pusat.
SOALAN 3. Yang betul ialah "dikitar semula". Kata sendi "di" dieja jarak apabila menunjukkan tempat dan masa. Contohnya, saya tinggal di Johor Bahru. Selain tempat dan masa, "di" dieja rapat.
Tatabahasa23.04.2014
saya tidak pasti penggunaan ialahvs adalah; dalam vs di dalam;dari vs daripada, atas vs di atas: bawah vs di bawah: sebutharga: berkuatkuasa dll seperti yang bertanda merah pada dokumen yang disertakan. Oleh kerana pekeliling begini sering diulang-ulang, saya berharap segala kesilapan dapat diperbetulkan dan kesilapan tidak diulang-ulang juga. Terima kasih.Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi.  Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Kata arah "atas" hadir sebelum frasa nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Ejaan yang betul ialah sebut harga, berkuat kuasa, alat tulis, mengenal pasti, mengambil kira, walau bagaimanapun, tanggung rugi, ganti rugi, dan walaupun. Puan boleh juga merujuk ejaan perkataan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.Tatabahasa24.09.2012

Kembali ke atas