Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun.ca/] | ڤونچق

Definisi : 1. bahagian yg tertinggi (bukit, gunung, menara, pokok, dll): ~ Titiwangsa yg diliputi awan; bendera negara kita sudah berkibar di ~ tiang; 2. (Mat) titik sudut segi yg berhadapan dgn garis dasar, titik tempat perte­muan dua (atau lebih) garis, hujung sudut: sebuah sudut yg ~nya pd pusat O bulatan; ~ sudut titik tempat pertemuan dua garis atau lengan sudut; 3. ki paras dsb yg teratas, paras dsb yg tertinggi: apabila matahari sampai ke ~nya pasar itu sunyi senyap; semua orang ingin sampai ke ~ hidup; harga barang-barang membumbung tinggi dan dirasakan tidak lama lagi akan sampai di ~nya; ~ gigi Id bahagian gigi yg di sebelah atas; ~ kejayaan kejayaan yg tertinggi; ~ paru Id hujung paru­-paru; memuncak 1. menuju ke puncak, membum­bung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi: api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting, tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga): kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik; memuncakkan menjadikan (menyebabkan) memuncak: usaha utk ~ krisis hendaklah diperlahankan; pemuncakan proses (perbuatan) yg menye­babkan sesuatu memuncak: kebanyakannya disebabkan ~ daya khayal; pemuncak 1. puncak; 2. Mn orang yg ter­tinggi pangkatnya; 3. johan, juara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca/] | ڤونچق

Definisi : 1 bahagian yg tertinggi pd sesuatu: ~ gunung; ~ tiang. 2 yg tertinggi (harga, jawatan dll): Dlm masa peperangan Korea dahulu, harga getah asli telah mencapai ~nya. memuncak meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puncak (kata nama)
Bersinonim dengan kemuncak, mercu, hujung, yang tertinggi, yang teratas, rabung;,
Kata Terbitan : memuncak,

Puisi
 

Nyiur gading puncak mahligai,
     Ketupat manis berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Sudah dapat baru berhenti.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti kuang (= kuar) memekik di puncak gunung.

Bermaksud :

Orang yang sedang bercinta dengan kekasihnya, perempuan yang bercakap dengan suara yang kuat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
noise limiterpengehad hingarFizikAkustikPeranti untuk menghilangkan puncak-puncak tinggi dalam gelombang supaya kejutan akustik dapat dihapuskan.
wave envelopesampul gelombangFizikAkustikLengkungan yang dilukis mengikut puncak-puncak gelombang untuk menunjukkan perubahan amplitud gelombang pembawa yang terjadi kerana modulasi amplitud.
ridge linegaris permatangGeologiTiadaGaris permatang: Garis cerun yang menghubungkan puncak-puncak melalui laluan-laluan atau pancang-pancang.
column efficiencykecekapan turusKimiaKimia AnalisisKemampuan turus memisahkan suatu campuran dengan baik. Ia boleh digambarkan oleh puncak-puncak yang tajam dan jelas terpisah di antara satu sama lain dalam kromatogram. Kecekapan turus ditunjukkan oleh bilangan plat teori ataupun nilai tinggi setara plat teori, H.
peak-to-peakpuncak ke puncakKejuruteraanTiada1. Perbezaan algebra di antara nilai positif maksimum dengan negatif maksimum bagi bentuk gelombang.,2. Perbezaan amplitud di antara puncak paling positif dengan puncak paling negatif bagi isyarat elektrik.
reference black levelaras hitam rujukanKejuruteraanTiada1. Aras isyarat gambar yang sepadan dengan had maksimum yang ditentukan untuk puncak-puncak hitam.,2. Amplitude kekutuban negatif maksimum bagi isyarat video.
reference white levelaras putih rujukanKejuruteraanTiada1. Aras isyarat gambar yang sepadan dengan had maksimum yang ditentukan untuk puncak-puncak putih.,2. Amplitud kekutuban positif maksimum bagi isyarat video.
lee wavegelombang teduh anginSainsHidrometeorologiSistem gelombang udara pegun (gelombang pegun) yang terbentuk dalam keadaan tertentu di sisi teduh angin bukit atau gunung yang menjadi penghalang kepada angin. Kewujudan angin sedemikian kadang kala ditunjukkan dengan adanya awan hampir dengan puncak gelombang (awan gelombang teduh angin). Kepanjangan gelombang teduh angin, iaitu jarak antara puncak-puncak gelombang teduh angin, iaitu jarak antara puncak-puncak gelombang yang bersebelahan biasanya antara 4 - 40 km. Amplitud geljmbang teduh angin, iaitu separuh jarak tegakan dari palung ke puncak gelombang, amat kecil pada aras yang amat rendah dan amat tinggi dan mencapai maksimum pada aras pertengahan. Keadaan meteorologi yang sesuai untuk pembentukan gelombang teduh angin ialah; suatu lapisan udara stabil di antara lapisan kurang stabil bumi dan di aras lebih tinggi; angin dengan kelajuan sekurang-kurangnya 15 knot merentasi bahagian atas banjaran; dan kemalaran arah angin sehingga ke bahagian atas lapisan stabil. R.S. Scorer menyatakan keadaan yang diperlukan itu secara matematik sebagai pengurangan ke atas l2 seperti yang berikut, l2 = gb - 1 d2V) V2 V dz2 dengan b ialah kestabilan statik (q -1 suhu keupayaan dan z ketinggian); g pecutan graviti; dan V komponen kelajuan angin ke arah merentasi bukit. Rangkap pertama adalah lebih penting.
base peakpuncak asas; puncak dasarKimiaTiadaTiada
peak to peakpuncak ke puncakTeknikElektrikNilai arus, voltan atau kuasa dan sebagainya yang diambil daripada titik maksimum dan minimum sesuatu graf yang dikehendaki.
12345678910...

Kembali ke atas