Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pundi
Kata Terbitan : pundi-pundi,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kandung1. kantung, pundi-pundi: ia mengeluarkan wang drpd ~nya; 2. rahim, pundi­-pundi peranakan; abang (adik, anak, ayah, ibu) ~ abang dll sendiri (bukan abang dll tiri atau abang angkat); saudara se~ adik (abang, kakak) seibu sebapa; ~ jantung Id selaput jantung; ~ kencing Id pundi-pundi kencing; bunga ~ bunga yg kecil­-kecil yg terdapat pd bahagian tengah bunga (spt pd bunga matahari); berkandung 1. berisi, bermuat; 2. hamil; mengandung 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; mengandungkan mempunyai janin yg sedang membesar di dlm rahim, menghamil­kan, membuntingkan: suaminya berubah perangai apabila dia ~ anaknya yg ketiga; terkandung dikandung, terdapat atau ter­muat di dlm sesuatu, tercantum (tersirat): bijih emas yg ~ dlm batu kapur; kesalahan-kesalahan yg ~ dlm undang-undang; rasa sedih yg ~ dlm suaranya; kandungan 1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm se­suatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3.Kamus Dewan Edisi Keempat
pekencingan1. pundi­-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kemaluan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengencingan1. pundi­-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kemaluan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kandung kencingId pundi-pundi kencing;Kamus Dewan Edisi Keempat
pundi-pundi kencingkantung kecil dlm badan yg berisi air kencing.Kamus Pelajar Edisi Kedua
salur buah pinggangsaluran yg membawa air kencing dr buah pinggang ke pundi-pundi kencing;Kamus Dewan Edisi Keempat
salursesuatu (spt pembuluh, parit, dll) yg men-jadi jalan atau laluan utk mengalirkan air dsb; ~ buah pinggang saluran yg membawa air kencing dr buah pinggang ke pundi-pundi kencing; ~ darah saluran (dlm badan) yg menyalurkan darah; ~ halus salur darah dgn salur nadi yg halus, jalan saraf, arteriol; ~ kencing saluran yg menyalirkan air kencing dr pundi kencing ke luar tubuh, uretra; ~ makanan saluran yg membawa makanan dr mulut ke perut; ~ mani saluran tempat mani disimpan dan menjadi matang (dlm buah zakar); ~ nadi saluran yg membawa darah dr jantung ke bahagian-bahagian lain badan, arteri; menyalurkan 1. mengalirkan (sesuatu yg cair dll): air yg kotor itu disalurkan ke laut; 2. menyampaikan (membawa dsb) melalui jalan atau cara tertentu: segala surat-menyurat mesti disalurkan menerusi syarikat kerja­sama; tersalur dapat disalurkan, (sudah) disalurkan; saluran 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan; penyaluran perbuatan menyalurkan (air, pendapat, dll); penyalur (sesuatu) yg menyalurkan, penyampai, pembawa: bahasa yg berkesanggupan men-jadi alat ~ ilmu dan kebudayaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sistisis(Ubat) radang pd pundi kencing, ter­utamanya pd perempuan, yg disebabkan oleh jangkitan.Kamus Dewan Edisi Keempat
prostat(Bio) kelenjar yg mengelilingi leher pundi kencing dan uretra pd lelaki atau mamalia jantan, merembeskan cecair yg merupakan sebahagian drpd air mani.Kamus Dewan Edisi Keempat
uretra/urétra/ ist saluran yg mengalirkan air kencing dr pundi kencing ke luar tubuh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas