Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pung.gung] | ڤوڠݢوڠ

Definisi : 1. pantat, bokong, pinggul; 2. Id bahagian sebelah belakang dada (manusia dan binatang), belakang; buah ~ buah pinggang, ginjal; tulang ~ a) tulang belakang; b) sesuatu yg menjadi kekuatan; 3. sesuatu yg menye­rupai belakang: ~ bukit (gunung); 4. bahagian sebelah belakang atau atas (pd sesuatu benda): ~ kaki; ~ pisau (lading dll); memunggung Mn 1. memperlihatkan pung­gung, membelakang; 2. ki tidak hendak mem­pedulikan saudara-mara lagi; punggung-memunggung belakang-membelakangi (beradu punggung); memunggungi menghadapkan punggung kpd: mereka memandang arah selatan, daratan Tiongkok dipunggunginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pung.gung] | ڤوڠݢوڠ

Definisi : 1 bahagian badan yg diletakkan ketika duduk; bahagian badan sebelah belakang di antara pinggang dgn paha. 2 bahagian badan di sebelah belakang. 3 bahagian belakang drpd sesuatu: ~ parang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punggung (kata nama)
Bersinonim dengan pinggul, buntut, bokong, tongkeng, kibul, pantat.,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Makan isi kulit melayang;
Kalau terpandang aurat Si Dayang,
     Punggung bergegar jantung bergoyang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Punggung dipukul,
     gigi habis tanggal.

Bermaksud :

Lain yang disindir, lain yang merasa.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk orang berlanggaran (punggung dengan punggung) akibat ruang yang sempit? Contoh ayat, Orang yang berdiri di dalam bus yang penuh itu terpaksa "berlanggaran" antara satu sama lain. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "berlanggaran"?Dalam sumber rujukan kami tidak ada kata khusus yang merujuk kepada perbuatan berlanggaran akibat ruang yang sempit, namun perbuatan yang paling hampir dengan situasi tersebut ialah bergesel, bersesak-sesak atau berhimpit-himpit.Tatabahasa03.09.2010
Tuan, Adakah pinggul, punggung dan buntut membawa maksud yang sama? Terima kasih.

Merujuk kepada takrif yang diberi dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, pinggul, punggung dan buntut membawa maksud yang sama.  

Ejaan23.09.2011
Apakah jawapan bagi solaan berikut? 1.Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah..........punggung. A.menurunkan B.melabuhkan C.menjatuhkan D.meletakkan 2.Oleh sebab Cik Rogayah...........,dia mempunyai kenalan yang banyak. A.ringan mulut B.ringan tangan C.ringan tulang D.ringan kepala

1. Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah melabuhkan punggung.

2. Oleh sebab Cik Rogayah ringan mulut, dia mempunyai kenalan yang banyak.

Tatabahasa07.12.2010
Beza mendukung dengan mendokongMendukung bermaksud membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pada pinggang (atau di belakang) atau dengan menyokong punggung kanak-kanak itu dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya atau disebut juga menggendong. Tidak ada kata terbitan mendokong dan dokong ialah sejenis buah-buahan.Makna06.07.2011
Aina Othman Jul 23rd, 3:14pm salam... saya terjumpa kesilapan ejaan seperti yang saya kepilkan. harap DBP dapat mengambil tindakan secepat mungkin. kesilapan yang saya jumpa: box office - dalam Istilah Malaysia 'pecah punggung'.. hehe...Waalaikumussalam. Ya, kami pun terjumpa. Itu merupakan kesilapan menaip ketika memasukkan data. Kami akan maklumkan kepada pihak berkenaan. Terima kasih atas teguran.Ejaan23.07.2014
Apakah maksud bagi peribahasa dan perkataan di bawah kerana saya tidak dapat dicari di mana-mana pun ? a rantai besi dimakan bubuk b lalang ditiup angin c terengsot-engsot d baik mengikut resmi padi daripada mengikut remi lalang terima kasih.

Puan,

Maksud peribahasa dan perkataan yang dikemukakan ialah i. cerita tak masuk akal ii. terhuyung -hayang iii. bergerak sedikit-sedikit tanpa mengangkat punggung iv. makin berisi makin tunduk

Lain-lain14.12.2010
Seekor penyu sedang...........naik keatas pantai untuk mencari tempat bertelur yang sesuai A) menyusur B) mengesot C) merangkak D) melompat Apakah jawapan paling tepat sekali bagi tempat kosong tersebut. Sekian terima kasih
Jawapan yang sesuai ialah mengengsot.
(éngsot); berengsot, berengsot-engsot 1. bergerak (beralih) sedikit-sedikit (perlahan-lahan), berkesot; 2. memulakan satu barisan cetakan atau tulisan lebih jauh dr garis tepi, inden; tidak ~ drpd bibir prb selalu disebut-sebut; mengengsot 1. berengsot: ia ~ menuju ke meja itu; 2. = mengengsotkan menggeserkan, mengesotkan perlahan-lahan.

Lihat pula definisi mengesot kerana berbeza walaupun hampir sama. 
menegsot = bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengeng­sotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris;
Tatabahasa25.10.2012
1) Terangkan dengan lebih terperinci maksud ekor pada haiwan dalam konteks Bahasa Melayu. 2) Adakah bahagian hujung badan serangga seperti pepatung boleh dipanggil ekor? Terima kasih.

1. Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, makna ekor ialah bahagian yang di belakang sekali atau hujung pada tubuh binatang yang biasanya seperti menganjur keluar dari tulang punggung dan boleh digerak-gerakkan.

2.  Ya, hujung badan serangga seperti pepatung boleh dipanggil ekor.

Lain-lain06.05.2020

Kembali ke atas