Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pung.gung] | ڤوڠݢوڠ

Definisi : 1. pantat, bokong, pinggul; 2. Id bahagian sebelah belakang dada (manusia dan binatang), belakang; buah ~ buah pinggang, ginjal; tulang ~ a) tulang belakang; b) sesuatu yg menjadi kekuatan; 3. sesuatu yg menye­rupai belakang: ~ bukit (gunung); 4. bahagian sebelah belakang atau atas (pd sesuatu benda): ~ kaki; ~ pisau (lading dll); memunggung Mn 1. memperlihatkan pung­gung, membelakang; 2. ki tidak hendak mem­pedulikan saudara-mara lagi; punggung-memunggung belakang-membelakangi (beradu punggung); memunggungi menghadapkan punggung kpd: mereka memandang arah selatan, daratan Tiongkok dipunggunginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pung.gung] | ڤوڠݢوڠ

Definisi : 1 bahagian badan yg diletakkan ketika duduk; bahagian badan sebelah belakang di antara pinggang dgn paha. 2 bahagian badan di sebelah belakang. 3 bahagian belakang drpd sesuatu: ~ parang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punggung (kata nama)
Bersinonim dengan pinggul, buntut, bokong, tongkeng, kibul, pantat.,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Makan isi kulit melayang;
Kalau terpandang aurat Si Dayang,
     Punggung bergegar jantung bergoyang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Punggung dipukul,
     gigi habis tanggal.

Bermaksud :

Lain yang disindir, lain yang merasa.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
selepet[s«.lE.pEt]kata adjektifberkenaan kekotoran cair seperti tahi atau lumpur yang melekit; sempelet.Punggung adek selepet dengan taik, pase adek saket perot.[puN.guN A.de s«.lE.pEt d«.NAn tA.i pA.sE A.de sA.ket p«.Äot]Punggung adik melekit dengan najis kerana adik sakit perut.
pekpe[pE/.p«]kata namabisul yang tumbuh di bahagian selain daripada punggung.Koi tok daye jalan jaoh pase beteh koi tumboh pekpe.[koj to/ dA.j« dZA.lAn dZA.woh pA.sE b«.teh koj tum.boh pE/.p«]Saya tidak mampu berjalan jauh kerana betis saya ada bisul.

Kembali ke atas