Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pung.gung] | ڤوڠݢوڠ

Definisi : 1. pantat, bokong, pinggul; 2. Id bahagian sebelah belakang dada (manusia dan binatang), belakang; buah ~ buah pinggang, ginjal; tulang ~ a) tulang belakang; b) sesuatu yg menjadi kekuatan; 3. sesuatu yg menye­rupai belakang: ~ bukit (gunung); 4. bahagian sebelah belakang atau atas (pd sesuatu benda): ~ kaki; ~ pisau (lading dll); memunggung Mn 1. memperlihatkan pung­gung, membelakang; 2. ki tidak hendak mem­pedulikan saudara-mara lagi; punggung-memunggung belakang-membelakangi (beradu punggung); memunggungi menghadapkan punggung kpd: mereka memandang arah selatan, daratan Tiongkok dipunggunginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pung.gung] | ڤوڠݢوڠ

Definisi : 1 bahagian badan yg diletakkan ketika duduk; bahagian badan sebelah belakang di antara pinggang dgn paha. 2 bahagian badan di sebelah belakang. 3 bahagian belakang drpd sesuatu: ~ parang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punggung (kata nama)
Bersinonim dengan pinggul, buntut, bokong, tongkeng, kibul, pantat.,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Makan isi kulit melayang;
Kalau terpandang aurat Si Dayang,
     Punggung bergegar jantung bergoyang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Punggung dipukul,
     gigi habis tanggal.

Bermaksud :

Lain yang disindir, lain yang merasa.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tonggek/tonggék/ tidak lurus pung­­gungnya apabila berjalan; punggung­nya terkeluar ke belakang: Punggung bu­­dak itu ~. menonggek berjalan dgn tonggek. menonggekkan 1 men­­­jadi­­kan tonggek: ~ punggung. 2 membongkok­kan badan supaya kepala ke bawah dan punggung ke atas; menonggengkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tepos(tépos) Jk pipih dan tidak berdaging (punggung): badannya kurus dan punggung­nya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesot/késot/; berkesot bergerak atau beralih dgn menggeserkan punggung; berengsot. mengesot menggeserkan punggung ke lantai utk bergerak: Anaknya belum boleh berjalan, baru pandai ~. mengesotkan mengalih sesuatu perlahan-lahan dgn menyorong atau dgn menariknya; mengengsotkan. terkesot-kesot bergerak dgn mengesot.Kamus Pelajar Edisi Kedua
punggung1 bahagian badan yg diletakkan ketika duduk; bahagian badan sebelah belakang di antara pinggang dgn paha. 2 bahagian badan di sebelah belakang. 3 bahagian belakang drpd sesuatu: ~ parang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
punggung1 bahagian badan yg diletakkan ketika duduk; bahagian badan sebelah belakang di antara pinggang dgn paha. 2 bahagian badan di sebelah belakang. 3 bahagian belakang drpd sesuatu: ~ parang.Kamus Pelajar
punggung-memunggungbelakang-membelakangi (beradu punggung);Kamus Dewan Edisi Keempat
tulang ruas punggungbahagian tulang belakang dr pinggang ke punggung, sulbi;Kamus Dewan Edisi Keempat
tulang punggungtulang yg lebar pd bahagian pinggang hingga ke punggung;Kamus Dewan Edisi Keempat
tulang punggungId tulang yg beruas-ruas dr tengkuk hingga ke punggung;Kamus Dewan Edisi Keempat
tongkeng I(tongkéng) punggung sebelah bawah; tulang ~ tulang punggung di sebelah bawah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas