Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Lekuk batu dititik air selalu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Punggung dipukul, gigi habis tanggal. | Lain yang disindir, lain yang merasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menengah tulang punggung (= bubungan). | Mahal tidak, murah pun tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memakuk dengan punggung lading. | Sangat menyakiti hati orang. memakuk = menetak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kena pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal. | Sindiran (jawapan) yang tepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ringan mulut berat punggung. | Malas meninggalkan tempat duduk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Datang tampak muka, pulang tampak punggung. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan). | Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri. (Bandingkan dengan: a. Datang nampak muka, pergi nampak belakang, b. Datang tampak muka, pulang tampak punggung). (Peribahasa lain yang sama makna: Terbang bertumpu, hinggap mencengkam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lekuk batu dititik air selalu. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |