Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pung.gung] | ڤوڠݢوڠ

Definisi : 1. pantat, bokong, pinggul; 2. Id bahagian sebelah belakang dada (manusia dan binatang), belakang; buah ~ buah pinggang, ginjal; tulang ~ a) tulang belakang; b) sesuatu yg menjadi kekuatan; 3. sesuatu yg menye­rupai belakang: ~ bukit (gunung); 4. bahagian sebelah belakang atau atas (pd sesuatu benda): ~ kaki; ~ pisau (lading dll); memunggung Mn 1. memperlihatkan pung­gung, membelakang; 2. ki tidak hendak mem­pedulikan saudara-mara lagi; punggung-memunggung belakang-membelakangi (beradu punggung); memunggungi menghadapkan punggung kpd: mereka memandang arah selatan, daratan Tiongkok dipunggunginya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pung.gung] | ڤوڠݢوڠ

Definisi : 1 bahagian badan yg diletakkan ketika duduk; bahagian badan sebelah belakang di antara pinggang dgn paha. 2 bahagian badan di sebelah belakang. 3 bahagian belakang drpd sesuatu: ~ parang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
punggung (kata nama)
Bersinonim dengan pinggul, buntut, bokong, tongkeng, kibul, pantat.,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Makan isi kulit melayang;
Kalau terpandang aurat Si Dayang,
     Punggung bergegar jantung bergoyang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Punggung dipukul,
     gigi habis tanggal.

Bermaksud :

Lain yang disindir, lain yang merasa.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
natespunggungPerubatanTiadaTiada
buttock linegaris punggungKejuruteraanTiadaTiada
hip yokeyok punggungSosiologiTiadaTiada
breech strikeserangan punggungVeterinarTiadaTiada
buttock linegaris punggungSukanTiadaKeratan membujur badan kapal yang selari dengan lunas.
long rounddaging punggungPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
beef rounddaging punggung lembuPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
bottom cut (meat)daging punggungSosiologiTiadaTiada
buttockpinggul;pandangan keratan susuk (kapal), punggungPertanianTiadaTiada
V-sitduduk VSukanTiadaPunggung menyokong badan yang bersudut, dan kedua-dua belah kaki diluruskan. Sinonim : free piked sit
12345

Kembali ke atas