Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah: bekerja di arkib dan mengutip bahan-bahan yg kian ~; sbg seorang yg berjiwa seni tidaklah ~ atau mati seninya dgn kerana hidupnya yg sengsara itu; ia sudah ~ ia tidak mempunyai kaum keluarga lagi; harta bendanya telah ~ harta bendanya habis semuanya; memupuskan membinasakan, memunah­kan, menghapuskan, menghilangkan sama sekali: adakah kasih sayang kita yg lama bercambah itu akan kita pupuskan?; apakah ertinya hidup ini bagiku kalau engkau pun telah ~ namaku dr hatimu?; ~ malu menghilangkan malu; terpupus sudah terhapus (hilang, lenyap, dll): perbuatanmu yg derhaka itu merupakan suatu aib yg tidak akan ~ lagi; kepupusan hilang lenyapnya, hapusnya sama sekali: kajian mengenai masalah ~ penyu akan dijalankan oleh kerajaan negeri; memelihara warisan budaya drpd ~; pemupusan perihal (perbuatan dsb) memu­puskan, pemusnahan, penghapusan: kadar pemulihan hutan yg tidak seimbang dgn kadar ~; pemupus orang yg memupuskan; ~ orang orang yg menolong menghilangkan malu (orang lain), penyelamat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : Jw pucuk yg masih muda, daun muda: ~ daun pisang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.pus] | ڤوڤوس

Definisi : habis lenyap sama sekali; habis binasa semuanya; habis tidak berbaka lagi: Harta bendanya sudah ~. Pihak kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu utk mengelakkannya drpd ~. memupuskan merosakkan atau memusnahkan sama sekali; menghapuskan: ~ malu menghilangkan malu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pupus
Rujuk :punah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bina ayat berikut "PUPUS" adalah betul atau salah, sila membalas. Terima Kasih. "Harta bendanya telah PUPUS dalam kebakaran"Perkataan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah musnah walaupun pupus bermaksud musnah. Namun sinonim membawa peringkat untuk penggunaan perkataan dalam ayat.Tatabahasa22.08.2008
Zam Lee WED 15:55 Zam Lee Zam bahasa melayu dikatakan semakin pupus di Afrika Selatan kerana tidak ada yang mempertahankan dan memperjuangkanAyat yang betul ialah Bahasa Melayu dikatakan semakin pupus di Afrika Selatan kerana tidak dipertahankan dan diperjuangkan oleh sesiapa.Tatabahasa28.12.2016
penggolongan kata bagi ayat ini... “Pupus bahasa, pupuslah bangsa.” Begitulah kebimbangan yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, dalam ucapannya semasa merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Kebangsaan di Melaka pada 13 Oktober lalu. Kenyataan Muhyiddin tersebut ada kebenarannya. Hal ini demikian kerana jika sesuatu bahasa tidak lagi dipedulikan, lama-kelamaan dikhuatiri bahasa tersebut hanya menjadi bahasa jalanan yang digunakan oleh segelintir penutur. Sebenarnya, BBK yang diraikan setiap tahun bukan sekadar acara tahunan. Sambutannya merupakan kelangsungan perjuangan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, serta bahasa perpaduan di negara ini. Hakikatnya, obor perjuangan yang menyemarakkan bahasa Melayu tidak akan menyala sekiranya tiada usaha berterusan dijalankan."Pupus bahasa, pupuslah bangsa" ialah ungkapan umum yang sering diucapkan oleh pemimpin/tokoh bagi mengingatkan kita betapa pentingnya usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda dalam konteks ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin ialah bahasa Melayu, bahasa rasmi negara.Tatabahasa18.04.2012
Mencari istilah, dialek atau loghat bagi rakyat Kelantan yang selalu digunakan samada telah pupus atau sedang digunakan oleh masyarakat Malaysia.Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan lanjut. Saudara boleh merujuk buku Sintaksis Dialek Kelantan, tulisan Abd. Hamid Mahmood dan juga Kamus Dewan untuk membantu saudara dalam perkara ini. Saudara juga digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Istilah23.05.2009
Jalal Johar Sudah lebih dari 50 tahun sejak merdeka, dimanakah stutus Bahasa Melayu. Utusan Melayu pun sudah pupus.Terima kasih atas keprihatinan tuan.Lain-lain23.06.2015
makna kriptografikajian linguistik yang berkaitan dengan kod rahsia yang dapat membantu seseorang memahami bahasa yang telah pupus.Tatabahasa13.12.2007
SEKADAR BERTANYA. MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK KAYA DENGAN DIALEK TEMPATAN. ADAKAH DIALEK INI DIGUNA PAKAI SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU WALAUPUN TIDAK TERDAPAT DI DALAM KAMUS DEWAN. KALAU TIDAK, CADANGAN SAYA ADALAH LEBIH BAIK KITA GUNAKAN DIALEK TEMPATAN INI DIKAJI DAN DIJADIKAN SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU AGAR TIDAK PUPUS DIALEK INI. WALAUPUN KITA TAHU INI MERUPAKAN KEKUATAN SESUATU ETNIK, NAMUN INI LEBIH BAIK DARIPADA DIALEK INI PUPUS SUATU HARI NANTI. LAGIPUN ADALAH LEBIH MUDAH DARIPADA KITA MENGGUNAKAN BAHASA ASING UNTUK DISERAPKAN KE DALAM BAHASA MELAYU... TERIMA KASIHBeberapa kosa kata Sarawak ada digunakan dalam bahasa Melayu , contohnya merarau. Namun, penggunaannya belum meluas. Pihak kami akan mengemukakan cadangan ini kepada pihak atasan untuk mendapatkan pandangan.Lain-lain03.11.2008
Encik, Ayat berikut betul atau salah dari segi penggunaan 'lenyap' untuk dipadankan dengan penggunaan 'memartabatkan'? - Kita hendaklah memartabatkan bahasa Melayu agar bahasa kebangsaan itu tidak lenyap.Bagi bahasa lebih sesuai diguanakan 'pupus'.Makna18.09.2006
Ahmad Solehin Oct 7th, 9:07pm Salam admin kat mana saya boleh dapatkan buku2 hikayat melayu klasik Ahmad Solehin Oct 7th, 9:07pm Even saya search dlm dbp punya page pon x jumpa Ahmad Solehin Oct 7th, 9:08pm Hanya yg ada hikayat hang tuah Ahmad Solehin Oct 7th, 9:08pm Adakah hikayat2 yg lain dah "pupus" di pasaranBuku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my Terima kasihLain-lain07.10.2015
Muzaina Mosni Own 9:06AM Muzaina Mosni Own Muzaina Assalamualaikun Admin, Muzaina Mosni Own Muzaina Saya ingin mengetahui, adakah pihak DBP boleh menerima manuskrip untuk kamus bahasa tempatan? Iaitu Kamus bahasa Melayu-Miriek. Bahasa Mirek merupakan bahasa suku kaum Mirek di Miri, Sarawak. Bahasa ini cuma tinggal dalam komuniti yang kecil sahaja, dikhuatiri jika dibiarkan bahasa ini akan pupus berikutan anak-anak kaum Miri sudah ramai yang berkahwin campur. Dan akibatnya, mereka tidak menggunakan bahasa ibunda kepada anak-anak mereka. Muzaina Mosni Own Muzaina Mohon maklumat lanjut daripada pihak admin. Sekina, terima kasih.Waalaikumussalam, Puan boleh menghantar bahan puan secara pos kepada Ketua Editor, Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur untuk dinilai sekiranya sesuai untuk diterbitkan. Puan juga boleh menghantar bahan tersebut melalui e-mel kepada amran@dbp.gov.my.Lain-lain02.09.2016
12

Kembali ke atas