Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ra.ta] | ڤورات

Definisi : nilai yg diperoleh dgn membahagikan jumlah sebilangan kuantiti dgn bilangan kuan­titi tersebut, hitung panjang; memuratakan mengira secara purata: jika dipuratakan, hasil bijirin seekar yg diperoleh ialah 20.8 pikul; pemurataan proses atau perbuatan menilai (menghasilkan dsb) sesuatu secara purata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ra.ta] | ڤورات

Definisi : pukul rata; hitung panjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
purata (kata nama)
Bersinonim dengan pukul rata, hitung panjang, rata-rata, min.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Purata harga tahunan atau harga purata tahunan? Contoh: Purata harga tahunan/Harga purata tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 adalah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya.Istilah yang betul ialah purata harga tahunan - purata harga tahunan getah asli (SMR 20) pada 2013 ialah RM7.75 sekilogram; penurunan sebanyak 18.7% berbanding RM9.53 sekilogram pada tahun sebelumnya.Tatabahasa03.03.2014
Apakah penggunaan bahasa yang betul bagi perkataan 'mean rank'? Perkataan ini digunakan dalam jadual analisis SPSS Ujian Kruskal WallisKami mencadangkan mean rank diterjemahkan sebagai "pangkat purata", "min purata" atau "kedudukan purata". Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Penyemakan dan penterjemahan10.02.2022
Yang mana betul, 'purata keuntungan' atau 'keuntungan purata'Kedua-duanya betul, cuma bergantung pada konteks ayat. Tatabahasa24.08.2009
Apakah kadar purata bagi penyalahgunaan bahasa melayu dalam media pengiklanan?Soalan saudara memerlukan kajian yang terperinci untuk mendapatkan jawaban yang tepat. Sila rujuk artikel yang berkaitan dan buat analisis terhadap kesalahan bahasa yang tersebut untuk mendapatkan jawaban yang tepat.Tatabahasa27.08.2010
Kata jenama, purata dan hakis merupakan kata terbitan @ tunggal @ majmuk @ akronim.. Boleh jelaskan TQVMJenama - kata tunggal, Purata - akronim (pukul rata) dan Hakis - kata tunggal.Tatabahasa27.05.2011
Apakah terjemahan bagi "average annual growth rate" dan "average annual increase" untuk konteks ekonomi?Cadangan terjemahan bagi average annual growth rate dan average annual increase ialah "kadar pertumbuhan tahunan purata" dan "pertumbuhan tahunan purata".Penyemakan dan penterjemahan08.09.2015
manakah ayat yang paling sesuai dari dua contoh berikut: contoh 1 : Sementara, purata bilangan mata pelajaran yang diajar oleh seorang guru di sekolah rendah dan menengah ialah 4 dan 3 mata pelajaran masing-masing. Contoh 2: Sementara, purata bilangan mata pelajaran yang diajar oleh seorang guru di sekolah rendah dan menengah ialah masing-masing 4 dan 3 mata pelajaran. mohon pembetulan. tq.Ayat yang sesuai ialah ayat kedua.Lain-lain06.07.2015
1. Adakah terdapat peningkatan pada harga bahan binaan bagi pembinaan rumah kediaman setiap tahun? Berapa peratuskah purata peningkatan harga bahan binaan tersebut jika ada? minta disemak tatabahasa soalan diatas samada susunatur ayat betul/tidakAyat yang gramatis ialah Adakah terdapat peningkatan pada harga bahan binaan bagi pembinaan rumah kediaman pada setiap tahun? Berapakah peratus purata peningkatan harga bahan binaan tersebut jika ada?Tatabahasa09.01.2013
Mohon bantuan. Adakah ayat-ayat berikut betul dari segi penggunaan; 1. Kata pemeri "adalah". Ayat : Purata kuasa setara yang diperlukan adalah 4.519 W. 2. peggunaan perkataan "untuk". PENGESANAN DAN PENILAIAN KEROSAKAN IMPAK TENAGA RENDAH UNTUK KOMPOSIT KARBON-KARBON MENGGUNAKAN TEKNIK VIBROTERMOGRAFI Adakah penggunaan perkataan 'untuk' sesuai digunakan di ayat di atas? Atau lebih sesuai digantikan dengan perkataan 'dalam'?Ayat dengan penggunaan kata pemeri yang betul ialah Purata kuasa setara yang diperlukan ialah 4.519 W.

Penggunaan perkataan 'untuk' dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul.

Tatabahasa05.03.2019
growth-bertambah contoh ayat: bertambah secara puratatiada growth - pertumbuhanMakna08.06.2007
123

Kembali ke atas