Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pur.ba] | ڤوربا

Definisi : sl zaman dahulu, dahulu; masa (zaman) ~ zaman dahulu; kepurbaan perihal (keadaan, sifat dsb) purba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pur.ba] | ڤوربا

Definisi : yg dahulu-dahulu; yg lampau; lama: Setiap tahun, beribu-ribu pelawat mengunjungi Yunani utk menyaksikan bangunan-bangunan ~. zaman ~ zaman yg dahulu-dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
purba (adjektif)
Bersinonim dengan silam, kuno, dahulu, bahari, usang, primitif, arkaik, tua, lama;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Yang manakah lebih sesuai untuk terjemahan "ancient Chinese ceramics" - seramik purba China / seramik China purba? Terima kasih.

Cadangan terjemahan bagi “ancient Chinese ceramics” ialah seramik China purba. Walau bagaimanapun, terjemahan ini hendaklah disesuaikan dengan bidang dan konteks penggunaannya.

Penyemakan dan penterjemahan06.11.2023
para undangan mengambil tempat masing-masing. betulke ayat tersebut? sejak zaman purba dahulu? betul ke atau sejak zaman purba? bergantung kepada/pada guru? yang mana satu betul?1. Ayat para undangan mengambil tempat masing-masing adalah betul. 2. Frasa yang betul ialah: i.  sejak zaman purba, ii bergantung pada.Tatabahasa27.07.2009
Salam sejahtera, saya nak tanya sikit tentang penggunaan Proto dan Purba dalam pelabelan bahasa lama. Dalam Inggeris ada Ancient Greek, Proto-Hellenic, Proto-Greek, dan Old Greek. Saya ikut label dalam Kamus Dewan Perdana yang terjemahkan Proto kepada Purba tapi masalahnya macam mana nak bezakan dengan Ancient Greek yang diterjemahkan kepada Yunani Purba? Dan dalam Kamus Inggeris-Melayu, Hellenic diterjemahkan kepada Yunani sementara daftar istilah berikan Helenik/Hellenik. Macam mana saya dapat bezakan kesemua label ini? Setakat ini saya labelkan Hellenik Purba (Proto-Hellenic), Proto-Yunani (Proto-Greek) dan Yunani Kuno (Old Greek). Harap dapat membantu. Yang benar, Haziq FaruqiKamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah kamus umum bahasa Melayu. Kamus Inggeris-Melayu Dewan (DBP, 1992) juga ialah kamus umum. Kata/istilah dalam sesuatu bidang merupakan kata khusus yang mempunyai konsep dan konteks yang tertentu.

Pentakrifan atau penggunaan kata/istilah dalam sesuatu bidang seperti Proto-Hellenic (proto Helenik), Proto-Greek (proto Yunani) dan Old Greek (Yunani kuno) perlulah merujuk pakar bidang tersebut untuk menentukan julat masanya secara terperinci, persamaan atau perbezaan makna sesuatu kata/istilah bahasa sumber dan sebagainya supaya padanan kata tersebut dalam bahasa Melayu tepat dan jelas.

Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.
Istilah31.03.2024
Selamat sejahtera. Soalan saya berkenaan nama orang China purba.Sebagai contoh, penyajak terkenal China, Li Bai mempunyai nama lain (dalam bahasa Cina ialah "zi", dalam bahasa Inggeris ialah "courtesy name") Taibai dan mempunyai satu lagi nama yang diberikan oleh diri sendiri (dalam bahasa Cina ialah "hao", dalam bahasa Inggeris ialah "literary name"), iaitu Qinglian Jushi (secara harfiah, Pertapa Teratai Hijau). Adakah zi dan hao boleh digunakan terus dengan dicondongkan, atau terdapat cadangan penterjemahan yang lebih sesuai?Kami mencadangkan supaya perkataan zi dan hao dicondongkan sekiranya hendak digunakan dalam penulisan kerana kedua-duanya merupakan perkataan asing.Lain-lain25.08.2017
Selamat petang. Apakah ketiga-tiga judul buku di bawah membawa maksud yang sama atau berbeza maknanya? 1. Sejarah Silam Pertukaran Budaya Antara Malaysia dan China 2. Sejarah Pertukaran Budaya Antara Malaysia dan China Purba 3. Sejarah Pertukaran Budaya Antara Malaysia dan China pada Zaman Silam Adakah ketiga-tiga judul ini mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa? Bolehkah Malaysia dan China ditulis sebagai Malaysia-China dalam konteks ini? Terima kasih.

1. Sejarah Silam Pertukaran Budaya Antara antara Malaysia dan dengan China– Tajuk ini lewah kerana perkataan “silam” juga membawa maksud perkara yang telah berlalu atau cerita dahulu.

2. Sejarah Pertukaran Budaya Antara antara Malaysia dan dengan China Purba – Tajuk ini tidak sesuai Negara Malaysia tidak wujud sezaman dengan China Purba.

3. Sejarah Pertukaran Budaya Antara antara Malaysia dan dengan China pada Zaman Silam - tajuk ini lewah kerana perkataan  "silam" juga membawa maksud perkara yang telah berlalu atau cerita dahulu.

 

Kami mencadangkan tajuk “Sejarah Pertukaran Budaya antara Malaysia dengan China” – secara logiknya pembahagian bab dalam buku akan bermula dengan sejarah awal interaksi kawasan sebelum wujudnya negara Malaysia dengan Tamadun Cina. Contohnya ketika Pemerintahan Kerajaan Melaka dengan Dinasti Tamadun Cina.

Tatabahasa25.02.2023
SIAPAKAH YANG MEMULAKAN BAHASA MELAYU , ADAKAH IANYA SEBELUM ZAMAN NABI ATAU KETIKA ZAMAN PURBAAsal usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang juga merupakan peradaban Asia Timur sejak sepuluh ribu tahun silam.Lain-lain24.08.2023
Assalamualaikum, saya ingin meminta nasihat untuk terjemahan "Counting Rods", iaitu sejenis sistem angka purba Cina, dalam tulisan Cina ringkas:  Terima Kasih

Istilah counting rod tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu untuk rod dalam bidang matematik ialah  batang atau rod. Padanan bahasa Melayu untuk counting ialah pembilang atau bilangan. Cadangan terjemahan ialah rod pembilang atau batang pembilang.

Istilah18.02.2011
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Ancient Cedar Avenue"? 1) Pokok Sedar Sangat Tua 2) Pokok Sedar Kuno 3) Pokok Sedar Purba 4) Lain-lain (sila nyatakan cadangan anda). Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Jawapannya ialah Pokok Sedar Sangat Tua, rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bawah carian entri “ancient”.Istilah12.03.2014
siapakah golongan marhaen?Dalam bidang sejarah golongan marhaen dikelaskan kepada golongan bawahan atau rakyat biasa dalam tata tingkat masyarakat pada zaman Rom purba, sebab itulah dalam Kamus Dewan rakyat jelata seperti petani, nelayan, dan sebagainya dikatakan sebagai golongan marhaen.Makna04.10.2009
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "writing tablet"? Mungkin benda ini diperbuat daripada tanah liat atau kayu. Bolehkah menggunakan "batu tulis" walaupun merujuk kepada bahan yang diperbuat daripada kayu? Ini terdapat dalam tulisan purba. Terima kasih atas panduan.Padanan "Writing tablet" tidak ada dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang saudara berikan "writing tablet" ini hampir sama dengan Batu Bersurat Terengganu yang mempunyai ukiran/tulisan padanya yang membuktikan sejarah kedatangan Islam ke Terengganu pada zaman dahulu. Oleh itu, kami mencadangkan padanan "writing tablet" dalam bahasa Melayu ialah kayu bersurat atau tanah bersurat, rujuk kepada jenis material tersebut sama ada kayu atau tanah. Istilah20.06.2011
12

Kembali ke atas