Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pur.na.ma] | ڤورنام

Definisi : 1. = bulan ~ bulan yg bulat benar pd 14 dan 15 hari bulan mengikut bulan Tahun Hijrah: barang siapa yg ingin melihat keindahan Taj Mahal seindah-indahnya datanglah pd malam 15 ~; di bawah sinar bulan ~; ~ raya bulan purnama yg sebulat­-bulatnya; cahaya ~ cahaya bulan yg penuh; pasang ~ (air) pasang naik ketika bulan purnama; 2. bulan (tiga puluh hari): kadang-kadang sampai dua ~, kadang-kadang sampai empat ~ baru ia pulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pur.na.ma] | ڤورنام

Definisi : 1 = bulan ~ bulan yg bulat penuh (spt pd 14 atau pd 15 haribulan menurut bulan Islam): di bawah sinar bulan ~. 2 tempoh yg lamanya 30 hari; bulan: Sudah dua ~ dia pergi tetapi kami belum menerima apa-apa berita drpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata purnama

Puisi
 

Pasang ini pasang purnama,
     Daun cempedak tidak melayang;
Datang ini datang bertanya,
     Hendaklah tidak berkasih sayang.


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Purnama kelam menjelang siang, Mamat menebang kayu sebatang; Nama Aceh tetap dijulang, Semangat pejuang Melayu terbilang.Pantun Melayu SarawakRampai Tsunami
Bulan purnama indah mengambang, Nampak dari Tanjung Bidara; Sudah lama saya berdagang, Mencari lain belum berjumpa.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kabus tebal bulan purnama, Kenanga melati, bunga sena; Menghapus kemiskinan agenda utama, Perancangan pembangunan harus dibina.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Pasang ini pasang purnama, Daun cempedak tidak melayang; Datang ini datang bertanya, Hendaklah tidak berkasih sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lima belas bulan purnama, Embun sudah di daun padi; Kalau sudah sebut nama, Berasyik rindu di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Empat belas bulan purnama, Mendung berarak jadi gelita; Harap di hati nak hidup bersama, Apakan daya jodoh tiada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tinggi-tinggi matahari, Tinggi lagi bulan purnama; Sungguh lama saya mencari, Barulah berjumpa sahabat menjelma.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Empat belas bulan mengambang, Bulan belum purnama lagi; Kalau ingat kepada abang, Hendak simpan di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mana kata bulan tak cerah, Bulan belum purnama lagi; Mana kata abang tak susah, Badan bersama belum lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gelap sungguh di tengah malam, Kerana bulan belum purnama; Ramai sungguh orang di laman, Saya tak tahu datang dari mana.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas