Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pur.na.ma] | ڤورنام

Definisi : 1. = bulan ~ bulan yg bulat benar pd 14 dan 15 hari bulan mengikut bulan Tahun Hijrah: barang siapa yg ingin melihat keindahan Taj Mahal seindah-indahnya datanglah pd malam 15 ~; di bawah sinar bulan ~; ~ raya bulan purnama yg sebulat­-bulatnya; cahaya ~ cahaya bulan yg penuh; pasang ~ (air) pasang naik ketika bulan purnama; 2. bulan (tiga puluh hari): kadang-kadang sampai dua ~, kadang-kadang sampai empat ~ baru ia pulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pur.na.ma] | ڤورنام

Definisi : 1 = bulan ~ bulan yg bulat penuh (spt pd 14 atau pd 15 haribulan menurut bulan Islam): di bawah sinar bulan ~. 2 tempoh yg lamanya 30 hari; bulan: Sudah dua ~ dia pergi tetapi kami belum menerima apa-apa berita drpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata purnama

Puisi
 

Pasang ini pasang purnama,
     Daun cempedak tidak melayang;
Datang ini datang bertanya,
     Hendaklah tidak berkasih sayang.


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bulan rerak Ibsehari selepas bulan purnama.Beberapa orang gadis dan ibu datang juga untuk memerhatikan corak anyaman tikar bemban yang baru saja siap dianyam oleh isteri Senurok. Corak jenis bulan rerak, kata penganyam tikar itu. Pemuda-pemudi di situ duduk senyap, mempelajari bahasa kebangsaan melalui radio.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
engkeleman Ibbulan susut.Selepas bulan purnama engkeleman belala Sana mengetuai pengikutnya memanjat pokok tapang itu untuk memperolehi madu lebah tadi. Mereka tidak memperolehi banyak madu kerana pada malam itu bulan terbit lebih awal.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
belala Ibbelum puas.Selepas bulan purnama engkeleman belala Sana mengetuai pengikutnya memanjat pokok tapang itu untuk memperolehi madu lebah tadi. Mereka tidak memperolehi banyak madu kerana pada malam itu bulan terbit lebih awal.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pasun Ibsejenis binatang kecil berwarna perang, suaranya seakan-akan suara anak anjing. Masyarakat Iban mempercayai sekiranya binatang ini melalui atau menaiki rumah akan membawa petanda yang tidak baik.Eiid pasun! Eiid, eid, eit, eit! kedengaran suara menyelubungi hutan tebal pada malam bulan purnama itu. Tatkala itu juga kedengaran suara seolah-olah orang berbisik dan mengejar mereka di kiri kanan sungai itu. Perasaan takut dan seram mereka tidak dapat dikata lagi.Asap Kayu LukaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
keromong Ibsejenis alat muzik berupa gong kecil yang diperbuat daripada tembaga. Ia terdiri daripada tujuh buah dengan bunyi yang berlainan.Kami yang datang beramai-ramai ini, ialah untuk menepati janji yang telah kami buat dengan ayah Kumang. Rombongan kami ini yang datang berserta dengan gong dengan ‘keromong’, ialah hendak meminta dibahagikan batu bulan purnama, batu Petakang Bintang Tiga dengan batu intan yang bercampur permata, yang boleh bertukar menjadi manusia dan boleh juga bertukar menjadi pengaruh yang boleh membawa harta benda.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas