Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pusaka;

Puisi
 

5Lancang kuning lancang pusaka,
     Lancang tidak boleh berganti;
Biar kering laut Melaka,
     Saya tidak mungkir janji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Adat di atas tumbuh,
     pusaka di atas tempat.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan yg betul pesaka atau pusaka untuk rujuk kpd harta peninggalan selepas mati  pusaka
 1 segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg meninggal.
 2 sesuatu yg dipunyai turun-temurun
Tatabahasa03.07.2018
"will writing and estate planning " can l tranlate in bahasa in this way - perunding wasiat dan perancangan estet / perunding wasiat dan perancangan harta pusakaTerjemahan yang betul ialah "penulisan wasiat dan perancangan harta pusaka.Penyemakan dan penterjemahan03.08.2007
As salam, yang manakah yang betul, dari segi atau daripada segi, dari perspektif atau daripada perspektif ? Pesaka atau pusaka ?Frasa yang betul ialah dari segi dan dari perspektif.
Ejaan yang betul ialah pusaka.
Tatabahasa20.09.2013
1. Jika kami ingin buat iklan pada lori. Adakah kami perlu mendaftar di dewan bahasa dan pusaka malaysia? 2. Kami ada singboard kedai kami sendiri.diatas singboard kedai kami ada singboard HOTLINK kami sebagai ejen. sekarang kami ingin tukar cover Hotlink tersebut kepada cover STEVIA. Perlukah kami daftar ke dewan bahasa dan pusaka?1. Sebarang permohonan iklan yang memerlukan kelulusan PBT perlu mendapat pengesahan bahasa oleh DBP terlebih dahulu.
2. Seperti maklumat di atas, sebarang permohonan ke PBT termasuklan papan premis dan iklan perlu mendapat kelulusan DBP.
Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Tatabahasa01.06.2016
Salam Sejahtera, Saya ingin meminta bantuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pusaka untuk cadangan menterjemah bagi 'System Champion' dalam Bahasa Malaysia. Untuk pengetahuan pihak tuan, 'system champion' di sini bermaksud "The key player in a particular organization, is the most important people involved in it." Saya mengguna "sistem campian" tetapi dikatakan tidak sesuai, oleh demikian saya harap pihak Dewan Bahasa dan Pusaka boleh membantu saya memberi cadangan yang terbaik. Hasil kerjasama pihak tuan akan membantu dalam pegetahuan pendidikan dan penyelidik di masa depan. Dengan ini, saya dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian, Deborah L. ParisCadangan untuk perkataan "System Champion" dalam bahasa Melayu mengikut huraian yang diberi: Jaguh SistemMakna24.04.2018
Salam 1Bahasa Tanah pusaka itu telah dibahagikan kepada satu perlapan atau satu per lapan ... Terima kasih DBP.satu perlapan...

Ejaan dirapatkan.
Tatabahasa22.10.2012
apakah maksud sakasaka I : pusaka.
saka II : 1. leluhur drpd sebelah emak 2. pangkat yg turun-temurun.
saka III : tidak subur lagi (tanah), usang
saka IV : Jw 1. tiang seri (pd rumah), tiang ibu rumah; 2. ki penegak atau pengukuh (negara dll).
saka V : (Tani) jenis tumbuhan (kunyit dll) yg hidup semusim atau setahun sahaja.
Makna10.01.2013
maksud waris kadim untuk pembahagian harta pusakakerabat, saudara yg dekatMakna21.08.2009
apakah maksud legasi?

Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi'  merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1.  pusaka, hartapeninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3.  kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan).


 

Tatabahasa17.01.2013
Puan, Salam sejahtera. Bolehkah puan mencadangkan perkataan yang paling tepat untuk menggantikan perkataan "bercadang" dalam ayat yang berikut : "Puan Rosnah dan suaminya bercadang untuk berusaha tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi."Selain perkataan bercadang, perkataan lain yang mempunyai makna yang sama ialah berhasrat, berkeinginan, dan berhajat.


"Puan Rosnah dan suaminya berhasrat untuk mengusahakan tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi.
Tatabahasa10.01.2013
123

Kembali ke atas