Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.sar] | ڤوسر

Definisi : rambut yg merupakan lingkaran (di kepala dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.sar] | ڤوسر

Definisi : ; berpusar, berpusar-pusar berkisar, berpusing, berputar (kisaran angin, olak air, dll): fikirannya ~; cerita ini ~ pd soal cinta; memusar 1. memutar, memusingkan, mengi­sarkan; 2. menghancurkan (daun sirih dll) yg dihimpit antara tapak tangan yg dipusing-­pusing; pusaran 1. sesuatu yg berpusar, barang apa yg berpusar; 2. gerakan berpusar, kisaran, pusingan, putaran: kelasi-kelasi berdayung menghindarkan diri dr ~ air kapal yg akan tenggelam; ~ angin kisaran angin; ~ telefon putaran telefon; perpusaran perihal berpusar, perkisaran, perputaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.sar] | ڤوسر

Definisi : Jw pusat; titik ~ titik pusat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.sar] | ڤوسر

Definisi : 1 = ~ kepala, = pusar-pusar tempat tumbuhnya rambut di kepala yg berupa lingkaran. 2 = pusar-pusar tempat tumbuhnya bulu di badan yg berupa lingkaran. ~ daun bahagian daun yg mula-mula tumbuh dr biji benih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.sar] | ڤوسر

Definisi : ; berpusar bergerak berkeliling (bkn olakan air, kisaran angin dll); berputar: Angin bertiup semakin kencang, api bertambah marak dan asap ~ naik ke udara. memusarkan 1 menjadikan berpusar: Penggodak ialah alat kecil yg ~ larutan racun serangga. 2 menghancurkan sesuatu dgn menghimpitnya di antara tapak tangan yg digerakkan berputar-putar. pusaran 1 apa-apa yg berpusar. 2 gerakan berpusar: ~ air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusar
Kata Terbitan : berpusar, memusarkan, pusaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mata pulas ucung(Ib.)mata pulas ucung(Ib.)KesenianTiadaMata yang berbentuk pusar-pusar.
turbulent Prandtl numbernombor Prandtl geloraKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah kemeresapan pusar momentum terhadap kemeresapan pusar terma yang dijelaskan sebagai dengan Prt = nombor Prandtl gelora, eM = kemeresapan pusar momentum, eH = kemeresapan pusar terma.
eddy diffusionbauran pusarMeteorologiMeteorologi PerhubunganPercampuran jirim dan sifat atmosfera yang dipengaruhi oleh pusar. Bauran pusar juga disebut bauran bergolak.
whirlpoollubuk pusar; air pusarGeografiTiadaTiada
eddy diffusivitykemeresapan pusar;pembauran pusarKejuruteraanTiadaTiada
eddy diffusivitykemeresapan pusarKejuruteraanKejuruteraan KimiaKemeresapan yang ditakrifkan sebagai dengan eM = kemeresapan pusar, Ev = kelikatan pusar, r = ketumpatan. Kemeresapan pusat adalah setara dengan kelikatan kinematik bagi rejim aliran lamina. Ia tidak bersifat bendalir tetapi bergantung pada halaju dan geometri aliran.
eddypusarKejuruteraanKejuruteraan KimiaPengaliran yang berhalaju tinggi yang terbentuk dalam aliran gelora. Dalam aliran gelora, pusar pelbagai saiz terbentuk. Pada mulanya, pusar yang bersaiz besar terbentuk dan terpecah kepada saiz yang lebih kecil daripada 1 mm biasanya dipecahkan oleh tindakan tegasan likat atau geseran. Pusar yang terkecil mengandungi lebih kurang 1016 molekul. Dengan itu, pusat bersaiz makroskopik. Setiap pusar mempunyai tenaga mekanikal tertentu yang dibekalkan oleh tenaga keupayaan pengaliran pukal bendalir. Pengaliran tanpa pusar ialah aliran lamina dan pengaliran berpusar ialah aliran gelora.
eddypusarSainsHidrometeorologiGerakan bendalir yang berkaitan dengan golakan dan sukar ditakrifkan dengan singkat dan menyeluruh. Ciri asas pusar dirangkumi dalam takrifnya sebagai suatu jisim bendalir yang dapat mempertahan identitinya untuk suatu jangka masa terhad sewaktu bergerak di dalam bendalir sekilingnya. Pusar atmosfera mempunyai julat saiz kurang daripada satu sentimeter (golakan mikroskala) hingga beratus-ratus kilometer. (lekukan besar atau antisiklon) atau lebih. Pusar berskala kecil memainkan peranan penting dalam mempengaruhi campuran menegak unsur atmosfera seperti momentum, haba dan wap air (fluks pusar) sementara pusar berskala besar pula mempunyai peranan penting dalam pengangkutan melintang unsur atmosfera yang tersirat dalam peredaran umum.
eddy velocityhalaju pusarSainsHidrometeorologiPerbezaan antara halaju min aliran bendalir dan halaju seketika pada suatu titik. Misalnya:- u1 = u - ?, dengan u1 ialah halaju pusar; u halaju seketika; dan ? halaju min. Dalam selang waktu yang sama untuk menentukan halaju min, purat halaju pusar seharusnya sifar. Halaju pusar juga disebut halaju pembuaian.
eddy spectrumspektrum pusarGeologiTiadaTaburan frekuensi pusar yang mempunyai pelbagai saiz atau skala dalam suatu aliran yang berolak, atau taburan tenaga kinetik antara pusar yang mempunyai pelbagai frekuensi atau saiz.
12345678910...

Kembali ke atas