Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.sa.ran] | ڤوسرن

Definisi : 1. sesuatu yg berpusar, barang apa yg berpusar; 2. gerakan berpusar, kisaran, pusingan, putaran: kelasi-kelasi berdayung menghindarkan diri dr ~ air kapal yg akan tenggelam; ~ angin kisaran angin; ~ telefon putaran telefon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.sa.ran] | ڤوسرن

Definisi : 1 apa-apa yg berpusar. 2 gerakan berpusar: ~ air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusar
Kata Terbitan : berpusar, memusarkan, pusaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin dapatkan teks penuh cerpen PUSARAN karya S. Othman KelantanSalam. Bagi mendapatkan teks cerpen tersebut, sdr bolehlah datang sendiri atau merujuk ke perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Atau sdr boleh juga  mengunjungi atau merujuk di mana-mana perpustakaan utama yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. Sekian, terima kasih dan wassalam. Lain-lain14.11.2009
Saya ingin mencari istilah untuk alat yang dipanggil "floor splitter plate". Alat ini digunakan untuk mengurangkan pusaran di dalam aliran pengambilan pam. Tanpa pemasangan alat ini, aliran pam akan menjadi berpusar. Saya cuba menterjemahkannya kepada "plat pemisah aliran lantai" berdasarkan terjemahan DBP untuk split = pisah, plate = plat dan floor = lantai. Saya tambahkan perkataan aliran bagi menunjukkan alat tersebut digunakan untuk memisahkan aliran air dan bukan lantai walaupun terma asal tiada perkataan flow = aliran. Apakah pandangan DBP berkenaan istilah ini? Adakah boleh diterjemahkan atau perlu digunakan terma asal di dalam Bahasa Inggeris? Saya sertakan gambarajah yang menunjukkan alat tersebut untuk membantu pemahaman. Terima kasih.Istilah bahasa Inggeris floor splitter plate boleh diberikan padanan plat pemisah aliran lantai dalam bahasa Melayu. Kami bersetuju tanpa ‘aliran’ makna istilah ini tidak akan mengelirukan kerana ‘pemisah lantai’ berbeza dengan ‘pemisah aliran lantai.'Ejaan25.02.2019

Kembali ke atas