Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.sa.ran] | ڤوسرن

Definisi : 1. sesuatu yg berpusar, barang apa yg berpusar; 2. gerakan berpusar, kisaran, pusingan, putaran: kelasi-kelasi berdayung menghindarkan diri dr ~ air kapal yg akan tenggelam; ~ angin kisaran angin; ~ telefon putaran telefon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.sa.ran] | ڤوسرن

Definisi : 1 apa-apa yg berpusar. 2 gerakan berpusar: ~ air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusar
Kata Terbitan : berpusar, memusarkan, pusaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bird's eyemata pusaran (PEM.MAN), corak pusaranKesenianTiadaTiada
Hubble classificationpengelasan HubbleMatematikTiadaSkema pengelasan galaksi yang diperkenalkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1925. Menurut skema ini galaksi terbahagi tiga: elips, pusaran dan pusaran berpalang. Setiap jenis mempunyai subjenis mengikut cirinya yang cerap secara kasar, iaitu bentuknya dan disusun pula mengikut jujukan morfologinya.
wing tip vorticepusaran hujung sayapKejuruteraan AutomotifTiadaPusaran udara yang menghasilkan daya di hujung sayap akibat pergerakan pesawat.
dust devilpusar debuSainsHidrometeorologiPusaran yang cukup sempurna, atau angin pusaran yang kecil, tetapi kencang, biasanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan dapat dilihat disebabkan oleh debu, pasir dan puing yang dipungut dari muka bumi. Garis pusatnya antara lebih kurang 10 kaki hingga melebihi 100 kaki; ketinggian puratanya lebih kurang 600 kaki, tetapi terdapat sebahagian kecil yang ketinggiannya sampai beberapa ribu kaki. Pusar debu paling kerap terjadi pada sebelah petang yang panas dan tenang dengan langit terang, di kawasan kering apabila keamatan pemanasan permukaan menyebabkan kadar tukaran suhu yang amat curam di beberapa ratus kaki bahagian bawah atmosferanya.
dust devilpusar debuMeteorologiMeteorologi PerhubunganPusaran yang cukup sempurna, atau angin pusaran yang kecil, tetapi kencang, biasanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan dapat dilihat disebabkan oleh debu, pasir dan puing yang dipungut dari muka bumi. Diameternya antara 10 kaki hingga melebihi 100 kaki; ketinggian puratanya 600 kaki, tetapi terdapat sebahagian kecil yang ketinggiannya sampai beberapa ribu kaki. Pusar debu paling kerap terjadi pada sebelah petang yang panas dan tenang dengan langit cerah, di kawasan kering apabila keamatan pemanasan permukaan menyebabkan kadar tukaran suhu yang amat curam di beberapa ratus kaki bahagian bawah atmosferanya. Juga disebut puyuh debu.
precombustion chamberkebuk prapembakaranKejuruteraan AutomotifEnjinRuang kecil dalam kepala silinder yang menggalakkan pusaran dalam sistem suntikan tak terus pada enjin diesel. Ruang ini menghasilkan pusaran dalam bentuk pembakaran dan menyebabkan campuran udara-bahan api lebih sempurna dan seterusnya menghasilkan pembakaran yang lebih cekap.
upper-level cyclonesiklon aras atasSainsHidrometeorologiPusaran siklon yang terdapat di udara atas; terutamanya seperti yang kelihatan pada carta tekanan malar aras atas. Istilah ini sering dihadkan kepada siklon yang berkaitan dengan pusaran siklon nisbi di atmosfera bahagian bawah.
microscale of turbulencemikroskala golakanSainsHidrometeorologiParameter kepanjangan yang diambil sebagai ukuran saiz purata pusaran terkecil, iaitu yang sebahagian besarnya dianggap bertanggungjawab bagi pelesapan tenaga: , ialah korelasi ternormal bagi komponen yang sama bagi halaju pusaran pada titik-titik yang dipisahkan oleh jarak , dan oleh se- bab mempunyai maksimum pada titik permulaan, maka mengukur lengkung pada
whorlpusaranPerubatanTiadaTiada
swirlingpusaranKejuruteraanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas