Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.sat] | ڤوست

Definisi : 1. lekuk di tengah-tengah perut (bekas tempat usus berhubungan dgn uri ketika baru lahir): maka dikerat ~nya lalu dibedung dgn kain putih; tali ~ usus yg menyambungkan perut bayi dgn uri; 2. = pusatan titik yg di tengah-tengah sekali (pd bulatan, lingkaran rajah, dll); garis(an) ~ garis(an) yg di tengah­-tengah; 3. kawasan (daerah) yg letaknya di tengah-tengah benar: Masjid Negara letaknya di ~ Kuala Lumpur; 4. punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dll, tempat yg menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dsb yg utama atau tertentu: Kuala Lumpur ialah ~ pentadbiran negara; Universiti haruslah menjadi ~ pengajian tinggi dan kegiatan kebudayaan nasional; ~ penjagaan kanak-kanak dan bayi; ~ kesihatan; kantor ~ Id ibu pejabat; kerajaan (pemerintah) ~ kerajaan negeri (daerah), kerajaan nasional; pemimpin ~ pemimpin yg terutama (dlm syarikat dll), pemimpin di peringkat kebangsaan; 5. Id kerajaan atau pemerintah pusat; kuasa ~ kuasa kerajaan pusat; ~ air bahagian tengah pusingan air yg berupa lekuk; ~ alam (bumi) bahagian tengah alam (bumi); ~ belia tempat belia berkumpul; ~ berat titik tempat tumpuan semua berat (sesuatu benda); ~ hemodialisis tempat para pesakit buah pinggang menjalani proses pembersihan darah; ~ jala pertengahan jala; ~ jalan tempat tumpu jalan dr berbagai-bagai hala (dlm bandar); ~ kesihatan (bidan) klinik; ~ latihan tempat diadakan latihan; ~ pemerintahan (kerajaan) tempat yg jadi pokok kedudukan pemerintahan negara; ~ pengajian (tinggi) = ~ ilmu pengetahuan sekolah (tinggi), institut, dll; ~ penyelidikan (percubaan) tempat diadakan penyelidikan; ~ perhatian (pemerhatian) objek yg jadi tumpuan perhatian; ~ perusahaan tempat yg jadi pokok kedudukan perusahaan; ~ serenti tempat pemulihan orang yg bermasalah, terutamanya yg berkaitan dgn pena­gihan dadah; ~ tali air tempat kawalan bekalan air; ~ tenaga elektrik (listrik) Id kilang pembangkit elektrik; ~ jala pumpunan ikan prb orang yg menjadi tempat memulangkan sekalian hal ehwal dlm sesuatu kaum (sesuatu pekerjaan); sepusat (Mat) sama (satu) titik yg di tengah­-tengah (pd bulatan): bulatan ~; berpusat 1. seluruhnya berpunca (drpd), semuanya ditujukan atau dikumpulkan (di, pd), bertumpu (pd): kebanyakan cerita yg dikemukakannya ~ pd tema yg sangat sederhana dan biasa sahaja; perbualan mereka biasanya ~ pd soal kenaikan harga barang-barang; 2. mempunyai pusat (di), berkedudukan (di): Yamtuan itu di bawah pengaruh Kompeni Belanda yg ~ di Betawi; berpusatkan mempunyai pusat di: berkurangnya pengaruh kehidupan secara feudal yg ~ istana; memusat menumpu, mengarah, menuju: fikirannya lebih memberat dan lebih ~ pd soal lain; memusatkan mengarahkan (mengumpul­kan, menujukan, dll) ke suatu tempat (per­kara, titik, dll): Malaysia ~ ekonominya kpd pengeluaran getah dan bijih timah; apabila menjadi khalifah ia meninggalkan perniagaannya dan ~ seluruh tenaganya utk mengembangkan agama Islam; sebahagian drpd kekuatan tentera dipusatkan di sempadan; terpusat diletakkan di bawah kawalan pusat: organisasi perniagaan dlm bentuk ~; pusatan ark pusat; pemusatan perbuatan memusatkan: Sultan Perak menentang ~ yg terlalu ditegaskan di Kuala Lumpur; ~ penduduk ke bandar-bandar besar berlaku sejak lepas Perang Dunia Kedua; ~ angkatan perang di sempadan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.sat] | ڤوست

Definisi : 1 lekuk di tengah-tengah perut bekas tempat tali perut bersambung dgn uri: tali ~ usus yg menghubungkan anak yg di dlm kandungan dgn uri. 2 bahagian yg di tengah-tengah sesuatu (spt bulatan, bola): ~ alam (bumi) bahagian yg di tengah-tengah alam (bumi); garisan ~ garisan yg lalu di tengah-tengah sesuatu bulatan. 3 kawasan (daerah) yg letaknya di tengah-tengah: ~ bandar bahagian bandar yg di tengah-tengah. 4 tempat yg menjadi tumpuan atau punca segala kegiatan (perniagaan, pentadbiran dll): Universiti harus menjadi ~ berbagai-bagai ilmu pengetahuan. ~ dialisis tempat para pesakit buah pinggang menjalani rawatan mencuci darah. ~ sehenti pusat atau tempat yg dpt membekalkan keperluan pengguna dlm lingkungan barangan atau perkhidmatan tertentu. ~ serenti tempat pemulihan orang yg bermasalah, terutamanya masalah penagihan dadah. berpusat 1 mempunyai pusat: Kerajaan Malaysia ~ di Kuala Lumpur. 2 bertumpu; berpunca: Tema cerita itu ~ pd kehidupan sebuah keluarga kaya yg tidak bahagia. memusatkan menghalakan seluruh tujuan (pandangan, gerakan dll) ke arah yg satu; tidak memecah-mecahkan atau tidak membahagi-bahagikan sesuatu; menumpukan seluruhnya pd: Dia ~ seluruh tenaga utk memajukan syarikatnya. pemusatan perbuatan atau hal memusatkan (sesuatu): ~ kilang di kawasan luar bandar sedang dirancang. ~ penduduk di bandar-bandar besar telah menimbulkan berbagai-bagai masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,

Puisi
 

Tinggi pusat tinggi beringin,
     Tempat menggantung anak dewa;
Hendak berpesan dengan angin,
     Angin tidak pandai berkata.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tutup lutut,
     terbuka pusat;
lepas kaki,
     leher terjerat.

Bermaksud :

Kesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPusat paruh di antara tanam, Tanam jangan di antara padi; Jikalau jauh di antara badan, Jauh jangan menyerah diri.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi pusat tinggi beringin, Tempat menggantung anak dewa; Hendak berpesan dengan angin, Angin tidak pandai berkata.

Kembali ke atas