Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. betulkah ayat berikut ? ( Daripada kamu melepak di pusat membeli-belah lebih baik kamu membaca buku .) Frasa di pusat membeli- belah dalam konteks ayat tersebut . 2. Beza pusat beli-belah dengan pusat membeli-belah

Saudara,

Yang betul ialah pusat beli-belah. Perkataan beli-belah sebagai padanan kepada perkataan "shopping" dalam bahasa Inggeris.

Tatabahasa03.02.2010
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i".1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 
2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi.  
3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah
4. Sementelah dan sementelahan.
5. Justeru.
6. ... kita akan dapat ...  
7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 
8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 
9. Kita haruslah dan kita seharusnya 
10. Keistimewaan alam semula jadi 
11. Mempertingkatkan 
12. Memperbaik
13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177.
Tatabahasa29.10.2012
Mengapakakah penggunaan frasa pusat membeli-belah salah?Mengapa pusat beli-belah jawapan yang betul?Frasa yang betul ialah pusat beli-belah. Dalam pembentukan kata nama tidak perlu menggunakan imbuhan. Membeli-belah bermaksud perbuatan membeli pelbagai jenis barang. Oleh itu, jika frasa "pusat membeli-belah" digunakan bermaksud pusat yang melakukan perbuatan membeli pelbagai jenis barang.Tatabahasa12.06.2012
Rasanya sudah lama saya tidak mengunjungi laman ini. Salam Ramadan tuan. Pertanyaan saya - jika pusat beli-belah (bukan pusat membeli-belah), bagaimana pula dengan 'aktiviti merentas desa', 'gas memasak', 'aktiviti berlari setempat', aktiviti 'menulis karangan', (sekadar beberapa contoh). Tidakkah apa yang saya catatkan itu membawa maksud sama dengan 'pusat membeli-belah'? Mohon penjelasan tuan. Sekian, terima kasih.Lazimnya dalam penamaan kita menggunakan bentuk kata nama seperti Pusat Beli-belah. Berdasarkan contoh yang tuan berikan frasa yang betul ialah aktiviti rentas desa dan aktiviti lari setempat. Walau bagaimanapun terdapat beberapa frasa penamaan yang tidak mengikut rumus tersebut kerana telah mantap penggunaannya dalam masyarakat seperti termasuklah pertandingan melukis dan pertandingan mengarang esei. Hal ini dianggap sebagai kekecualian dalam bahasa Melayu.Tatabahasa03.08.2012
Kompleks membeli-belah atau kompleks beli-belah. Pusat membeli-belah atau pusat beli-belah. Apa maksud sebenar perkataan "beli-belah".?Yang betulialah kompleks beli-belah, beli-belah bermaksud membeli berbagai-bagai jenis barang.Tatabahasa14.10.2008
1.PUSAT BELI - BELAH ATAU PUSAT MEMBELI BELAH? 2.APAKAH MAKSUD KLASTER? DAN BEZA KLUSTER DENGAN KLASTER?Berdasarkan rujukan kami, tiada kata klaster. Manakala kluster terdapat dalam istilah MABBIM yang digunakan di Indonesia. Di Malaysia istilah kluster bermaksud kelompok, gugusan dalam bidang teknologi maklumat.Lain-lain10.06.2010
Jika 'pusat membeli-belah' salah dan seharusnya 'pusat beli-belah', adakah 'zon menutup aurat/ ruang menunggu/ sekolah memandu' harus menjadi 'zon tutup aurat/ ruang tunggu/ sekolah pandu'?Zon menutup aurat, ruang menunggu, sekolah memandu boleh digunakan kerana pengunaannya telah mantap.Tatabahasa01.04.2019
Adakah pusat membeli-belah ayat yang benar?Jawapan yang betul ialah Pusat Beli-belah.Lain-lain11.05.2023
Salam sejahtera, Kami ingin memohon jasa baik pihak tuan bagi menyemak atau memberi apa-apa ulasan/nasihat (dari segi bahasa / istilah / susunan perkataan) berkenaan nama-nama cadangan untuk dua blok bangunan dalam satu projek yang sedang dibangunkan di Kota Damansara. Dua blok tersebut adalah sebuah pusat membeli-belah dan sebuah menara pejabat. Nama cadangan bagi blok-blok tersebut adalah seperti berikut: Blok 1: Pusat membeli belah Nama cadangan: Pusat Membeli Belah Tropicana Blok 2: Menara pejabat Nama cadangan: Menara Pejabat Tropicana Untuk maklumat pihak tuan, nama pemaju bagi projek berkenaan ialah Tropicana Indah Sdn Bhd. Kami berharap pihak tuan dapat memberi nasihat yang sewajarnya. Sekian terima kasih.Nama bangunan mesti mempunyai keterangan jenis bangunan dalam bahasa Melayu di bahagian hadapan nama seperti MENARA, WISMA, BANGUNAN dan sebagainya. Contohnya: KONDOMINIUM TROPICANA INDAH, PUSAT BELI-BELAH TROPICANA INDAH, MENARA TROPICANA INDAH.  

Sila gunakan borang kuning yang diperoleh daripada Jabatan Pelesenan DBKL sekiranya memohon kelulusan daripada DBKL. Dalam borang tersebut, nyatakan kenapa nama yang dicadangkan tersebut diminta perakuan untuk pengesahan dan DBP akan memberi ulasan dalam ruangan DBP. DBP akan memperakui penamaan yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik serta menggambarkan citra Malaysia.
Tatabahasa11.06.2019
Pusat membeli belah atau Pusat beli belah?Frasa yang betul ialah 'pusat beli-belah'.Ejaan24.02.2012
1234

Kembali ke atas