Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang tuan. Mengapakah universiti dalam bahasa Melayu tidak dinamai "pusat pengajian tinggi", seperti Pusat Pengajian Tinggi Malaya, Pusat Pengajian Tinggi Sains Malaysia? Mengapakah dinamakan "universiti"? Kata "universiti" kata yang dipinjam daripada bahasa Inggeris dan telah melalui penyesuaian ejaan yang sedikit sahaja, jadi bunyi bahasa Inggeris "university" itu tampak sangat. Ini yang dikatakan kata pinjaman bahasa Melayu yang keinggerisan. Dalam bahasa Melayu, sudah sedia ada frasa "pusat pengajian tinggi" untuk menunjukkan sekolah mahasiswa, oleh itu, mengapakah kata "university" daripada bahasa Inggeris dipinjam lagi untuk menjadi "universiti"? Frasa "pusat pengajian tinggi" kata bahasa Melayu jati!Perkataan "universiti" telah lama diterima dalam bahasa Melayu dan telah mantap penggunaannya.Istilah28.11.2016
apa konsep open day dan open house?Apa yang difahami open day diterjemahkan kepada hari terbuka. Biasanya dilaksanakan di pusat-pusat pengajian tinggi atau institusi lain yang memberi kepada orang ramai menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada di institusi tersebut atau dibuat khusus di tempat awam. Begitu juga dengan rumah terbuka yang biasanya dikaitkan dengan pelbagai perayaan di negara kita yang menggalakkan penyertaan pelbagai kaum di samping mengeratkan hubungan persaudaraan dan persahabatan.Makna23.07.2008
1)Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut pusat pengajian tinggi.2)Semak-samun di belakang rumah itu belum dipotong.3)Seluar saya sama besar seluar Ahmad.TOLONG BETULKAN KALAU TERDAPAT SALAH.

Saudari/Saudara,

1. Dira selalu teringat pada kenangan pahit manis semasa menuntut di pusat pengajian tinggi.

2. Ayat tepat

3. Seluar saya dan Ahmad sama besar. (ayat yang diolah oleh saudara betul dari aspek tatabahasanya namun, kurang gramatis)

Tatabahasa05.09.2012
bolehkan perkataan memberangsangkan diguna dalam menyatakan perihal keputusan peperiksaan. Contoh; Keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan menyebabkan dia gagal memasuki pusat pengajian tinggiMemberangsangkan bermaksud membangkitkan keberanian (semangat, dll) atau membangkitkan kemarahan. (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Dalam contoh ayat yang diberikan, kata 'memberangsangkan' boleh digunakan dengan maksud membangkitkan semangat atau kemajuan yang menggembirakan. Lebih baik kata 'memberangsangkan' dalam ayat ini diganti dengan kata lain seperti keputusan tidak baik, tidak memuaskan, tidak cemerlang, dll. Sila rujuk kamus untuk penjelasan lanjut.Makna10.08.2008
dimana dan bagaimanakah cara untuk saya belajar bahasa melayu klasik?terima kasih atas peluang yang diberikan untuk bertanya.Silrujuk  Fakulti Bahasa di pusat pengajian tinggi awam (IPTA) seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Putra Malaysia untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan kursus Bahasa Melayu Klasik. Lain-lain02.03.2008
saya Soleehah Dolah sedang belajar di universiti Fatoni, kelas dasar.ingin bertanya DBP perkataan,Adakah perkataan "universiti" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya?TerimakasihUniversiti membawa maksud institusi atau pusat pengajian tinggi yg memberikan ilmu dlm pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah, dan menganugerahkan pelbagai peringkat ijazah.Makna22.09.2014
Apakah maksud dan perbezaan "kelulusan akademik" dan "kelulusan ikhtisas"? Terima kasih.Kelulusan akademi bermaksud kelulusan yang diperolehi oleh individu setelah memenuhi semua syarat-syarat pengajian di Pusat Pengajian Tinggi.

Manakala kelulusan ikhtisas pula bermaksud kelulusan yang memerlukan atau melibatkan kepandaian atau kemahiran khusus.
Makna31.03.2015
Assalamualaikum. 1. Ingin sekali saya mengetahui tentang bidang-bidang yang berkaitan tentang ilmu Bahasa Melayu di pusat pengajian tinggi di Malaysia ini. 2. Adakah pihak DBP atau pihak lain (kerajaan dsb) yang menentukan disiplin ini (nama bidang yang khusus yang ditawarkan)?

Encik Mohd. Ismail,

Saudara boleh menghubungi pihak universiti  untuk mengetahui bidang yang ditawarkan atau layari laman sesawang ipta berkenaan. Penentuan bidang bagi kursus yang ditawarkan adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi dan dan universiti.

Lain-lain25.07.2010
Boleh terangkan semua maksud yang berkaitan dengan kata majmuk menara gadingMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud a) keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti).Tatabahasa20.02.2015
Anas Hashim Feb 22nd, 12:52pm Menara Gading = Universiti atau Tetek Perempuan?. Jadi mana satuvyabg betul?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menara gading bermaksud keadaan atau kedudukan yang tersisih daripada keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yang dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (seperti universiti). Kontroversi makna simpulan bahasa menara gading yang disiarkan menerusi sebuah buku terbitan tempatan dipercayai merujuk kepada istilah Melayu lama. Simpulan bahasa itu pernah digunakan bagi merujuk payu dara pada zaman Hikayat Hang Tuah. Bagaimanapun, istilah itu tidak sesuai digunakan kini kerana menara gading merujuk kepada universiti. Pada zaman Hang Tuah, universiti belum wujud lagi.Lain-lain22.02.2015
12345

Kembali ke atas