Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOLEJ AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN

Kolej Agama Sultan Zainal Abidin

(KUSZA) ialah sebuah pusat pengajian tinggi

Islam. KUSZA yang terletak di Gong Badak,

mempunyai kawasan seluas 144 hektar (350 ekar),

dan jaraknya kira-kira 15 kilometer dari bandar

Kuala Terengganu.

UMUM 
INSTITUT TEKNOLOGI MARA INSTITUT TEKNOLOGI MARA, pusat pengajian tinggi. Institut Teknologi MARA atau ringkasnya ITM ditubuhkan pada tahun 1967. Sebelum ini, ITM dikenal dengan nama Maktab MARA yang ditubuhkan pada tahun 1965.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Statut ini yang juga dikenali sebagai AUKU ialah undang-undang bertulis yang mengenakan peraturan berkaitan dengan kegiatan pelajar dan hal-hal lain berhubung dengan pentadbiran universiti dan pusat pengajian tinggi.

UNDANG-UNDANGAkta
UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA

UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA, pusat pengajian pertanian yang tertinggi di Malaysia.  Penubuhan universiti ini berasaskan percantuman antara Kolej Pertanian Serdang dengan Fakulti Pertanian Universiti Malaya.  Kolej Pertanian Serdang pada awalnya adalah Sekolah Pertanian, Serdang, Selangor yang ditubuhkan pada 21 Mei 1931.  Pembukaan rasmi sekolah tersebut telah dilakukan oleh John Scott, pegawai pentadbir bagi kerajaan Negeri-Negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi ‘Ex-Officio’ Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.  Tujuan Sekolah Pertanian ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian.  Sekolah ini terletak di kawasan seluas 8.9 hektar di Serdang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MEXICO CITY

Mexico City ialah ibu negara Mexico dan salah

satu daripada bandar raya yang terbesar di dunia.

Lebih daripada lapan juta penduduk tinggal di

Mexico City. Kawasan metropolitannya

menampung seramai 15 juta penduduk. Mexico

City merupakan bandar utama antara kawasan

pusat bandar dunia yang paling pesat

penduduknya (lihat Bandar raya: [jadual: bandar

terbesar di dunia]). Bandar ini merupakan pusat

perdagangan, pengajian tinggi, industri,

kebudayaan, dan pengangkutan.

UMUM 
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, universiti keenam di Malaysia.  Universiti ini ditubuhkan pada 16 Februari 1984.  Hasrat utamanya adalah bagi menambahkan tenaga pengurus yang mahir dan menampung bilangan pelajar ke peringkat pengajian tinggi yang sentiasa meningkat.  Kampus sementara Universiti Utara Malaysia (UUM) terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah.  Walaupun berupa kampus sementara tetapi lengkap dengan berbagai-bagai kemudahan seperti Pusat Komputer, Dewan Besar, kemudahan rekreasi, kompleks sukan dan sebagainya di kawasan seluas 64 ekar.  Kampus sementara UUM sekarang ini diambil alih oleh Institut Perguruan Darul Aman (IPDA).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas