Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ta.ran] | ڤوترن

Definisi : 1. gerakan berputar, kisaran, ki­taran, pusingan; beberapa ~ beberapa kali berputar; 2. sesuatu yg diputar (tombol pd radio dll, roda pd mesin jahit, dll), sesuatu yg dipindahkan (dialihkan dll); ~ air kisaran air; ~ angin a) kisaran angin; b) pergantian angin; ~ filem pertunjukan filem (gambar); ~ masa pusingan atau perubahan masa; ~ nasib perubahan (baik atau buruknya) nasib; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ta.ran] | ڤوترن

Definisi : gerakan yg berputar; hasil berputar; pusingan; kisaran. ~ air olak air. ~ angin a. kisaran angin. b. pergantian angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putar
Kata Terbitan : berputar, berputar-putar, memutarkan, putaran, pemutaran,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
putaranrotationPenjelmaan yang berlaku apabila setiap titik pada rajah berputar pada pusat putaran melalui sudut tertentu dan arah tertentu. Lihat ContohMenengah Rendah
putaranrotation"Proses penjelmaan yang berlaku apabila setiap titik rajah berputar pada suatu titik tetap melalui sudut tertentu dan mengikut arah tertentu. Lihat ContohMenengah Atas
kisaranrevolutionPutaran lengkap 360°.Menengah Atas
simetri putaranrotational symmetryBentuk atau imej yang apabila diputarkan kurang daripada 360° pada satu titik tetap, bentuknya masih kelihatan sama. Lihat ContohMenengah Rendah
putaran lengkapcomplete rotation/turnPusingan atau kitaran penuh iaitu 360°.Menengah Rendah
satu putaran lengkapone whole turnSatu pusingan lengkap yang bersamaan dengan 360°.Menengah Atas
sudut putaranangle of rotationSudut yang terbentuk apabila suatu garis diputarkan dari satu kedudukan asal ke satu kedudukan baru. Lihat ContohMenengah Rendah
pusat putarancentre of rotationTitik tetap yang padanya setiap titik pada satah berputar melalui sudut dan arah tertentu. Lihat ContohMenengah Rendah
lawan arah jamanticlockwiseArah pergerakan atau putaran yang bertentangan dengan arah jarum jam bergerak.Menengah Rendah
ikut arah jamclockwiseArah pergerakan atau putaran seperti arah jarum jam bergerak.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas