Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ta.ran] | ڤوترن

Definisi : 1. gerakan berputar, kisaran, ki­taran, pusingan; beberapa ~ beberapa kali berputar; 2. sesuatu yg diputar (tombol pd radio dll, roda pd mesin jahit, dll), sesuatu yg dipindahkan (dialihkan dll); ~ air kisaran air; ~ angin a) kisaran angin; b) pergantian angin; ~ filem pertunjukan filem (gambar); ~ masa pusingan atau perubahan masa; ~ nasib perubahan (baik atau buruknya) nasib; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ta.ran] | ڤوترن

Definisi : gerakan yg berputar; hasil berputar; pusingan; kisaran. ~ air olak air. ~ angin a. kisaran angin. b. pergantian angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putar
Kata Terbitan : berputar, berputar-putar, memutarkan, putaran, pemutaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah pihak DBP mempunyai istilah bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah bahasa Inggeris 'heavy rotation' (kata nama)? Bolehkah saya menulisnya sebagai 'putaran yang berat'? Maksud 'heavy rotation' yang saya katakan ini ialah 'satu lagu yang paling banyak dimainkan oleh sesuatu stesen televisyen atau radio dalam satu hari' saya jarang mendengar lagu bahasa melayu tetapi contoh 'heavy rotation' bagi lagu melayu adalah seperti "teman pengganti" nyanyian Black & Malique. di Jepun, 'heavy rotation' ialah lagu seperti "Bittersweet" nyanyian Arashi.

Istilah yang sesuai bagi “heavy rotation” dalam konteks ayat saudara ialah “sering diputarkan”. Contoh ayat ialah “Antara lagu yang sering diputarkan oleh stesen radio termasuklah ‘Teman Pengganti’, ‘Bahagiamu Deritaku’, dan ‘Ikut Rentakku’.”

Istilah24.02.2014
Buku teks PJPK Tahun 5 Semakan keluaran DBP 2020, rujuk muka surat 10, soalan nombor 6. Nyatakan maksud "daya tegak (vertical force)" dan "daya putaran". Tapi tiada keputusan. Bagaimana guru mahu membuat rujukan . Bukan semua guru PJ mahir istilah FIZIK.Salam sejahtera, Untuk makluman, soalan tersebut dilakukan dengan bantuan Internet (seperti dalam arahan soalan). Murid boleh memberikan maksud yang mereka fahami melalui pembacaan di Internet. Soalan ini juga hanyalah soalan untuk murid mencari maklumat tambahan berkaitan daya yang dipelajari dalam pembelajaran gimnastik. Sekian, terima kasih.Lain-lain23.05.2021
apakah definisi menjana wang?

Saudara,

Makna jana adalah seperti yang berikut: 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, ter­hasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) men­janakan atau menghasilkan sesuatu: cawang­an perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pem­bersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau hai­wan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk men­janakan (kuasa dll): alat ini mempunyai se­buah ~ haba serta saluran cecair ammonia.

Oleh  yang demikian, menjana wang bermaksud  bermaksud menghasilkan wang. 

 
  
Makna13.10.2010
Apa beza hati dan jantung
Hati dan jantung kedua-duanya merupakan organ dalam tubuh yang menjalankan fungsi yang tertentu. Berdasarkan analisis data korpus, didapati hati juga merujuk kepada jantung, misalnya dalam ayat 'Hatinya berdebar-debar.' Kata hati dan jantung terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan olahannya adalah seperti yang berikut, iaitu:

hati 
n 1 organ yg terletak di bahagian perut dlm badan manusia atau binatang vertebrata yg berfungsi utk merembeskan hempedu ke dlm saluran makanan, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea dan menyimpan glikogen; 2 tempat menyimpan perasaan, keinginan, anggapan dsb dlm diri sso; kalbu: Hatinya bersih drp segala bentuk dendam dan iri hati. 3 jantung: Tidak ada yg menarik perhatiannya selain berita yg mendebarkan hatinya. 4 bahagian tengah yg agak keras pd buah-buahan, pokok dll: Hati nanas diparut dan dibubuhi gula secukupnya sebelum diminum. Hati kayu gaharu dr India dianggap paling
mahal dan mempunyai mutu yg paling baik.


jantung 
n 1 organ berotot yg terletak di dlm rongga dada, yg mengepam darah ke seluruh badan: Otot jantung terpaksa bekerja keras utk memastikan darah beroksigen dapat disalurkan ke seluruh tubuh. 2 benda yg berbentuk spt jantung, berbunyi spt bunyi jantung,
atau bergerak spt gerakan jantung: Hanya detak jantung jam di dinding dan putaran bilah-bilah kipas di siling mencipta gelombang yg menyentuh gegendang telinga. 3 sst yg perlu bagi membolehkan industri, politik dsb terus bergerak atau hidup: Queensland, negeri kedua terbesar di Australia ialah jantung industri pelancongan negara itu.
Makna24.08.2023

Kembali ke atas