Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ta.ran] | ڤوترن

Definisi : 1. gerakan berputar, kisaran, ki­taran, pusingan; beberapa ~ beberapa kali berputar; 2. sesuatu yg diputar (tombol pd radio dll, roda pd mesin jahit, dll), sesuatu yg dipindahkan (dialihkan dll); ~ air kisaran air; ~ angin a) kisaran angin; b) pergantian angin; ~ filem pertunjukan filem (gambar); ~ masa pusingan atau perubahan masa; ~ nasib perubahan (baik atau buruknya) nasib; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ta.ran] | ڤوترن

Definisi : gerakan yg berputar; hasil berputar; pusingan; kisaran. ~ air olak air. ~ angin a. kisaran angin. b. pergantian angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putar
Kata Terbitan : berputar, berputar-putar, memutarkan, putaran, pemutaran,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAKOMETER

Takometer ialah peranti yang digunakan untuk

mengukur kelajuan putaran bagi roda atau aci

pemintal, selalunya dalam putaran per minit (rpm).

Takometer juga sering kali digunakan untuk

mengukur rpm enjin pada kereta, kapal laut dan

kapal terbang. Takometer menunjukkan kuasa

enjin dan kepantasannya menukar tenaga kepada

daya mekanikal.

UMUM 
KESAN CORIOLIS

Kesan Coriolis ialah kesan ketara putaran bumi

terhadap gerakan sebarang benda yang bergerak

merentasi permukaan bumi. Kesan Coriolis

amat kecil untuk dirasai atau dilihat apabila

seseorang itu berjalan kaki atau memandu sebuah

kenderaan. Tetapi ia memberi kesan yang amat

kuat terhadap laluan-laluan objek yang terbang di

udara di atas permukaan bumi.

UMUM 
SIKLON

Siklon ialah kawasan atmosfera bertekanan rendah

yang menghasilkan putaran tiupan angin mengarah

ke dalam. Siklon boleh meliputi kawasan seluas

separuh keluasan Amerika Syarikat. Siklon khusus

yang kuat dan dengan garis pusat antara 90 hingga

2400 meter dikenali sebagai tornado.

UMUM 
SOLSTIS

Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku

setiap tahun apabila matahari berada pada

kedudukan paling utara atau paling selatan.

Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan

lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun

disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi.

Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit

bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim

panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling

utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan

(garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim

sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang

paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan

Jadi (garis lintang 2327 selatan).

UMUM 
TAYLOR, SIR GEOFFREY

Taylor, Sir Geoffrey (1886–1975) ialah ahli fizik

Inggeris yang mengabdikan seluruh hidupnya

kepada sains. Dia adalah ahli metereologi dalam

ekspedisi di Lautan Atlantik Utara pada tahun 1913,

yang bekerja dalam bidang metereologi dan

aeronautika semasa Perang Dunia I (1914–1918),

dan membuat bom atom semasa Perang Dunia II

(1939–1945). Dia mengira kelambatan putaran bumi

yang disebabkan oleh geseran pasang surut. Taylor

lahir di London.

UMUM 
ORGAN TANGAN

Organ tangan ialah nama umum untuk

beberapa jenis alat muzik yang menghasilkan

muzik apabila pemainnya memutar hendalnya.

Jenis yang paling umum ialah organ putar, atau

organ piano, yang dimainkan oleh pemuzik jalanan.

Alat ini terdiri daripada sebuah kotak yang

mengandungi paip atau pipit lelidah logam dan

silinder, yang dikenali sebagai tong, di mana

pancang disusunkan. Apabila tong dipusing,

pancang akan membuka injap pada paip tertentu.

Putaran tersebut akan menyebabkan asakan masuk

udara ke dalam paip yang terbuka lalu

mengeluarkan muzik.

UMUM 
MURDOCK, WILLIAM

Murdock, William (1754–1839), pereka cipta

Scotland yang membuat beberapa pembaikan

penting enjin kuasa stim dan juga menjumpai cara

mendapatkan gas daripada batu arang. Dia turut

mencipta simen-besi. Dia digaji oleh Matthew

Boulton dan James Watt untuk memasang enjin

pam ke lombong Cornish (lihat Boulton, Matthew;

Watt, James). Pada tahun 1785, dia mencipta

dengan jayanya sebuah model enjin untuk menarik

kereta kuda. Dia memasang lampu menggunakan

gas di rumahnya di Redruth. Pada tahun 1802, dia

memasang gas di bengkel majikannya. Dia

menyedari bahawa jet gas lebih terang apabila gas

itu dipecahkan kepada beberapa jet kecil.

Penggunaan gas untuk lampu jalan raya telah

dimajukan secara persendirian oleh Murdock, dan

banyak pengusaha syarikat menuduh bahawa dia

mencuri idea daripada mereka. Murdock

dipercayai mencipta alat untuk membuat

pengaturan gear matahari dan planet untuk

mendapatkan pergerakan putaran daripada enjin-rasuk.

Ciptaan ini membolehkan binaan enjin kuasa

wap memutarkan roda. Murdock lahir di

Auchinlek, di daerah Strathclyde, Scotland.

UMUM 

Kembali ke atas