Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.te.ri] | ڤوتري

Definisi : 1. sl anak raja yg perempuan; tuan ~ anak perempuan raja, permaisuri raja; 2. anak perempuan (utk menghormati), (kaum) wanita: pandu ~; ~ sejati; ~ malam ark ki bulan. keputerian hal (sifat, darjat dsb) yg berkaitan dgn puteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.te.ri] | ڤوتري

Definisi : ; ~ malu sj tumbuhan (pokok renek), keman, Mimosa pudica; bunga ~ sj tum­buhan (anggerik), bunga bidadari, ekor gajah, Grammatophyllum speciosum; daun ~ sj tumbuhan (pokok renek), adap-adap, balik adap, serogah, Musaenda glabra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.te.ri] | ڤوتري

Definisi : ; ~ mandi Kl sj kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.te.ri] | ڤوتري

Definisi : 1 bd anak perempuan kpd raja. 2 anak perempuan (utk menghormati). 3 gelaran utk orang perempuan yg emaknya berketurunan raja tetapi ayahnya orang kebanyakan. tuan ~ anak raja yg perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puteri (kata nama)
Bersinonim dengan anak raja perempuan, tuan puteri, permaisuri raja; anak perempuan, wanita;,

Puisi
 

Tuan puteri mandi di taman,
     Mari turun ke bulan Rejab;
Pertama arif lagi budiman,
     Satu soal tidak dijawab.


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dari segi Hukum D-M, Yang manakah betul ? (a) Kadet Pandu Puteri Malaysia ATAU Pandu Puteri Kadet Malaysia. (b) Renjer Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Renjer (c) Tunas Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Tunas Sekian, terima kasih.jawapan yang betul, kadet pandu puteri, renjer pandu puteri, dan tunas pandu puteriTatabahasa09.11.2007
Ejaan yang betul bagi perkatan putera puteri atau putera-puteri.putera puteriEjaan06.08.2018
Tuan, Bolehkah beta digunakan oleh kerabat diraja selain daripada Sultan/Raja sebagai kata ganti nama diri? Jika tidak, apakah kata ganti nama diri yang betul apabila misalanya 1. perbualan antara puteri dengan Sultan 2. perbualan antara puteri dengan puteri 3. perbualan antara puteri dengan rakyat jelata Terima kasih.Selamat petang

    Dalam bahasa diraja, bentuk-bentuk dengan –nda/anda tetap utuh. Dalam sesuatu keluarga diraja, sapaan anakanda, ayahanda, bonda, kanda, dinda dan ninda merupakan bentuk hormatan yang digunakan. Penggunaan bentuk-bentuk hormatan ini menjadi kelaziman dalam pembahasaan antara ahli-ahli satu keluarga diraja dengan ahli-ahli keluarga diraja yang lain. Contohnya, seorang putera akan merujuk diri sendiri sebagai “kekanda”, dan dengan itu puteri yang seorang lagi akan dirujuk sebagai “adinda” dan sebaliknya menurut pangkat umur.

    Kata ganti nama diri pertama antaranya ialah aku, beta, daku, hamba. Kata ganti nama pertama 'aku' merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan yang sangat rapat atau mesra dan dengan Tuhan. Manakala 'beta' pula digunakan oleh raja, sultan atau kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.

    Kata ganti nama kedua antaranya ialah anda, awak, dikau, engkau. 'Anda' digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, misalnya dalam surat-menyurat, atau dengan orang yang sebaya. Manakala 'awak' pula digunakan untuk orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita.

    Kata ganti nama ketiga ialah baginda, beliau, dia, ia, mereka. 'Baginda digunakan untuk raja, sultan atau kerabat diraja. Untuk keterangan lanjut atau contoh sila rujuk Tatabahasa Dewan.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa04.08.2016
Saya ingin bertanya beberapa soalan, soalan-soalan ini ditanya dalam konteks kami ingin membuat skrip untuk teater Puteri Saadong: 1. Adakah "Ampun tuanku" digunakan sebagai tanda hormat kepada Puteri juga atau hanya digunakan untuk raja/sultan? Jika tidak, apakah ayat yang akan digunakan untuk menunjukkan tanda hormat rakyat kepada Puteri sebelum mula berbicara dengan seorang Puteri? 2. Bagaimanakah seorang rakyat membahasakan dirinya apabila berbicara dengan Puteri? 3. Apakah panggilan yang akan digunakan oleh seorang rakyat untuk memanggil Puteri apabila berbicara dengan Puteri? Adakah rakyat akan membahasakan Puteri sebagai "tuanku" atau "puteri" sahaja apabila berbicara dengan Puteri? Terima kasih.
Bahasa istana merupakan satu jenis laras bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Digunakan oleh golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran dan sebagainya yang mengandungi nilai bahasa yang tinggi dan beradab. Saudara boleh merujuk perkara ini dengan Bahagian Istiadat, Istana Negara atau merujuk buku Bahasa Diraja yang ditulis oleh Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, terbitan DBP. 
Lain-lain05.07.2023
Mohon pengesahan ejaan. bagaimana menulis perkataan 'putera puteri'. Adakah sebegini atau perlukan tanda sempang `putera-puteri'?Putera puteri.Lain-lain06.08.2018
Selamat sejahtera tuan/puan. Menurut Soalan Khidmat nasihat DBP pada 15/1/2008, 22/8/2014 dan 4/8/2016, "beta" boleh digunakan oleh raja dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat. Manakala, pada 30/11/2014, pihak tuan/puan menjawab soalan lain dengan jawapan "beta" hanya digunakan oleh Raja/Sultan sahaja, tidak termasuk keluarga diraja. Pada 7/7/2015, pihak tuan/puan cadankan putera atau puteri boleh gunakan "beta". Jadi, saya ingin memastikan lagi, adakah "beta" boleh digunakan oleh permaisuri, puteri, puteri atau kerabat diraja? Kalau tidak, apa kata ganti nama diri pertama yang sesuai untuk permaisuri/puteri/puteri/kerabat diraja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah/ orang bawahan/rakyat/?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, beta merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang awam. Oleh itu, kata ganti nama diri ‘beta’ sesuai digunakan untuk permaisuri, puteri dan kerabat diraja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat.

Tatabahasa26.10.2022
Puteri raja itu akan menghadiri majlis makan malam diraja yang diadakan di sebuah hotal terkemuka. soalan saya ialah kenapa kesalahan bahasa adalah makan malam. jika benar kesalahan bahasa adalah makan malam, apakah parkataan yang paling sesuai digunakan di sini? bolehkan perkataan makan malam diganti dengan makan kawah?Bahasa diraja untuk makan ialah santap. Oleh yang demikian perkataan yang sesuai digunakan ialah majlis santapan malam. Perkataan makan kawah tidak boleh digunakan kerana perkataan ini bukan bahasa diraja. Tatabahasa29.05.2008
Salam sejahtera kepada tuan dan puan, saya ingin bertanya tentang Jawapan soalan berikut: Menurut catatan sejarah ________, Puteri Sanbutung dan Puteri Sejenjang bertugas menjaga gunung di Sarawak. A. lepas B. lalu C. silam D. lama yang manakah Jawapan adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan?Terima kasih atas bantuan tuan.Salam sejahtera kepada tuan dan puan, saya ingin bertanya tentang Jawapan soalan berikut: Menurut catatan sejarah ________, Puteri Sanbutung dan Puteri Sejenjang bertugas menjaga gunung di Sarawak. A. lepas B. lalu C. silam D. lama yang manakah Jawapan adalah betul? Bolehkah tuan memberikan penjelasan?Terima kasih atas bantuan tuan.Tatabahasa02.06.2022
BAGAIMANA NAK MEMBACA SECARA ONLINE BUKU PUTERI MELOR SEKUMTUMSalam,

Cerita Puteri Melur Sekuntum

Untuk makluman, cerita Puteri Melur Sekuntum merupakan petikan cerita yang diambil daripada Buku Prosa Warisan oleh Aripin Said yang telah dimuat naik dalam bentuk poster melalui Media sosial rasmi DBP.

Oleh itu, lanjutan daripada cerita Puteri Melur Sekuntum itu bolehlah diperoleh daripada Buku Prosa Warisan tersebut. Berdasarkan semakan dalam portal dbpniaga, buku tersebut masih ada stok.

Buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil  penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

  ·        Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598

·        Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

·        DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358

·        DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569

·        DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092

·        atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my//

 

Sekian, terima kasih


Lain-lain16.06.2021
"Mengapakah tuan puteri bersedih?Katakanlah kepada _____," kata Mak Inang Sari kepada Tuan Puteri Nilai Kenchana. Jawapan yang paling sesuai untuk soalan di atas "patik" atau "hamba"? Terima kasih.Jawapan yang sesuai:

"Mengapakah tuan puteri bersedih?Katakanlah kepada hamba," kata Mak Inang Sari kepada Tuan Puteri Nilai Kenchana.
Istilah15.05.2016
1234567

Kembali ke atas