Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a. tidak mendapat apa-apa yg diingini; terlepas peluang. b. mendapat malu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Pukul gendang meniup serunai,
     Raja berarak dari seberang;
Putih mata si burung punai,
     Kayu ara dah tunggu helang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Siapa cepat boleh dulu,
     siapa kemudian putih mata.

Bermaksud :

Orang yang cepatlah yang selalu mendapat keuntungan yang baik dan orang lambat senantiasa berhampa tangan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conjunctivitiskonjunktivitisHerbaFitoterapiKeradangan pada lapisan konjunktiva yang merangkumi permukaan dalam kelopak mata dan bahagian putih mata akibat jangkitan kuman atau virus. Sinonimoftalmia.
bilirubinbilirubinVeterinarPraklinikalPigmen yang terhasil daripada penguraian hemoglobin. Bilirubin diproses oleh hati untuk membentuk bilirubin diglukuronid. Pigmen ini boleh menyebabkan tisu berwarna kuning yang jelas dilihat pada sklera putih mata. Peningkatan kepekatan bilirubin dalam darah dikenali sebagai penyakit kuning atau jaundis. Dalam gangguan hemolisis atau penyakit hepar; bilirubin boleh terkumpul dalam darah. Pengumpulan bilirubin yang berlebihan boleh menyebabkan ketoksikan kepada saraf yang sedang berkembang.
scleraskleraVeterinarPraklinikalTisu kuat dan legap di bahagian luar mata. Sklera sebagai tapak pelekatan kepada otot okular ekstrinsik dan mengawal pergerakan mata serta membantu melindungi mata. Sklera dikenali juga sebagai putih mata.
white keypepetik putihKesenianTiadaMata putih pada alat key board
icterusikterusPerubatanTiadaKekuningan pada kulit, mata putih dan membran mukosa, disebabkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu yang berkenaan.
jaundicejaundisPerubatanTiadaKekuningan pada kulit, mata putih dan membran mukosa, disebabkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu yang berkenaan.
icterusikterusPerubatanTiadaKekuningan pada kulit, mata putih dan membran mukosa disebabkan paras bilirubin yang berlebihan dalam darah.
jaundicejaundisPerubatanTiadaKekuningan pada kulit, mata putih dan membran mukosa disebabkan paras bilirubin yang berlebihan dalam darah.
icterusikterusPerubatanTiadaKekuningan pada kulit, mata putih dan membran mukosa, yang diakibatkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu yang berkenaan. Sin: jaundis
albugineusalbugineusPerubatanTiadaSerupa atau berkaitan dengan mata putih
12345

Kembali ke atas