Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : meninggal dunia; mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Kain putih jahit ke Bali,
     Kain tuan pulanglah ke dulang;
Kasih tuan di luar diri,
     Kasih saya sampai ke tulang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kulit hitam orang tengok,
     tulang putih siapa jenguk.

Bermaksud :

Orang yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang pun yang tahu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
putih tulangmeninggal dunia; mati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
(sampai) putih tulang(sampai) mati;Kamus Dewan Edisi Keempat
putihI 1. warna yg paling cerah (spt warna kapas), lwn hitam: bahagian atasnya berwarna hitam dan bahagian bawahnya berwarna ~; orang ~ = bangsa kulit ~ bangsa Eropah; 2. ki bersih, murni, suci; ~ bersih putih lagi bersih, putih sekali; ~ gading warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); ~ hati a) lurus hati, jujur; b) baik hati (suka menolong dll); ~ krim warna putih bercampur kuning (bkn kain, cat dsb); ~ kuning a) kuning langsat (warna kulit yg elok); b) kekasih; ~ langsat putih kuning; ~ lesi putih pucat (putih sekali); ~ lueh (sueh) Kl putih lesi; ~ melepak putih sekali, putih benar; ~ metah putih sekali; ~ pucat putih lesi; (ber)putih mata a) mendapat malu; b) kurang senang atau sakit hati (melihat perbuatan yg tidak senonoh, menunggu lama-lama dll); c) terlepas (peluang dll); ~ sepor Kl putih sekali; ~ telur a) bahagian drpd isi telur yg putih warnanya; b) albumin (zat yg sebatian kimianya spt putih telur); (sampai) ~ tulang (sampai) mati; ~ umbut putih dan lembut; ~ dikejar, hitam tak dapat = lepas ~, hitam tak dapat prb baik-baik dlm kesenangan dan pekerjaan yg berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dgn sia-sia; ~ di luar kuning di dalam prb perihal orang yg kelihatan baik pd lahirnya tetapi jahat di dlm hatinya; ~ kapas boleh dilihat, ~ hati berkeadaan prb putih atau lurus hati seseorang itu dapat dilihat pd keadaannya (tingkah lakunya); belum tentu hitam putihnya prb belum tentu keputusan sesuatu perkara; (ber)putih tulang, jangan (ber)putih mata = lebih baik (ber)putih tulang drpd (ber)putih mata lebih baik mati drpd menanggung malu; suruh ~ hitam datang prb kemuliaan yg dikejar kehinaan yg diperoleh; berputih; ~ mata prb berhiba hati menang­gung rindu (spt seorang muda melihat tunang­nya diambil orang); memutih 1. menjadi putih, nampak putih­putih: ~ spt kapas; rambut mulai ~; 2. kelihatan banyak sekali (orang berkumpul dll): ~ kelihatan orang berhimpun di padang itu; memutihi menyebabkan berwarna putih pd (oleh sesuatu): kepalanya yg diputihi uban itu diusap-usap; memutihkan 1. memberi warna putih, mengecat putih, mengapuri: ~ kain dgn bahan kimia; 2. menjemur (kain dll) sesudah disabun atau direndam dlm air sabun, mengelantang (kain dll): ~ kain seperah; menghitamkan dan ~ ki menentukan, mem­buat keputusan; ~ mata ki a) memalukan; b) menyakiti hati; keputihan 1. keadaan atau hal putih; 2. sj penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih); keputih-putihan agak putih, kelihatan putih; pemutihan 1. perihal (proses atau perbuat­an) menjadikan berwarna putih atau cerah: ramuan agen pemutih mempercepat proses ~ kulit; 2. gerakan (program atau proses) yg dijalankan oleh pihak berkuasa (kerajaan) utk mendaftarkan semua pendatang tanpa izin: sejumlah 900 000 pendatang tanpa izin telah didaftarkan semasa program ~ itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tulang I1. rangka tubuh manusia (binatang) atau bahagian-bahagiannya: ~ ayam; ~ ikan; ~ dadanya retak akibat kemalangan itu; 2. ki sesuatu yg menyerupai tulang atau rangka; ~ daun urat pd daun; ~ andas salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di antara tulang rakap dgn tulang tukul; ~ ari-ari = ~ som tulang pd bahagian ari-ari; ~ air mata tulang yg nipis spt sisik terdapat pd sebelah atas rongga mata; ~ belakang a) = ~ punggung Id = ~ ula-ula tulang yg beruas-ruas dr tengkuk hingga ke punggung; b) ki orang atau sesuatu yg menjadi sumber atau pusat kekuatan atau tenaga (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dll); c) bahagian jilidan buku yg kelihatan apabila buku disusun di rak; ~ belikat = ~ daun = ~ dayung = ~ kipas = ~ tamparan nyamuk tulang yg berbentuk spt kipas pd belikat; ~ belulang tulang dan kulit sahaja; ~ belut sj jahitan yg umumnya terdapat pd baju teluk belanga; ~ benih Kl senjata utk membunuh; ~ bercagak = ~ pengancing tulang rahang atas dan rahang bawah; ~ bercerai = ~ berselisih = ~ tercabut = ~ tergeliat = ~ terkehel tulang yg tersalah letak (kerana terseliuh, tergeliat, dll); ~ betis a) = ~ kering tulang dr lutut hingga ke pergelangan kaki; b) tulang dr lutut hingga ke pergelangan kaki pd sebelah belakang, fibula; ~ buku bahagian belakang buku; ~ buku lali tulang yg berbonggol hampir dgn pergelangan kaki; ~ bumbung kayu yg membujur pd bum­bung rumah (utk menyangga kasau); ~ cagak = ~ pipi tulang di antara rongga mata dgn telinga; ~ caping = ~ hulu hati = ~ sudu hati tulang yg lembut pd hujung tulang dada; ~ cenak tulang yg melintang dr pangkal leher hingga ke pangkal bahu; ~ cenonot = ~ kongkeng = ~ tongkeng = ~ sulbi tulang di bawah sekali pd bahagian tulang belakang, yg terletak di punggung; ~ dada = ~ papan = ~ rimau menangis tulang yg pipih di tengah-tengah dada (tempat tulang rusuk bertemu), sternum; ~ dahi tulang pd bahagian dahi; ~ daun a) tulang belikat; b) urat pd daun; (dgn) ~ delapan kerat ki hanya tubuh sahaja; ~ empat kerat anggota badan (kaki dan tangan); ~ gigi = ~ rahang bawah tulang yg memben­tuk dagu (tempat gigi bawah melekat); ~ godok kepala tulang pd bahagian belakang tengkorak; ~ halus = ~ ketul = ~ muda = ~ rawan tulang yg lunak atau lembut; ~ hasta tulang tangan yg di sebelah dalam; ~ hitam bp sumsum; ~ kamkam tulang cagak; ~ karang tulang yg rupanya spt karang; ~ kelek buyung bahagian atas tulang pungkur; ~ kemburan tulang pd tapak tangan; ~ keng bahagian hujung tulang rahang; ~ kering tulang pd bahagian kaki di sebelah hadapan betis, tulang pd bahagian kaki dr lutut ke buku lali; ~ ketuk jari buku jari (utk meluku); ~ kucing = ~ lengan atas = ~ pangkal lengan tulang dr bahu hingga ke siku; ~ langit-langit tulang yg di sebelah atas mulut (pd langit-langit); ~ lebar = ~ ruas tengkuk tulang yg beruas-ruas pd leher; ~ lembusir = ~ papan bahu tulang belikat dan tulang selangka; ~ mata duli = ~ mata kaki = ~ alah mak bonggol tulang betis hampir dgn pergelangan kaki (tulang buku lali); ~ mereh tulang spt tapak kuda yg hampir dgn pangkal lidah; ~ paha = ~ selangka katak tulang dr lutut hingga ke pangkal paha; ~ pangkal paha = ~ pungkur = ~ punggung tulang yg lebar pd bahagian pinggang hingga ke punggung; ~ pantat = ~ punggung = ~ pelana bahagian tulang pungkur yg di bawah sekali; ~ papan pungkur = ~ ruas pinggang = ~ ruas punggung bahagian tulang belakang dr pinggang ke punggung, sulbi; ~ pelipis = ~ pelipisan = ~ tudung bahagian tulang teng­korak di antara dahi dgn telinga; ~ pemulas = ~ pengumpil tulang di antara siku dgn perge­langan tangan yg di sebelah luar; ~ perabung kayu palang yg dipasang pd persilangan kasau jantan (utk menyangga perabung); ~ pergelangan kaki tulang di antara tulang tumit dgn buku lali; ~ pergelangan tangan tulang yg menghubungkan jari dgn lengan, buku tangan, sendi tangan; ~ pukang a) tulang pangkal paha; b) tulang paha lembu bahagian atas kaki belakangnya; ~ rahang tulang tempat gigi melekat; ~ rakap salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg terletak di bahagian paling dalam dibandingkan dgn dua tulang kecil yg lain (andas dan tukul); ~ rangka segala tulang yg menjadi rangka tubuh badan, kerangka; ~ rawan a) tulang muda; b) tulang dada (binatang); ~ ruas tulang yg beruas-ruas (tulang belakang dll); ~ ruas jari tulang yg merupakan bahagian drpd jari; ~ rusuk tulang yg melingkungi rongga dada; ~ selangka tulang cenak; ~ sudu hati = ~ sedu hati tulang caping; ~ sumsum tulang yg berisi sumsum, mis tulang belakang; ~ tangan tulang dr siku hingga ke pergelangan tangan; ~ tengkorak dua tulang pd sebelah kiri dan kanan kepala; ~-temulang seluruh tulang dlm tubuh; ~ tukul salah satu tulang kecil dlm telinga tengah mamalia, yg bersentuhan dgn gegen­dang telinga dan bersendi dgn tulang andas; ~ teras tentera Id ark induk tentera; ~ tudung tulang di antara tulang tengkorak dgn tulang pelipis; ~ tumit tulang pd bahagian tumit; ~ tongkeng tulang cenonot; ~ tunjang a) tulang di antara jari kaki dgn tumit; b) kaki ayam (burung dll); ~ tutup dahi tulang dahi yg benar-benar di atas mata; minta ~ ke lidah = minta ~ ke lintah prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; putih ~ dikandung tanah, budi baik dikenang juga prb budi bahasa yg baik itu tidak akan dilupakan orang; ringan ~ berat perut prb orang yg mahu bekerja berat serta dgn rajinnya tentu akan mendapat rezeki; tinggal ~ dgn kulit = tinggal kulit pembalut ~ prb perihal orang yg sangat kurus; bertulang 1. mempunyai tulang; ikan ~ ikan yg mempunyai tulang; 2. mempunyai rangka atau tulang (drpd besi, kayu, dll); beton ~ Id simen yg dikuatkan dgn besi di dalamnya; lidah tiada ~ prb orang yg mudah membuat janji dan mudah pula mengubah janjinya; menulangi membuang tulang (ikan dll); tulang-tulangan 1. segala macam tulang (dlm tubuh), rangka tubuh; 2. rangka rumah (drpd kayu dll); ketulangan terlekat atau tersangkut tulang ikan dll di kerongkong; pertulangan ark (Bali) tempat mayat dibakar; penulangan pembentukan tulang atau bahan bertulang.Kamus Dewan Edisi Keempat
putih1 warna yg paling cerah spt warna kapas. 2 ki bersih; suci. ~ bersih putih sekali dan bersih. ~ hati baik hati; jujur. ~ kuning kuning muda spt warna gading (bkn warna kulit yg cantik). ~ mata a. tidak mendapat apa-apa yg diingini; terlepas peluang. b. mendapat malu. ~ melepak putih benar; putih sekali (bkn warna kulit dll). ~ pucat warna putih yg tidak menarik. ~ telur bahagian isi telur yg berwarna putih; albumin. ~ tulang meninggal dunia; mati. memutih menjadi putih: Rambutnya sudah mula ~. memutihi menjadikan berwarna putih: Ubannya yg kian banyak ~ kepalanya. memutihkan membuat supaya jadi putih; memberi berwarna putih: ~ tembok dgn kapur. keputihan 1 keadaan atau hal putih. 2 penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih dr kemaluan, yg menyebabkan berasa gatal). keputih-putihan kelihatan putih; agak putih warnanya. pemutihan proses atau perbuatan menjadikan berwarna putih. pemutih bahan, krim dsb yg memutihkan: krim ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
putih1 warna yg paling cerah spt warna kapas. 2 ki bersih; suci. ~ bersih putih sekali dan bersih. ~ hati baik hati; jujur. ~ kuning kuning muda spt warna gading (bkn warna kulit yg cantik). ~ mata a. tidak mendapat apa-apa yg diingini; terlepas peluang. b. mendapat malu. ~ melepak putih benar; putih sekali (bkn warna kulit dll). ~ pucat warna putih yg tidak menarik. ~ telur bahagian isi telur yg berwarna putih; albumin. (ber) ~ tulang mati. memutih menjadi putih: Rambutnya sudah mula ~. memutihkan membuat supaya jadi putih; memberi berwarna putih: ~ tembok dgn kapur. keputihan 1 keadaan atau hal putih. 2 penyakit orang perempuan (selalu keluar lendir putih dr kemaluan yg menyebabkan berasa gatal). keputih-putihan kelihatan putih; agak putih warnanya.Kamus Pelajar
gigi1 benda keras putih spt tulang yg tumbuh pd gusi dan digunakan utk menggigit atau mengunyah. 2 bahagian drpd sesuatu yg rupanya seakan-akan gigi 1: ~ sikat; ~ gergaji. 3 ki bahagian tepi sesuatu. ~ air bahagian tepi air yg bertemu dgn tanah atau daratan. ~ asu gigi yg tajam dan runcing; taring. ~ batu (buatan, palsu) gigi yg dibuat (oleh manusia), bukan gigi asli. ~ belalang (susu) gigi pd kanak-kanak, yg akan berganti. ~ bongsu gigi yg akhir sekali tumbuhnya. ~ geraham besar (gigi) geraham yg besar dan terletak di bahagian dalam (belakang). ~ geraham kecil (gigi) geraham yg lebih kecil dan terletak di hadapan geraham besar. ~ hutan bahagian tepi hutan. ~ kacip (manis, pencabik, seri) gigi yg digunakan utk memotong atau menghiris makanan. ~ kapak gigi besar yg di hadapan sekali. ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi (iaitu gigi yg menggantikan gigi susu). ~ rambut bahagian tepi rambut pd kepala. ~ sulung gigi yg mula-mula sekali tumbuhnya. pergigian hal-hal mengenai gigi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gigi1. benda keras putih spt tulang yg tumbuh pd gusi dan digunakan utk menggigit atau mengunyah. 2. bahagian drpd sesuatu yg rupanya seakan-akan gigi 1:~ sikat; ~ gergaji. 3. ki bahagian tepi sesuatu. ~ air bahagian tepi air yg bertemu dgn tanah atau daratan. ~ asu gigi yg tajam dan runcing; taring. ~ batu (buatan, palsu) gigi yg dibuat (oleh manusia), bukan gigi asli. ~ belalang (susu) gigi pd kanak-kanak yg akan berganti. ~ bongsu gigi yg akhir sekali tumbuhnya. ~ geraham besar (gigi) geraham yg besar dan terletak di bahagian dalam (belakang). ~ geraham kecil (gigi) geraham yg lebih kecil dan terletak di hadapan geraham besar. ~ hutan bahagian tepi hutan. ~ kacip (manis, pencabik, seri) gigi yg digunakan utk memotong atau menghiris makanan. ~ kapak gigi besar yg di hadapan sekali. ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi (iaitu gigi yg menggantikan gigi susu). ~ rambut bahagian tepi rambut pd kepala. ~ sulung gigi yg mula-mula sekali tumbuhnya. pergigian hal-hal mengenai gigi.Kamus Pelajar
arau IIIsj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphor­biaceae, lidah-lidah, kayu mapa, men­tulang, odopon putih, Austrobuxux spp., Cepha­lomappa spp., Drypetes spp.Kamus Dewan Edisi Keempat
kalsiumist unsur logam yg lembut, putih dan merupakan zat makanan atau bahan asas sebatian yg sangat penting utk kehidupan (terdapat dlm tulang, gigi dan membentuk sebahagian drpd kapur, batu kapur dan marmar). ~ hidroksida hablur putih yg agak larut dlm air dan digunakan dlm pembuatan simen, garam kalsium dll. ~ karbonat serbuk putih yg digunakan dlm pembuatan cat, tayar (getah) dll. ~ klorida serbuk putih yg lembap cair dan digunakan utk mengeringkan benda-benda dll. ~ oksida kapur tohor. ~ sianida serbuk putih (dlm bentuk tulen) dan digunakan utk membuat racun serangga atau racun haiwan perosak (tikus dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas