Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : meninggal dunia; mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Kain putih jahit ke Bali,
     Kain tuan pulanglah ke dulang;
Kasih tuan di luar diri,
     Kasih saya sampai ke tulang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kulit hitam orang tengok,
     tulang putih siapa jenguk.

Bermaksud :

Orang yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang pun yang tahu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collagenkolagenGerontologiTiadaProtein yang menjadi juzuk utama tisu perantara berserat putih di tulang, gigi, kulit, tendon, rawan dan semua tisu penghubung.
collagenkolagenPerubatanTiada1. Protein yang menjadi juzuk utama tisu perantara berserat putih di tulang, gigi, kulit, tendon, rawan dan semua tisu penghubung.
collagenkolagenSosiologiTiada1. Protein yang menjadi juzuk utama tisu perantara berserat putih di tulang, gigi, kulit, tendon, rawan dan semua tisu penghubung.
colony-stimulating factor (CSF)faktor perangsang koloni (CSF)PerubatanTiadaKumpulan protein sitokin yang merangsang penghasilan sel darah putih tertentu dalam sumsum tulang. Protein ini terdapat di dalam badan secara semula jadi atau boleh dihasilkan di makmal. Ia digunakan jika berlaku kekurangan sel darah putih seperti pada pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi. CSF merangkumi faktor perangsang koloni granulosit (G-CSF), faktor perangsang koloni makrofaj (M-CSF) dan faktor perangsang koloni granulosit-makrofaj (GM-CSF).
bone-marrow toxicitytoksisiti sumsum tulangPerubatanFarmakologi

Keadaan apabila sumsum tulang yang mengalami kesan keracunan akibat daripada ubat atau bahan kimia. Sumsum tersebut akan mengalami hipoplasia atau aplasia sama ada secara kekal atau sementara. Keracunan ini menyebabkan berkurangnya penghasilan sel darah putih, sel darah merah dan platelet. Antara gejalanya ialah pucat, mudah mendapat jangkitan dan mudah mengalami perdarahan. Rawatan keracunan ini termasuklah menghindari agen penyebab, penggantian sel darah merah dan platelet, dan rawatan sokongan yang lain. Kesan keracunan kekal boleh menyebabkan kematian. Contoh penyebab toksisiti sumsum tulang ialah ubat Chloramphenicol dan racun serangga.

haemotopoiesishemotopoiesisBioteknologiTiadaProses pembentukan darah, iaitu pembezaan sumsum tulang dan sel limfa kepada eritrosit dan sel darah putih. Eritrosit dibentuk dalam sumsum tulang, manakala limfosit dan monosit dibentuk dalam tisu limfoid.
hyaline cartilagerawan hialinSains SukanBiomekanikRawan yang berwarna putih kebiru-biruan dan bersifat lut sinar. Rawan ini paling banyak terdapat pada tubuh, dan boleh ditemukan di permukaan sendi tulang dan saluran pernafasan. Fungsi rawan ini adalah untuk mengelakkan permukaan tulang yang membentuk sendi daripada bergeser dan mengganggu pergerakan.
dry-bone orebijih tulang keringGeologiTiadaMineral kumpulan kalsit yang berwarna putih hingga kuning, kelabu, coklat, atau kehijauan, merupakan mineral sekunder yang bersekutu dengan sfalerit dan sering terdapat sebagai pengganti dalam batu kapur.
cartilaginkartilaginKimiaTiadaProtein tulang rawan, kenyal dan berwarna putih.
tendontendonBiologiHistologi dan SitologiJalur gentian putih yang mencantumkan otot pada struktur yang bergerak seperti tulang.
123

Kembali ke atas