Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahagian hujung susu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahagian hujung tetek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puting (kata nama)
Bersinonim dengan puting susu, mata susu, hujung susu, pentil, bentil susu, ambing.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
areola mammaareola mamaPerubatanTiadaKawasan gelap yang mengeliling puting susu buah dada.
tasriyyattasriahPerniagaan IslamTiadaPerbuatan mengikat puting susu ternakan atau tidak memerah susunya supaya haiwan tersebut kelihatan mempunyai susu yang banyak. Tasriyyat bertujuan mengelirukan bakal pembeli supaya penjual dapat menjual haiwan dengan harga yang tinggi. Perbuatan ini ditegah kerana terdapat unsur penipuan.
vacciniavaksiniaBiologiMikrobiologiCacar lembu yang menular dan boleh berjangkit kepada manusia. Gejala jangkitan ini ialah pertumbuhan papul dan pastul di bahagian tetek dan puting susu.
sinus lactiferouslaktifer sinusBiologiHistologi dan Sitologi1. Kelenjar mama primitif. 2. Duktus lebar yang menjadi tempat duktus laktifer bertemu yang terdapat di dalam puting susu anjing betina.
colostrumkolostrumBiologiHistologi dan SitologiBendalir jernih yang dirembeskan oleh puting susu pada peringkat akhir kehamilan, yang berbeza daripada susu yang dihasilkan setelah lahirnya anak kerana lebih banyak mengandungi laktalbumin dan laktalprotein. susu awal.
papillapapilaBiologiHistologi dan Sitologi1. Rambut atau bulu pada permukaan epidermis yang tumbuh berdekatan kelenjar. 2. Organ pelekat tambahan yang hujungnya dapat mengecut, seperti yang terdapat pada kebanyakan trematod. 3. Satu daripada bermacam-macam-macam jenis bonjol korium pada lidah dan eminen kulit. 4. Struktur berbentuk kon, seperti puting susu, bahagian hujung piramid buah pinggang, papila lakrimal pangkal bulu burung dan lain-lain lagi.
neonatal teethgigi neonatalPergigianTiadaGigi yang erupt dalam tempoh 30 hari setelah bayi dilahirkan. Gigi neonatal berkemungkinan gigi desidus atau gigi supernumerari. Gigi ini biasanya kecil, berbentuk lancip dan goyah kerana pembentukan akarnya belum sempurna. Gigi neonatal yang kerap terjadi ialah gigi insisor bawah. Gigi neonatal dicabut sekiranya goyah atau mencederakan lidah bayi atau puting susu ibu semasa proses penyusuan. Gigi neonatal yang goyah berisiko tertanggal dan diinhalasi ke dalam paru-paru. Sekiranya mengganggu, gigi neonatal akan dicabut menggunakan anestesia topikal.
infantile swallowpenelanan infantilPergigianTiadaProses penelanan susu oleh bayi semasa menyusu. Dalam proses ini mulut bayi akan memengap di sekeliling puting ibu dan diikuti dengan pergerakan lidah ke hadapan dan belakang sambil menolak puting ke lelangit dan otot mukosa pipinya. Proses penekanan dan penyedutan ini akan mengeluarkan susu daripada puting ibunya. Penelanan secara ini akan berhenti apabila bayi diberi makan makanan pepejal.
milk let-downturun bebas susuVeterinarPraklinikalProses susu dikeluarkan daripada ambing. Proses ini dicetuskan oleh pantulan sistemik apabila saraf deria aferen daripada puting membawa impuls ke hipotalamus untuk membebaskan hormon oksitosin. Hormon ini merangsang pengecutan sel mioepitelium yang terdapat di sekeliling alveolus dan duktus kecil dalam kelenjar mama. Rangsangan bagi pantulan turun bebas susu biasanya melalui penghisapan puting oleh anak.
BPA-free productproduk tanpa-BPAMakanan dan PemakananMakananProduk yang tidak mengandungi bahan kimia bisfenol A (BPA). BPA ialah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat yang berfungsi untuk mengeraskan plastik. Contohnya, BPA digunakan dalam pembuatan bekas air minuman, botol susu dan puting. BPA mempunyai ciri yang sama dengan hormon tertentu seperti estrogen. BPA boleh memberikan kesan negatif kepada otak dan tingkah laku bayi serta kanak-kanak.
12

Kembali ke atas