Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar bulan ketiga dlm tahun Hijrah yg mengandungi 29 hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg ketiga dlm tahun Hijrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rabiulawal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RABIULAWAL

Rabiulawal ialah bulan ketiga mengikut takwim

Hijrah. Bulan ini dinamakan Rabiulawal pada

tahun 412 M., semasa zaman Kilab ibn Murrah,

moyang kelima Rasulullah s.a.w.

UMUM 
PERANG HITTIN

Perang Hittin berlaku pada akhir bulan

Rabiulawal tahun 583 H., bersamaan bulan Julai

1187 antara kaum Muslimin yang dipimpin oleh

Salahuddin al-Ayubbi dengan tentera Salib di

daerah Syam yang kini terletak dalam kawasan

takluk Israel, iaitu di sebelah barat tasik Tabariyah.

UMUM 
RABIULAKHIR

Rabiulakhir ialah bulan keempat mengikut

takwim Hijrah. Bulan ini dinamakan Rabiulakhir

kira-kira pada tahun 412 M. Semasa zaman Kilab

ibn Murrah, iaitu moyang kelima Rasulullah s.a.w.,

bulan Rabiulawal dan Rabiulakhir juga dikenali

sebagai Rabi’ayni (dua Rabi’).

UMUM 
HIKAYAT SERI KELANTANHIKAYAT SERI KELANTAN, naskhah sejarah pemerintahan negeri Kelantan. Naskhah ini dipercayai ditulis pada 5 Februari 1914 (9 Rabiulawal 1332H). Penulis asal naskhah ini tidak diketahui.SASTERAKarya
MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul, ulang tahun keputeraan Rasulullah SAW, iaitu hari kebesaran Islam yang disambut selepas abad    ke-3 H. Sambutan ini diraikan pada 12 Rabiulawal, dan aktivitinya berterusan sepanjang bulan tersebut.  

AGAMAPeristiwa
MAULID RASUL

MAULID RASUL, perayaan tahunan untuk memperingati dan memuliakan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.  Perayaan ini diadakan pada tarikh kelahiran baginda iaitu 12 Rabiulawal.  Perayaan ini bermula lebih kurang pada abad ke-8 H. Di Mesir.

BUDAYAPerayaan/Upacara
SAFFAH, ABU AL-ABBAS' AL

Saffah, Abu al-Abbas’ al (104–136 H./ 722–754

M.), khalifah pertama Kerajaan Abbasiyyah dan salah

seorang cerdik pandai Arab. Nama penuhnya ialah

Abdullah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-

Abbas ibn Abdul Muttalib. Dia juga dikenali sebagai

al-Murtadha (orang yang diredai) dan al-Qa’im

(Penegak keadilan). Al-Saffah lahir dan dibesarkan di

al-Syirah (di antara Sham dengan Madinah). Ketika

Ibrahim al-Imam dibunuh, dia dan keluarganya

berpindah ke Kufah pada bulan Safar 132 H./750 M.

Mereka telah bersembunyi selama beberapa minggu

kemudian muncul dengan pengikutnya. Mereka

melantik al-Saffah sebagai khalifah pada 3 Rabiulawal

132 H./750 M., sebagai permulaan Kerajaan

Abbasiyyah. Antara pendukung Kerajaan Abbasiyyah

yang paling menonjol ialah Abu Muslim al-Khurasani.

Walau bagaimanapun, selepas pembunuhan

Marwan ibn Muhammad (khalifah Bani Umaiyyah di

Syam), Abu Muslim dilantik sebagai pemimpin

Khurasan sebagai mengenangkan jasanya.

UMUM 

Kembali ke atas