Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.bun] | رابون

Definisi : asap (drpd daun-daun, dupa, dll) utk mengasapi rumah (menghalau nyamuk, meng­ubati orang sakit, dll); merabuni mengasapi (rumah, orang sakit, dll); merabunkan membakar (daun-daun, dupa, dll) utk merabuni; perabun daun-daun dll yg dibakar utk mengusir hantu syaitan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.bun] | رابون

Definisi : kabur (kurang terang, kurang jelas): orang tua itu sudah ~ matanya; ~ ayam = ~ senja Mn a) buta ayam; b) samar muka; ~ dekat kabur melihat benda-benda yg dekat, hipermetropia; ~ jauh kabur melihat benda-benda yg jauh, miopia; ~ malam kabur pd waktu malam; ~ tua rabun kerana sudah tua; berabun-rabun bermain tutup mata; merabunkan menjadikan (menyebabkan) rabun, mengaburkan: serangan penyakit itu telah ~ matanya; kerabunan perihal rabun, kekaburan: dia tidak diterima sbg juruterbang kerana ~ matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.bun] | رابون

Definisi : kurang terang atau kurang jelas penglihatannya. ~ ayam tidak dpt melihat dgn jelas ketika senja. ~ dekat tidak dpt melihat benda-benda yg dekat dgn jelas tetapi dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas. ~ jauh tidak dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas tetapi dpt melihat benda yg dekat dgn jelas. ~ malam pemandangan menjadi kabur pd waktu malam atau ketika samar-samar. ~ tua rabun kerana sudah tua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rabun

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah mahu dapat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mata telah rabun,
     bandar pun terbuka;
gigi telah gugur,
     tebu pun menjadi.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Rabun akibat kencing manisAbd Nasir Mohd RazaliDewan Masyarakat1 October 1988
Gedebe dan Rabun Dua Pendekatan yang BerbezaA. Wahab HamzahDewan Masyarakat1 October 2003
Pemeriksaan awal kesan rabun warnaWan Normi HasanDewan Kosmik2 January 2001
Perisian untuk mereka yang rabun warnaWan Normi HasanDewan Kosmik2 January 2001

Kembali ke atas