Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.bun] | رابون

Definisi : asap (drpd daun-daun, dupa, dll) utk mengasapi rumah (menghalau nyamuk, meng­ubati orang sakit, dll); merabuni mengasapi (rumah, orang sakit, dll); merabunkan membakar (daun-daun, dupa, dll) utk merabuni; perabun daun-daun dll yg dibakar utk mengusir hantu syaitan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.bun] | رابون

Definisi : kabur (kurang terang, kurang jelas): orang tua itu sudah ~ matanya; ~ ayam = ~ senja Mn a) buta ayam; b) samar muka; ~ dekat kabur melihat benda-benda yg dekat, hipermetropia; ~ jauh kabur melihat benda-benda yg jauh, miopia; ~ malam kabur pd waktu malam; ~ tua rabun kerana sudah tua; berabun-rabun bermain tutup mata; merabunkan menjadikan (menyebabkan) rabun, mengaburkan: serangan penyakit itu telah ~ matanya; kerabunan perihal rabun, kekaburan: dia tidak diterima sbg juruterbang kerana ~ matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.bun] | رابون

Definisi : kurang terang atau kurang jelas penglihatannya. ~ ayam tidak dpt melihat dgn jelas ketika senja. ~ dekat tidak dpt melihat benda-benda yg dekat dgn jelas tetapi dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas. ~ jauh tidak dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas tetapi dpt melihat benda yg dekat dgn jelas. ~ malam pemandangan menjadi kabur pd waktu malam atau ketika samar-samar. ~ tua rabun kerana sudah tua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rabun

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah mahu dapat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mata telah rabun,
     bandar pun terbuka;
gigi telah gugur,
     tebu pun menjadi.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Si rabun memimpin si buta.Diri sendiri belum terurus, hendak mengurus orang lain pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi.Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gigi tanggal, rawan murah.Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas