Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.bun] | رابون

Definisi : asap (drpd daun-daun, dupa, dll) utk mengasapi rumah (menghalau nyamuk, meng­ubati orang sakit, dll); merabuni mengasapi (rumah, orang sakit, dll); merabunkan membakar (daun-daun, dupa, dll) utk merabuni; perabun daun-daun dll yg dibakar utk mengusir hantu syaitan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.bun] | رابون

Definisi : kabur (kurang terang, kurang jelas): orang tua itu sudah ~ matanya; ~ ayam = ~ senja Mn a) buta ayam; b) samar muka; ~ dekat kabur melihat benda-benda yg dekat, hipermetropia; ~ jauh kabur melihat benda-benda yg jauh, miopia; ~ malam kabur pd waktu malam; ~ tua rabun kerana sudah tua; berabun-rabun bermain tutup mata; merabunkan menjadikan (menyebabkan) rabun, mengaburkan: serangan penyakit itu telah ~ matanya; kerabunan perihal rabun, kekaburan: dia tidak diterima sbg juruterbang kerana ~ matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.bun] | رابون

Definisi : kurang terang atau kurang jelas penglihatannya. ~ ayam tidak dpt melihat dgn jelas ketika senja. ~ dekat tidak dpt melihat benda-benda yg dekat dgn jelas tetapi dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas. ~ jauh tidak dpt melihat benda-benda yg jauh dgn jelas tetapi dpt melihat benda yg dekat dgn jelas. ~ malam pemandangan menjadi kabur pd waktu malam atau ketika samar-samar. ~ tua rabun kerana sudah tua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rabun

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah mahu dapat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mata telah rabun,
     bandar pun terbuka;
gigi telah gugur,
     tebu pun menjadi.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
orthochromaticrabun merah (filem)KomunikasiKorporatKesan yang terhasil apabila sejenis bahan larutan sensitif terhadap cahaya biru dan cahaya hijau, tetapi tidak terhadap cahaya merah. Konsep rabun merah berasal daripada sejenis filem mentah yang dikenali sebagai filem ortokromatik. Filem ini pertama kali dihasilkan oleh Hermann Vogel pada tahun 1873 dengan menambahkan sebilangan kandungan pencelup yang mengandungi analisa pada kadar tertentu. Kajian tersebut telah diperluas dengan penglibatan pihak kedua, iaitu J.M. Elder yang memperkenalkan penggunaan pencelup merah “erythrosine” pada tahun 1884. Secara komersial, bahan ini kurang digunakan pada masa kini. Sinonim ortokromatik.
inattentional blindnessrabun kurang tumpuanPsikologiPsikologi UmumKegagalan individu untuk melihat sesuatu objek kerana lapangan pandangannya telah disempitkan. Simon dan Chabris (1999) dalam kajian mereka yang menggunakan tayangan filem tentang permainan bola keranjang, penonton disuruh menumpukan perhatian kepada skor satu kumpulan sahaja. Pada masa yang sama �gorila buatan� memasuki tengah gelanggang permainan. Apabila ditanya kepada penonton sama ada menyedari kehadiran gorila tersebut, ramai yang menyatakan tidak. Rabun sedemikian dikatakan berpunca daripada kurangnya tumpuan kepada rangsangan lain berbanding perkara yang ditumpukan. Oleh itu, individu dilarang menjawab telefon bimbit semasa memandu kerana tindakan itu boleh merabunkannya terhadap kereta lain atau selekoh yang berada di hadapannya.
shortsightedrabun jauhFizikTiadaTiada
tritanopiarabun kuningKomunikasi MassaTiadaTiada
colourblindrabun warnaKejuruteraanTiadaTiada
shortsightedrabun jauhPerubatanTiadaTiada
longsightednessrabun dekatPerubatanTiadaKeadaan apabila seseorang tidak dapat melihat objek dekat dengan terang, akibat pemendekan diameter biji mata dan pengurangan kuasa biasan kanta yang seterusnya menyebabkan imej terfokus di belakang retina.
colourblindrabun warnaPerubatanTiadaTiada
colourblindrabun warnaGeografiTiadaTiada
farsightednessrabun dekatPerubatanTiadaLihat hipermetropia
1234567

Kembali ke atas