Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rabung;

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAMMOTH CAVE

Mammoth Cave di Kentucky, Amerika Syarikat,

ialah sebahagian daripada sistem gua terpanjang

di dunia. Gua ini terletak di rabung yang

mengandungi batu kapur.

UMUM 
PIRU

Piru adalah saudara rapat kepada kuang bayas.

Piru mempunyai bulu pelepah berwarna kelabu

tua berbintik-bintik putih kecil. Leher dan

kepalanya gondol, dan rabung bertulang atau

casque menutupi bahagian atas kepalanya.

UMUM 
TEKTONIK PLAT

Tektonik plat ialah teori yang menerangkan asal

usul kebanyakan ciri fizikal muka bumi yang utama.

Contohnya, teori itu menerangkan kewujudan

kebanyakan gunung berapi, rabung yang tinggi,

dan jurang yang dalam di lautan, serta

pembentukan banjaran gunung.

UMUM 
SLIEVE BLOOM

Slieve Bloom ialah banjaran pergunungan di

Ireland. Banjaran ini terletak di barat laut provinsi

Leinster. Sempadan daerah Laois dan Offaly

terletak di sepanjang rabung pergunungan ini.

Slieve Bloom terdiri terutamanya daripada batu

pasir Old Red. Puncak tertinggi, Arderin, terletak

528 meter di atas aras laut.

UMUM 
MORAIN

Morain ialah tanah dan batu yang dibawa oleh

glasier dan ditinggalkan apabila ais cair. Morain

juga bermakna sekumpulan bahan di dalam

glasier atau di permukaan glasier atau rabung

tidak rata yang bahan ditinggalkan di tepi ais yang

sedang cair. Pada setiap bahagian glasier di

lembah gunung merupakan serpihan batu yang

telah bergolek ke atas ais dari cerun berhampiran.

Serpihan batu ini membentuk morain lateral.

UMUM 
SWIFT

Swift ialah nama biawak tertentu yang kecil, tangkas.

Ia hidup di kawasan yang kering, panas di Amerika

Syarikat, Mexico, dan Amerika Tengah. Biawak ini

mempunyai sisik dengan rabung dan hujung yang

tajam. Banyak swift mempunyai perut yang berwarna

biru terang dan sering dinamakan biawak perut biru.

Swift memakan serangga. Kebanyakan jenis swift

bertelur, tetapi sesetengah spesies melahirkan anak.

Pengelasan saintifik: Swift tergolong dalam famili

biawak Dunia Baru, Iguanidae. Ia adalah genus Sceloporus.

UMUM 
PERTEMPURAN VIMY RIDGE

Pertempuran Vimy Ridge ialah pertempuran

Perang Dunia I yang dimenangi oleh angkatan

tentera Kanada setelah berjaya menewaskan tentera

Jerman. Dalam pertempuran tersebut, tentera Kanada

menawan Vimy Ridge, sebuah rabung yang

mempunyai kedudukan yang strategik berhampiran

bandar Arras, di bahagian utara Perancis.

UMUM 
ANTANANARIVO

Antananarivo (pend. 662 585), bandar terbesar

dan juga ibu negara Madagascar yang terdiri

daripada Pulau Madagascar dan pulau kecil di

sekitarnya. Antananarivo yang dahulu disebut

Tananarive , terletak berdekatan bahagian tengah

Pulau Madagascar (lihat Madagascar [peta]). Bandar

ini terletak atas rabung gunung yang merentas

pulau itu dari utara ke selatan. Antananarivo

dihubungkan ke seluruh pulau lain menerusi

landasan kereta api di sepanjang rabung ini. Hasil

pertanian diangkut ke bandar untuk diproses

menerusi perkhidmatan kereta api ini.

UMUM 
SHACKLETON, SIR ERNEST HENRY

Shackleton, Sir Ernest Henry (1874–1922),

penjelajah Ireland yang mengetuai satu ekspedisi

British dari Laut Ross dalam kawasan 180

kilometer ke kutub geografi selatan pada tahun

1908 (lihat Antartika [Penjelajahan awal]). Pada

tahun 1914, dia mengetuai satu ekspedisi ke Laut

Weddell. Di sana kapalnya, Endurance , karam

setelah terlanggar ketulan ais. Kumpulannya

menyelamatkan diri dengan menaiki bot ke Pulau

Elephant. Kemudian Shackleton dan empat

temannya meneruskan perjalanan ke Pulau

Georgia Selatan menggunakan bot dan

menyeberangi rabung pergunungan pulau itu

untuk mendapatkan bantuan penyelamat.

Hasilnya, seluruh pasukannya berjaya

diselamatkan. Shackleton lahir di Kaunti Kildare.

UMUM 

Kembali ke atas