Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata racauan perubatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deliriumracauanPerubatanTiadaGangguan mental yang dicirikan terutamanya oleh salah amatan, halusinasi dan rangsangan serebrum. Racauan sering terjadi semasa demam panas, kecederaan kepala dan keadaan toksik. Sin: delirium
alcoholicum deliriumracauan alkoholismePerubatanTiadaLihat racauan tremens
delirium tremensracauan tremensPerubatanTiadaGangguan mental yang akut, yang biasanya berkaitan dengan penagihan alkohol. Keadaan ini tercetus semasa penghentian pengambilan alkohol secara mengejut. Antara gejala yang dialami oleh pesakit ialah menggigil, kekusutan mental, mandi peluh dan sakit di bahagian jantung. Sin: racauan alkoholisme
deliriumdelirium/racauanPerubatanTiadaGangguan mental yang dicirikan terutamanya oleh salah amatan, halusinasi dan rangsangan serebrum. Keadaan ini sering terjadi semasa demam panas, kecederaan kepala dan keadaan toksik.
deliriumdelirium/racauanPerubatanTiadaGangguan mental akut yang melibatkan gangguan kesedaran dan daya pemikiran. Ciri delirium antaranya ialah meracau, gangguan aktiviti psikomotor dan kekeliruan terhadap persekitaran. Tahap keterukannya berubah-ubah dari semasa ke semasa.
occupational deliriumracauan pekerjaanPerubatanTiadaIstilah psikiatri yang merujuk pada keadaan seseorang yang melakukan sesuatu kegiatan yang berkaitan dengan pekerjaannya, tetapi secara berlebihan dan tanpa tujuan tertentu.
deliriumdeliriumPerubatanTiadaLihat racauan.
acute yellow atrophyatrofi kuning akutPerubatanTiadaNekrosis toksik yang masif pada hati, yang disertai dengan jaundis dan pengecilan serta kekuningan hati. Antara tanda-tanda lain termasuklah racauan, koma dan konvulsi. Penyakit ini selalunya membawa maut.
rabiesrabiesPerubatanTiadaPenyakit berjangkit yang diakibatkan oleh rabdovirus (sejenis virus RNA), yang lazimnya menjangkiti manusia melalui gigitan karnivor, seperti anjing atau serigala, yang terinfeksi oleh virus yang berkenaan; tempoh pengeraman virus ini pada manusia adalah di antara 1�3 bulan. Penyakit ini umumnya melibatkan sistem saraf yang dicirikan dengan gejala seperti kehiperterujaan, agitasi, racauan, kebingungan, hidrofobia, spasme dan kelumpuhan otot farinks. Keadaan ini biasanya diikuti dengan koma dan kelumpuhan pernafasan yang akhirnya mengakibatkan maut.
paraldehyde poisoningkeracunan paraldehidKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penggunaan paraldehid (polimer bagi aldehid), iaitu cecair jernih tanpa warna dan berbau kuat yang digunakan sebagai losen dan sebagai bahan hipnosis dan ubat antikonvulsan. Keracunan ini menyebabkan penekanan sistem saraf pusat tanpa melambatkan pernafasan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan dan koma. Pengingesan biasanya mengaruhkan tidur tanpa penekanan pernafasan. Kematian berlaku akibat kegagalan pernafasan dan peredaran darah pada dos 10 mL atau lebih. Keracunan akibat penggunaan perubatan kronik menyebabkan kerosakan mental dan racauan tremens.

Kembali ke atas