Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.cun] | راچون

Definisi : 1. bahan yg berbisa dan boleh memati­kan atau membawa maut (kalau dimakan dll): ia pun makan ~ lalu mati; ~ herba racun perosak yg digunakan utk menghapuskan atau mengawal pertumbuhan rumpai atau tumbuh­an lain yg tidak dikehendaki; ~ kulat racun perosak yg digunakan utk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat; ~ perosak racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai; ~ serangga racun perosak yg digunakan utk membunuh serangga yg berbahaya pd manusia; 2. bahan yg berbisa dan boleh menyebabkan sakit: kuman tetanus ini berkembang biak dan mengeluarkan sj ~ yg menyebabkan tegang urat leher dan tulang rahang; 3. ki sesuatu yg merosakkan batin (fikiran dll): kerisauan menjadi ~ kpd kehidupan; per­buat­an spt ini akan menjadi ~ kpd syarikat dan juga kpd ahli yg berkenaan; jikalau air ~, rembesnya pun ~ juga prb jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga; beracun ada racunnya, mengandungi racun: gas yg ~; makanan yg ~; meracun memberi makan racun (supaya mati): ia dituduh ~ anjing jirannya; meracuni 1. membubuh racun pd: dia ber­teriak mengatakan aku ~ makanan itu; 2. mengganggu, mengusik, menggiurkan (hati): senyumnya ~ hati; 3. merosakkan, mem­binasa­kan: dia dikatakan ~ fikiran rakyat; meracunkan meracun utk: dia ~ ibunya lalang yg tumbuh terbiar di sekeliling rumah; keracunan kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengan­dungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit; peracunan perihal meracun (meracuni); peracun 1. orang yg meracun atau meracuni: perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi ~; 2. orang yg membuat racun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.cun] | راچون

Definisi : 1 sesuatu yg berbisa dan dpt mematikan atau mencederakan jika termakan: Beliau mati kerana termakan ~. 2 ki sesuatu yg dpt merosakkan batin atau fikiran: Sekarang ini telah banyak filem yg menjadi ~ kpd jiwa masyarakat. beracun ada racunnya: makanan yg ~. meracun 1 membunuh atau membinasakan sesuatu dgn racun; membubuh racun utk membunuh dll: Bapanya sedang ~ lalang di ladang. 2 memberi makan racun (supaya mati): Ia telah dituduh ~ lembu jirannya. meracuni menjadi spt racun pd; mengganggu dan merosakkan (hati dll): Senyumnya yg manis ~ hati. Buku-buku lucah ~ fikiran anak-anak muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
racun (kata nama)
Bersinonim dengan bisa, ipuh, tuba, toksin, santau, upas, sengat, arsenik, sianida, paraquat, racun herba, racun perosak, racun serangga;,
Kata Terbitan : beracun, meracuni, keracunan,

Puisi
 

Ayam siapa nampak rabun,
     Taji bisa macam racun;
Sungguh songket bunga bertimbun,
     Bukan boleh tahan bertahun.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Makan upas berulam racun.

Bermaksud :

Senantiasa hidup dalam kesusahan. upas = racun.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
poisonn 1. substance causing death or harm, racun: a packet of rat ~, sepaket racun tikus; 2. st that corrupts the mind, society, etc, racun: the ~ of pornography on young minds, bahan-bahan lucah merupakan racun kpd fikiran anak-anak muda;3. (colloq) extremely unpleasant food, hampas: who will want to eat this ~?, siapa yg hendak makan hampas ni?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
envenomvt 1. membubuh racun pd: some tribes ~ their spears and arrows, sesetengah puak membubuh racun pd tombak dan anak panah mereka; 2. (fig.) meracuni: remarks ~ed with malice, kata-kata yg diracuni niat jahat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
virusn 1. virus: the small-pox ~, virus penyakit cacar; a ~ infection, jangkitan virus; 2. (fig.) racun: the ~ of racial hatred, racun kebencian rasKamus Inggeris-Melayu Dewan
poisonvt 1. kill, harm with poison, meracuni: he ~ed the rich old lady with arsenic, dia meracuni perempuan tua yg kaya itu dgn racun arsenik; the thieves broke into the house after ~ ing the dog, pencuri itu memecah masuk ke dlm rumah setelah meracuni anjing itu; 2. put poison in, membubuh racun dlm: they discovered too late that the drink was ~ed, sudah terlambat apabila mereka mendapati yg minuman itu telah dibubuhi racun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vermiciden racun cacing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ratsbanen racun tikus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pesticiden racun perosak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insecticiden racun serangga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
herbiciden racun herba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fungiciden racun /kulat, fungus/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas