Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : racun perosak yg digunakan utk menghapuskan atau mengawal pertumbuhan rumpai atau tumbuh­an lain yg tidak dikehendaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
racun (kata nama)
Bersinonim dengan bisa, ipuh, tuba, toksin, santau, upas, sengat, arsenik, sianida, paraquat, racun herba, racun perosak, racun serangga;,
Kata Terbitan : beracun, meracuni, keracunan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RACUN HERBA

Racun herba ialah sebatian kimia yang digunakan

untuk mengawal dan memusnahkan tumbuhan yang

tidak dikehendaki. Racun herba kadangkala dikenali

sebagai racun rumpai. Petani menggunakan racun

herba untuk mengawal pertumbuhan rumpai di

celah-celah tanaman. Kita juga menggunakan racun

herba untuk menghapuskan rumpai di laman,

taman, kawasan perindustrian, dan kawasan-kawasan

lain.

UMUM 
AMINA

Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah

yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya.

Ahli kimia membentuk amina dengan

menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom

hidrogen pada ammonia dengan mana-mana

kumpulan struktur organik yang mengandungi

karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh

asid, amina membentuk garam (lihat Garam;

Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai

pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci,

pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem

fotograf, dan perencat karat.

UMUM 

Kembali ke atas