Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dio.ak.tif] | راديواکتيف

Definisi : berkaitan dgn atau mengandungi bahan (mis uranium, radium, dll) yg meng­hasil­kan sinar (alfa, beta, dan gama) yg sangat kuat dan berbahaya; keradioaktifan sifat nuklid yg secara spon­tan memancarkan sinaran yg mengion. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dio.ak.tif] | راديواکتيف

Definisi : ist mempunyai atom yg memecah dan mengeluarkan sinar dlm bentuk zarah bercas elektrik yg dpt menembusi benda legap dan memberi kesan elektrik (bkn unsur spt radium, uranium). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata radioaktif


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sisa radioaktifradioactive wasteBahan radioaktif yang tidak diingini, yang terhasil daripada pemprosesan atau pengendalian bahan radioaktif.Menengah Atas
sisa radioaktifradioactive residueHasil yang tidak diingini daripada pemprosesan atau pengendalian bahan radioaktif.Menengah Rendah
setengah hayathalf-lifeMasa yang diambil oleh bahan radioaktif untuk mereput sehingga kuantitinya tinggal sebanyak setengah daripada kuantiti asalnya. Tempoh setengah hayat bagi setiap isotop radioaktif adalah berbeza.Menengah Atas
bahan radioaktifradioactive substanceBahan yang mengeluarkan radiasi nuklear yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.Menengah Rendah
reputan radioaktifradioactive decayProses transformasi spontan suatu nuklid tidak stabil kepada nuklid yang lebih stabil dengan cara memancarkan sinaran atau zarah.Menengah Atas
radioisotopradioisotopeSuatu unsur yang mereput dan mengeluarkan sinar radioaktif.Menengah Atas
zarah betabeta particleZarah elektron yang terpancar keluar dari nukleus radioaktif. Zarah ini mempunyai halaju yang sangat tinggi, iaitu hampir menyamai halaju cahaya.Menengah Atas
keradioaktifanradioactivityProses pereputan spontan nukleus yang tidak stabil menjadi nukleus yang lebih stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif.Menengah Atas

Kembali ke atas